5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

5 cara beli tiket flight dengan harga murah tahun ini? 

Wah teknik apa tu? Teknik guna magik ke? 

Haaa, tak perlu pakai magic atau apa-apa jampi pun sebab teknik-teknik terbaik untuk beli tiket murah ni kami himpunkan di InfoEkstra! Khas buat pembaca setia kami yang kaki travel ni.

5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini berkongsi dengan anda trick yang boleh anda gunakan untuk membeli tiket flight dengan harga yang murah secara online. Bila nak beli? Apa persiapan sebelum nak beli? Macam mana anda nak beli? Semuanya ada disini.

Masih berminat nak tahu teknik cepu emas beli tiket flight murah ni?

Jom baca!

5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

5 Teknik Mudah Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini. Apa dia 5 teknik yang mampu mengubah pengalaman melancong anda itu?

Mari baca di bawah.

5-Cara-Beli-Tiket-Flight-Murah

TEMPAH TIKET PENERBANGAN LEBIH AWAL

Haaa, bukan khawin je nak kena rancang dan tempah awal-awal ya, nak beli flight tiket pun kena buat yang sama juga.

Bak kata mat saleh celup:
'IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLANNING TO FAIL..'
Tempah awal? 'Awal' macam mana pula yang anda nak kena tempah tu?

Pertamanya, sebab tiket flight boleh di ‘book’ dan dibeli setahun dari sebelum tarikh kita travel lagi. Harga tiket yang dibeli lebih awal ni selalunya amat jauh lebih murah dari tiket yang anda beli lambat atau on-the-spot. Haa, rajin-rajinlah plan awal-awal ya.

Kedua, sebab bila anda dah rancang dengan betul dan dah ada list destinasi idaman, senang lah kerja anda. Kalau rancang last minit memang payah.

Ini tidak, masa waktu puncak lah baru nak fikir. Sudahlah trafik laman web sangat lembab. Ha kan dah susah memang terlepaslah peluang nak beli tiket murah.

Jadi, kalau dah ada plan awal tu, anda tinggal beli je!

PEKA DENGAN PROMOSI SYARIKAT PENERBANGAN

SUBSCRIBE NEWSLETTER SYARIKAT PENERBANGAN

Kalau anda nak subscribe newsletter syarikat-syarikat penerbangan ini, anda perlu daftar dan log in dahulu di laman web rasmi mereka. Kenapa kena subscribe pulak?

Kalau anda nak tahu, subscriber juga akan jadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlansung.

Stay alert okay? Siapa cepat, dia dapat!

LIKE DAN FOLLOW LAMAN SYARIKAT PENERBANGAN

Tak cukup dengan menjadi subscriber setia, anda juga boleh follow dan likes sosial media syarikat-syarikat penerbangan ini.

Contohnya seperti Facebook Page, Twitter, serta Instagram.

Selain itu, dapat juga inspirasi tentang destinasi seterusnya yang korang boleh pergi melalui sosial media mereka.

Sama juga, anda kena sentiasa peka, mana tahu ada promosi hebat yang ditawarkan. Cepat-cepat rebut!

BUAT PERBANDINGAN HARGA TIKET 

Alamak, memang kena buat ke?

Haaa, kalau anda malas nak buat memang tak dapat lah nak bandingkan harga tiket penerbangan yang lebih murah. Macam mana nak buat perbandingan ni? Senang je.

Anda boleh gunakan laman web seperti Traveloka, SkyscannerCheap Flights, dan berbagai lagi website carian berkaitan travel. Bukan kata bandingharga tiket flight, bandingkan harga hotel pun boleh.

Hebatkan? Kalau anda rajin, anda boleh dapat 2 in 1!

5-cara-beli-tiket-flight-murah
Anda boleh bandingkan harga dengan mudah. Kredit: Traveloka

ELAKKAN BELI TIKET PADA WAKTU PUNCAK

Apa pulak waktu puncak ini? Masa tengahari tengah terik ke?

Maksudnya disini elakkan membeli tiket flight pada waktu puncak, seperti cuti umum, cuti sekolah atau musim perayaan.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan tiket penerbangan pada tarikh tersebut agak mahal berbanding hari biasa yang lain. Mahalnya tu boleh mencecah 3 kali ganda! Fuhh! Memang tak melanconglah anda jawabnya.

Rujuk takwim cuti persekolahan untuk merancang waktu sesuai untuk anda menempah tiket. Daripada anda rugi, baik plan dengan teliti.

PADAM 'COOKIES' DAN 'BROWSER HISTORY' DI KOMPUTER SELEPAS SURVEY TIKET PENERBANGAN

Aik? Kenapa pulak? Takut kena virus hack ke?

Tak apa, jangan risau, tak ada kena mengena langsung dengan virus atau hack. Langkah ni sebenarnya untuk memastikan jika anda ada melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum.

Perkara ini adalah bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan tiket penerbangan lebih murah.

Oleh itu, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.

Jadi, rajin-rajinlah bersihkan cookies dan browser tu lepas survey ye.

Kesimpulan 5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

5-Cara-Beli-Tiket-Flight-Murah

Berdasarkan dari tips yang kami kongsikan di atas, kesimpulannya, anda perlu merancang LEBIH AWAL untuk membeli tiket flight yang murah.

Tak apa, korban masa awal-awal tu untuk rangka plan yang terbaik untuk pelancongan anda. Tiket murah, hotel pun murah, nak jalan-jalan pun hati senang.

InfoEkstra mengharapkan teknik-teknik yang kami kongsikan di atas dapat membantu meringankan urusan anda untuk menikmati pelancongan yang lebih menarik!

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH



Comments