5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Apa itu pelaburan saham koperasi Bank Rakyat?


apa itu pelaburan saham koperasi Bank Rakyat?

Apa itu pelaburan saham koperasi Bank Rakyat?

Pernah dengar tapi tak berapa tahu?

Pendek cerita, melabur di saham koperasi Bank Rakyat merupakan salah satu instrumen pelaburan favourite menjadi rebutan mereka yang minat melabur.

Laku ibarat pisang goreng panas.

‘Uish, hebat sangat tu. Macam mana ye nak try melabur saham koperasi Bank Rakyat ni?’

Nasib baik anda klik pada InfoEkstra kerana kami ada jawapannya!

Entri InfoEkstra kali ini membawa anda untuk belajar apa itu saham koperasi Bank Rakyat.

Daripada memahami konsep saham koperasi sampai lah ke cara asas pengiraan keuntungan semuanya ada disini.

Baca sampai habis ya..!


Dividen Saham Koperasi Bank Rakyat 2020

PELABURAN YANG BERBALOI?

Ramai pelabur di luar sana yang mengimpikan untuk mempunyai akaun saham koperasi Bank Rakyat mereka sendiri.

Mana tidaknya, dengan kadar keuntungan yang rata-ratanya konsisten dan melebihi 10% kadar dividen sudah pasti anda dah siap-siap buat kiraan keuntungan yang bakal anda peroleh.

Return of Investment pelaburan saham koperasi Bank Rakyat yang kukuh dan stabil membuatkan saham ini laku ibarat pisang goreng panas!

Apa tunggu lagi?

Sediakan nota dan pen anda, jangan lupa kalkulator yang terisi bateri untuk bersama-sama kami belajar tips melabur dalam saham koperasi Bank Rakyat.

APA ITU PELABURAN SAHAM KOPERASI BANK RAKYAT?

1 – APA ITU PELABURAN SAHAM KOPERASI?

Penting untuk anda memahami asas sesuatu pelaburan, jadi kita mulakan dengan memahami konsep asas pelaburan saham koperasi.

‘Aah kan? Excited sangat nak melabur, koperasi ni apa ye sebenarnya?’

Syarikat koperasi melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan menjana pendapatan tambahan HANYA untuk anggota-anggotanya sahaja.

Matlamat utama syarikat koperasi ini adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

Modal perniagaan syarikat koperasi ini datangnya daripada caruman setiap anggota melalui pegangan syer mereka. Keuntungan daripada perniagaan akan dibahagikan kepada anggota-anggota dalam bentuk dividen tahunan.

Saham koperasi Bank Rakyat adalah saham syarikat yang dikeluarkan bertujuan untuk dijadikan modal perniagaan dan keuntungan daripada hasil perniagaan tersebut akan diberikan kepada pemegang-pemegang saham koperasi Bank Rakyat dalam bentuk dividen.

Kenapa saham koperasi Bank Rakyat ni menjadi top favourite?

Haaaa sebab kadar dividen tahunan saham ini boleh mencecah dari 13% (2015) ke 16% (2017) bergantung kepada prestasi perniagaan syarikat koperasi atau Bank Rakyat itu sendiri.

Fuhh! Berpeluh-peluh kira untung kalau macam tu. Setakat ini kadar dividen ini tidak pernah lagi mengecewakan pemegang-pemegang saham Bank Rakyat.

Lihat sahaja sejarah dividen Bank Rakyat dari tahun 2014 hingga 2020.
senarai dividen bank rakyat
Selain daripada pelaburan ASB dan Tabung Haji, pelaburan saham koperasi Bank Rakyat merupakan pelaburan bank yang mempunyai dividen paling tinggi di Malaysia.

Menarik? Semakin berminat?

Ayuh teruskan membaca!

2 – CARA MELABUR SAHAM KOPERASI BANK RAKYAT

Okay, dah faham apa itu saham koperasi sekarang ni berkobar-kobar nak mohon untuk melabur dalam saham koperasi Bank Rakyat ni.

Macam mana ye?

Saham Bank Rakyat VS Akaun Simpanan Bank Rakyat

‘Kalau dah ada akaun bank kat Bank Rakyat boleh dikira ada saham Bank Rakyat lah tu kan?’

Sayangnya, ianya tidak semudah itu. Tidak semestinya dengan adanya akaun simpanan Bank Rakyat anda layak untuk terus menerima dividen yang ditawarkan.

Pembayaran dividen hanya boleh dibuat kepada ahli saham Bank Rakyat dan bukannya untuk mereka yang mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat.

