on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Sijil SPM hilang? Alamak, minggu depan ada interview ni macam mana nak lengkapkan resume?
Eh, nak pergi mana tu?
Tak payah start kereta nak pergi kaunter LPM kat Putrajaya sana, Admin ada cara yang lebih cepat dan jimat.
Macam mana?
Mari baca artikel yang admin sediakan hari ini Sijil SPM Online: Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang/Tidak Dituntut Online.
Dah boleh mohon sijil SPM secara online je sekarang? Uish biar betul?
Tak percaya? Apa lagi, jom baca artikel ni sampai habis sebagai panduan untuk memudahkan urusan anda.
Untuk makluman anda semua permohonan salinan keputusan peperiksaan dan terjemahan ini secara online ini telah dibuka bermula 1 Februari 2021.
Apa yang pasti perkhidmatan ini akan lebih memudahkan urusan kita untuk mendapatkan sijil-sijil exam yang dah hilang atau nak dapatkan sijil SPM/PMR yang masih belum dituntut.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari tengok admin share macam mana nak mohon sijil SPM anda secara online semudah ABC.
LANGKAH 1:
Anda perlu layari PORTAL RASMI e-LEMBAGA PEPERIKSAAN terlebih dahulu. Kemudian, anda akan lihat paparan seperti di bawah.
Klik pada bahagian 'Daftar Akaun' di bahagian bawah kiri skrin.
LANGKAH 2:
Lengkapkan maklumat pendaftaran seperti yang tertera di bawah.
Pastikan anda memasukkan alamat emel yang betul dan masih aktif. Anda akan menerima emel Pengesahan Pendaftaran Pengguna Baru yang akan dihantar ke alamat emel tersebut.
Anda akan menerima paparan berikut setelah berjaya membuat pengesahan di emel
LANGKAH 3:
Selesai pengesahan, log masuk menggunakan alamat emel dan kata laluan yang didaftarkan sebentar tadi.
Kemudian klik pada bahagian 'Salinan Keputusan'
LANGKAH 4:
LANGKAH 5:
Selesai sudah proses permohonan! Anda boleh terus proceed ke proses pembayaran dan tinggal tunggu Sijil SPM atau sijil peperiksaan yang anda mohon sampai ke depan pintu rumah.
BACA JUGA:
Tetapi, sekiranya anda nak ambil dekat LPM sendiri pun tak ada masalah. Cuma ambil masa sikit lah bergantung kepada jenis sijil dan tahun peperiksaan yang anda ambil.
Apa gunanya kecanggihan teknologi kalau kita tak manfaatkan?
Apa gunanya informasi yang berguna kalau kita tak kongsikan?
Sijil-sijil exam seperti ini sangat penting apatah lagi buat mereka yang berada dalam persediaan interview kerja dan sebagainya.
Sharekan tutorial ni pada rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk kita sama-sama memudahkan urusan mereka.
Jangan lupa amalkan SOP untuk kita sama-sama melandaikan rantaian Covid-19 di Malaysia. Sama-sama kita jaga kita.
TERIMA KASIH
Assalamualaikum nak buat pembayaran tu kena ada onlinebankin ka? Sbb sy x bole nk buat payment
ReplyDeleteWaalaikumusalam, betul. online bankin
DeleteUntuk pos salinan sijil SPM lambat ke? Dalam hari yg sama boleh dapat tak?
ReplyDeletePos sijil ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja dengan pos laju.
DeleteSalam, mcm mana saya nak buat pembayaran tu ye?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWslm, pembayaran secara online banking..
Deletepembayaran online tu di mana ya?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteNak tanya jugak, nak buat pembayaran tu macam mana ya? Tak ada keluar apa2 button untuk click buat bayaran pun
Deletetulaa.. takde pape button nak buat payment.
Deleteassalamualaikum, proses pembayarannya dekat mana ?
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya nanti dapat sijil tu kiranya salinan lah eh bukan original?
ReplyDeleteWaalaikummussalam, cik anda dapat salinan keputusan peperiksaan yang dipilih.
DeleteBagaimana cek status pengeposan sijil tersebut?
ReplyDeletekalau dalam keadaaan lockdown ni, permohonan masih akan diproses ke??
ReplyDeleteDari minggu lps status dalam proses hm
DeleteSlip spm ke @sijil spm
ReplyDeleteAssalamualaikum...nk tnya,yg nie dorg akn pos SLIP SPM ATAU SIJIL SPM ORIGINAL?Sy pnya slip SPM ada,cuma Sijil SPM original je belum tuntut lg...agak2 berapa lama ya smpai klo by poslaju?dan cara nk bayar mcm mna?
ReplyDeleteSaya punya nak ambil yang original sijil spm tahun 2007 punya,belum dituntut.
ReplyDeletebyk 30ringgit kau nak sebat... caj bende tinggi nau... seddihhh
ReplyDeleteKalau guna pos tu.... bayar online or bayar kat pejabat pos tu???
ReplyDeleteBagaimana cara buat bayaran ..sbb xx de option untuk bayaran
ReplyDeleteMcmne.. Dah byr semua.. Tapi 16 hari belum sampai lgi..
ReplyDeletePelik betul la.. Email dan address dah bgi
ReplyDeleteAssalammualaikum.. brp lama sekolah akn simpan sijil spm?
ReplyDeleteAssalam nak tanya berapa lama masa dia ambil untuk sampai kalau guna pos laju?terima kasih
ReplyDeleteGuys NK tnye ad yg DH dpt sijil ke..sb sy nk kepastian..
ReplyDeleteNak tanya, kalau mohon salinan spm tu ,dapat macam mana ? Salinan mcm kita photostat tu je ke ? Ka mcm sijil original tu. Please respon
ReplyDeleteKenapa salinan sijil? saya nak sijil spm yang ori.
ReplyDeleteKalau dalam proses tu maksudnya tunggu jela kan, xde la lama sampai sebulan mcm tu kan
ReplyDelete