Cara Terkini Semak Baki Akaun ASB di Maybank2U ?
Bagaimana? Perlu daftar akaun Maybank dulu ke? Apa langkah-langkah yang betul untuk semakan ni?
Dengan adanya internet, semua urusan boleh kita urusakan dengan hanya menggunakan hujung jari. Hebat kan? Terkini, anda boleh menyemak baki akaun ASB anda hanya menggunakan Maybank2U.
Tak perlu pergi ke kaunter lah ni? Biar betul?
Kalau anda tak percaya, teruskan baca entri kami hari ini Cara Terkini Semak Baki Akaun ASB di Maybank2U. Segala maklumat asas dan info penting kami sediakan untuk anda disini.
Anda masih berminat?
Jom baca!
Mengenali Maybank (Malayan Banking Berhad)
Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai
Maybank merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina.
Bank ini juga telah mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa.
Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia dengan memiliki lebih daripada 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat.
Apa Itu Maybank2U?
Maybank2u adalah sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pembayaran/pembelian secara online.
Dengan menggunakan Maybank2U, banyak urusan kita jadi mudah dan cepat settle. Ia lebih memudahkan kita untuk membayar bill broadband dari rumah sahaja melalui akaun maybank2u tanpa perlu berbaris di stesyen minyak.
Cara Terkini Semak Baki Akaun ASB di Maybank2U
Berikut kami kongsikan dengan anda segala maklumat yang anda perlukan untuk semak akaun ASB dengan Maybank2U:
Daftar Dengan Maybank2U
Sebelum anda nak membuat semakan ASB menggunakan Maybank2U, bagi mereka yang tidak pernah mendaftar anda perlu lah mendaftar dahulu.
Ini adalah kerana segala transaksi menggunakan Maybank2u nanti, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Macam mana nak buat? Kena pergi kaunter Maybank ke?
Eh tak perlu pun, anda boleh buat pendaftaran ini melalui online sahaja.
Langkah-langkah mendaftar dengan Maybank2U Online:
Suka untuk kami ingatkan agar anda betul-betul pastikan yang anda membuka laman web rasmi Maybank2U yang sah dan betul.
Bukan, zaman semua online ni bahaya kalau kita tak berhati-hati. Ok kalau dah yakin anda di laman web rasmi Maybank2U, jom teruskan dengan langkah seterusnya:
- Langkah 1: Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my dan log masuk
- Langkah 2: Pilih ruangan “investment”
- Langkah 3: Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
- Langkah 4: Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
- Langkah 5: Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
- Langkah 6: Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
- Langkah 7: Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
- Langkah 8: Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan.
Siap! Tak sampai 10 minit dah settle daftar.
Okay settle daftar, macam mana nak buat semakan pula?
Langkah-langkah Cara Terkini Semak Baki Akaun ASB di Maybank2U :
STEP 1: Log masuk ke maybank2u
Pastikan anda buka pada
website yang betul.
Untuk lebih selamat taip Maybank2u di Google Search, dan pastikan pautan yang keluar dari carian tu adalah betul.
- Log masuk ke akaun Maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan “Password”.
- Pastikan gambar yang terpapar serta “phrase” adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u).
Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u.
Sekarang anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang.
Malah, nak Semak Baki Pinjaman Kenderaan Menggunakan Maybank2u pun boleh.
Okay, tapi sekarang kita nak semak baki Akaun ASB anda.
Tekan menu diatas dan
cari pilihan Wealth.
STEP 3: Klik Akaun ASNB
Akaun ASNB akan tertera dan
tekan ASNB untuk paparan baki akaun ASB anda.
STEP 4: Semak Baki Terkini ASB
Akhirnya anda dapat lihat baki akaun ASB anda dipaparkan.
Aik, dengan hanya 4 step dah boleh check baki akaun ASB? senangnya!
Haaa, dengan 4 step yang mudah dan boleh settle dalam masa 5 minit je ni anda dah boleh jimat masa, wang dan tenaga nak semak baki akaun ASB.
Dengan adanya Maybank2U, segalanya di hujung jari.
Kesimpulan Cara Terkini Semak Baki Akaun ASB di Maybank2U
Semoga perkongsian InfoEkstra kali ini memberi manfaat kepada anda semua.
Kongsikan artikel ini dengan sahabat handai dan keluarga yang mengunnakan Maybank2U atau yang belum sedia maklum akan kelebihan Maybank2U ini.
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!
Comments
Post a Comment