5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

5 Cara Mudah Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak






Nak tahu apa cara mudah menggunakan kad kredit dengan bijak? Apa tips yang anda diperlukan?

Dengar sahaja perkataan ‘kad kredit’ mula lah macam-macam tanggapan negatif bermain di dalam minda kita. Kad kredit dan hutang ibarat irama dan lagu tak boleh dipisahkan, tak pandai uruskan penggunaan kad kredit, habislah badan dibeban hutang.

Sebenarnya ianya bergantung kepada cara individu yang menggunakan kad kredit untuk mengelakkan diri daripada bebanan hutang.

Buang semua tanggapan negatif tu dan jangan risau.

InfoEkstra kali ini ingin membawakan anda 5 cara mudah menggunakan kad kredit dengan bijak.


MENGAPA KAD KREDIT?


‘Tengok tu, orang tu pakai kad kredit lah, ni orang kaya lah ni.’

Kad kredit sering menjadi lambang kemewahan seseorang individu. Tetapi penggunaan kad  kredit yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan golongan yang dipandang mewah itu terjerat dalam bebanan hutang.

Cara menggunakan kad kredit dengan bijak mampu membantu anda menjadi pengguna yang berhemah dalam berbelanja menggunakan kad kredit.

Kad kredit berfungsi sebagai ganti penggunaan wang tunai. Ia membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk perkhidmatan secara eletronik. Anda tinggal swipe sahaja dan pengeluar kad kredit akan membayar peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui bank pengeluar kad kredit anda.

Mudah bukan?

Ini membuatkan pembelian barang menjadi lebih mudah dan cepat. Tetapi jangan kita leka swipe kad kredit bila bil bulanan kad kredit sampai putih mata anda.

Pantau cara berbelanja dan persiapkan diri anda dengan tips menggunakan kad kredit dengan bijak.



CARA MUDAH MENGGUNAKAN KAD KREDIT DENGAN BIJAK


Berikut adalah 5 cara mudah menggunakan kad kredit dengan bijak dan berkesan.

TIPS 1: MENGEHADKAN BILANGAN KAD


Kenalpasti kemampuan anda dalam menguruskan perbelanjaan. Hadkan bilangan kad kredit yang digunakan bagi mengelakkan lambakan hutang yang akhirnya memakan diri.

Terpulang pada anda berapa banyak kad kredit yang ingin anda gunakan namun anda harus berhati-hati supaya penggunaan kad kredit ini tidak menganggu rekod kredit anda.

Semakin banyak kad kredit yang anda gunakan, semakin tinggi peratusan untuk ianya mengganggu rekod bersih rekod kredit anda. Anda dinasihatkan untuk memastikan baki hutang anda berada di antara 30% hingga 50% dan tidak lebih daripada perbelanjaan anda untuk memastikan rekod kredit anda berada dalam keadaan stabil.

Cukup lah sekadar satu atau dua kad kredit yang ingin anda gunakan.

Mengapa perlu lebih sekiranya anda juga yang bakal letih menghadap bil bulanan?

TIPS 2: PENGGUNAAN KAD KREDIT DI WAKTU KECEMASAN


Sediakan satu kad kredit anda untuk digunakan di waktu kecemasan. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka dan ianya melebihi daripada kemampuan anda, gunakan kad kredit sebagai ‘back up plan’ untuk membantu menyelesaikan masalah.

Contohnya,

perbelanjaan kesihatan, kereta rosak dan sebagainya. Namun harus dititik beratkan juga tentang penggunaan kad kredit yang sentiasa konsisten dan tidak melebihi kemampuan untuk anda membayar.

Sememangnya idea yang bagus untuk menjadikan kad kredit hero anda di waktu kecemasan tetapi pastikan anda berjaya mengawal perbelanjaan dan bijak menguruskan keadaan ekonomi anda.

Jika tidak tiada gunanya kad kredit tersebut disaat anda memerlukan malah akan menjadi bebanan.

TIPS 3: BAYAR LEBIH DARI KADAR MINIMUM


Sebaik-baiknya dinasihatkan agar pengguna membuat bayaran yang penuh hutang kad kredit setiap bulan bagi melancarkan pengurusan kewangan anda di bulan seterusnya.

Tetapi, kadang-kala kita manusia biasa tidak boleh lari daripada masalah kerana malang tidak berbau.

Dalam situasi seperti ini, pastikan anda sekurang-kurangnya membayar dua kali ganda daripada jumlah minimum yang perlu dibayar. Jika anda hanya membayar jumlah yang minimum anda akan mengambil masa yang lama untuk melangsaikan hutang.

Rujuk penyata kad kredit terakhir anda.  Ini adalah kerana dikhuatiri pembayaran minimum itu jumlahnya kurang daripada bunga dan anda hanya membayar bunga dan tidak mengurangkan jumlah hutang yang sebenar.

Rancang sistem pembayaran hutang kad kredit anda dengan baik supaya anda dapat melangsaikannya dengan cepat.

TIPS 4: BAYAR HUTANG TEPAT PADA MASANYA


Untuk mengelakkan diri anda daripada dikenakan caj bayaran lewat dan kadar penalti, bayar sebelum tarikh akhir penyata anda. Kegagalan anda dalam membayar hutang kad kredit tepat pada masanya akan menyebabkan anda dicaj dengan kadar bunga yang tinggi.

Bayar tepat pada masanya walaupun sedikit.

Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai pendapatan yang tetap, gunakan sistem debit secara automatik bagi mengelakkan isu bayaran hutang kad kredit terlewat. Kadang-kala kita terlupa untuk merujuk tarikh akhir pembayaran di penyata, maka cara ini dapat menyelamatkan anda daripada bebanan bunga hutang kad kredit.

Jadi, pastikan anda betul-betul mampu untuk menggunakan kad kredit.

Jangan amalkan sikap berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

TIPS 5: ELAKKAN PENGAMBILAN ‘CASH ADVANCED’


Jangan sesekali kita cuba mengeluarkan wang tunai melalui kredit kad. Kebiasaannya bank kredit kad anda sendiri akan menawarkan anda sejumlah wang ‘cash advanced’ bergantung kepada had kredit anda. Lebih tinggi had kredit anda, lebih tinggi tawaran yang diberikan. Bank akan menggunakan pelbagai cara untuk memujuk anda menggunakan cash advanced ini.

Tetapi harus anda tahu, disebalik mudahnya menerima cash advanced, anda akan dikenakan caj pendahuluan tunai yang sangat tinggi.

Contohnya:

Anda mengeluarkan RM250, tetapi apabila anda menerima penyata pembayaran kad kredit, anda dikenakan caj pendahuluan tunai sebanyak RM50 iaitu 25% daripada jumlah cash advanced anda.

Memeranjatkan bukan?

Jadi jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis bank dan guna sebanyak mungkin cash advanced demi memenuhi nafsu anda. Bak kata pepatah, air mudik sungai, semua teluk diranai.


                                          Video Tips Penggunaan Kad Kredit




Banyak kelebihan kad kredit untuk pengguna sekiranya kita bijak menggunakannya. Mempunyai kad kredit bukan lah satu lesen untuk kita asyik berbelanja tak ingat dunia.

Nanti hutang bertimbun pening kepala, hidup merana mewah pun tak guna.

Comments