Akaun ASB Disekat Atau Dibekukan: 2 Cara Aktikan Semula Akaun ASB

Akaun ASB Disekat Atau Dibekukan

Anda baru nak log masuk ke akaun MyASNB untuk buat pengeluaran duit online tapi tiba-tiba akaun anda disekat atau terus dibekukan.

Alamak! Macam mana nak aktifkan semula akaun ASB anda ni?

Dah tak boleh guna ke akaun ni?

Tak apa, jangan panik, jangan risau. InfoEkstra bawakan anda entri khas hari ini Akaun ASB Disekat Atau Dibekukan? 2 Cara Aktikan Semula Akaun ASB untuk membantu menyelesaikan isu di atas.

Jom baca!

Akaun ASB Disekat Atau Dibekukan: 2 Cara Aktikan Semula Akaun ASB

akaun-asb-disekat-atau-dibekukan

Admin pasti, persoalan pertama yang timbul dalam situasi di atas adalah:

'kenapa akaun ASB saya dibekukan?' 

'Apa punca-punca yang menyebabkan akaun ASB saya disekat atau dibekukan?'

PUNCA AKAUN ASB ANDA DISEKAT

Tahukah anda sekiranya percubaan untuk log masuk ke akaun ASB gagal sebanyak 3 kali berturut-turut, akaun ASB anda akan terus disekat.

Ini merupakan salah satu daripada mekanisme perlindungan untuk melindungi akaun anda daripada cuba untuk di 'hack' oleh scammer atau ancaman siber yang lain.

Jadi macam mana nak aktifkan balik akaun yang kena sekat tu?

akaun-asb-disekat-atau-dibekukan-2

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DISEKAT

Mudah je, jom ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Anda perlu menjawab soalan keselamatan yang telah ditetapkan semasa mendaftar akaun ASB
  2. Kemudian, cipta kata laluan baharu. Pastikan anda ingat kata laluan ini untuk mengelakkan isu di atas berulang.
  3. Selepas itu, log masuk menggunakan kata laluan baharu seperti biasa.

PUNCA AKAUN ASB ANDA DIBEKUKAN

Untuk isu ini pula, apabila anda tidak log masuk ke ke akaun ASB melebihi daripada 400 hari, akaun anda secara automatiknya akan dibekukan.

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan anda log masuk ke akaun MyASNB sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membuat aktiviti seperti semakan akaun, kemaskini maklumat dsb.

Macam mana nak selesaikan masalah ni?

akaun-asb-disekat-atau-dibekukan-3

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB ANDA YANG DIBEKUKAN

  1. Anda perlu mengisi semula maklumat log masuk anda dengan tepat dan betul.
  2. Kemudian buat pengesahan nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum ini. 
  3. Pastikan nombor telefon anda tidak menyekat nombor yang akan menghantar kod pengesahan tersebut.

MACAM MANA KALAU AKAUN ASB SAYA MASIH DISEKAT DAN DIBEKUKAN? 

Jika anda masih gagal untuk log masuk ke akaun selepas membuat semua solusi di atas, anda perlu ikuti langkah-langkah penyelesaian di bawah:

  1. Pengguna perlu hadir kemana-mana cawangan ASB yang berdekatan ATAU
  2. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di: 03-7730 8899 ATAU
  3. E-melkan maklumat peribadi anda dan salinan kad pengenalan ke alamat berikut:
    • myasnbid@pnb.com.my

Soalan Lazim Akaun MyASNB

Apakah myASNB Portal?

  • myASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nota: Buat masa ini tiada caj dikenakan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti caj jualan dan GST adalah terpakai, jika ada.

Mengapa saya harus memilih myASNB Portal?

  • myASNB Portal adalah mudah dan selamat untuk membuat pelaburan. Cuma pilih [Transaksi] yang sesuai untuk anda.

Apakah perkhidmatan yang tersedia di dalam myASNB Portal?

myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:

  1. Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini

  2. Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu

  3. Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian

  4. Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian

  5. Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian

  6. Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama

  7. Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada)

  8. Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.

  9. Perancangan Perwarisan - Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB

Waktu operasi dalam talian myASNB

  1. Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu

  2. Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada:

    • Pelaburan (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 11.00 malam; dan
    • Jualan Balik (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 11.59 malam

    • Penukaran (Semua Dana): Isnin – Ahad, waktu tempatan, 2.00 pagi hingga 4.00 petang

  3. Bagi transaksi menggunakan perkhidmatan e-dompet, waktu operasi hanya sehingga 4.00 petang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai akaun MyASNB, anda boleh hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  1. Emel: asnbcare@pnb.com.my

Kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain untuk memudahkan urusan mereka mengendalikan akaun MyASNB.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

 

Comments