Untuk menjadi ahli, anda perlu untuk memiliki saham Bank Rakyat.

Proses Permohonan dan Pelaburan

Buat masa kini kuota saham yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat telah penuh dan apa-apa permohonan untuk memiliki saham Bank Rakyat ini telah ditutup buat sementara. Pastinya ini berita yang mengecewakan untuk mereka yang dah pasang cita-cita untuk melabur di saham Bank Rakyat.

TETAPI,

Jangan cepat putus asa, sentiasa peka dengan berita atau pengumuman yang berkaitan dengan pelaburan. Mana tahu rezeki anda lepas ni untuk memiliki saham di Bank Rakyat.

Sekiranya peluang itu muncul, nak mohon saham Bank Rakyat ni senang je jangan risau. Anda pergi ke Bank Rakyat yang berhampiran dengan anda, minta borang permohonan saham daripada pegawai bank yang terlibat, isi dan serahkan semula pada pegawai bank tersebut.

Jangan lupa pula modal sebanyak RM 500 untuk permulaan melabur di saham ni. Serahkan saja pada pegawai bank yang bertugas settle kerja anda.

‘RM 500 je? Tak boleh ke kalau nak labur lebih lagi?’

Kalau nak start dengan hanya RM 500 sahaja memang agak susah tapi untuk kes ini anda tidak mempunyai pilihan melainkan untuk tunggu saham Bank Rakyat ni dibuka lagi.

Jumlah ini juga bergantung kepada berapa banyak yang diisukan oleh Bank Rakyat. Kali terakhir ianya dibuka permulaan dibenarkan hanya RM 500.

Bila dah mula dibuka barulah anda boleh sertai lagi dan anda perlu melalui sekali lagi proses permohonan untuk menyertai dalam pelaburan saham Bank Rakyat ni.

Bank Rakyat akan maklumkan kepada anda sama ada permohonan anda berjaya dan berapa jumlah yang anda boleh tambah. Selain itu, sentiasa alert dengan berita atau notifikasi tentang penambahan dana saham Bank Rakyat, waktu tu barulah green light untuk buat penambahan dana untuk saham anda.

Mudah bukan?

3 – SYARAT-SYARAT PELABURAN SAHAM BANK RAKYAT

Okay, dah settle dah explain tentang cara permohonan dan pelaburan, mari kita lihat apa-apa syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat sebelum anda mula melabur dalam saham mereka.

Untuk pengetahuan anda, kelayakan atau syarat untuk menyertai pelaburan Bank Rakyat ini terbahagi kepada dua iaitu individu dan syarikat-syarikat koperasi.

KELAYAKAN INDIVIDU

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputa yang beragama Islam
  • Bumiputra bukan beragama Islam
  • Bukan bumiputra beragama Islam
  • Tidak Muflis
  • Tiada tindakan mahkamah telah diambil terhadap pemohon
  • Tidak pernah disingkir dari menjadi anggota di bawah Akta Koperasi 1993

KELAYAKAN KOPERASI

  • Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993
Berikut adalah kelayakan asas yang ditetapkan oleh Bank Rakyat sebelum anda boleh mula memulakan proses permohonan.

Namun,

Suka kami mengingatkan di sini untuk anda sentiasa memantau apa-apa berita tentang pembukaan saham Bank Rakyat kerana kali terakhir saham ini dibuka adalah pada tahun 2011.

Kemungkinan berlakunya apa-apa perubahan pada syarat-syarat kelayakan mungkin berlaku. Sentiasa bersiap sedia, check segala media sosial Bank Rakyat, berita-berita tentang pelaburan dan sebagainya.

4 – KADAR KEUNTUNGAN

Dah sedia dengan kalkulator anda? Okay mari kita mulakan.

Bank Rakyat merupakan bank yang menawarkan kadar dividen paling tinggi di Malaysia. Memang ini lah yang menjadi tarikan utama pelaburan saham mereka.

Namun,

Apa ciri-ciri lain yang terlibat dalam keuntungan saham Bank Rakyat ni?

Tiada Power of Compounding/Accumulating Interest

Alamak, cakap jawa pulak macam mana nak faham?

Dalam bahasa melayu nya, dividen yang anda terima WAJIB anda cash out. Duit anda itu tak boleh berkembang dalam Bank Rakyat. Melainkan Bank Rakyat sendiri tambah modal lagi.

Nak tambah modal ni kena tunggu pengumuman daripada pihak Bank Rakyat dulu. Haaa, bukan suka-suka ye nak tambah.

No Capital Interest

Syer dalam Bank Rakyat ni hanya membenarkan cash flow return sahaja, tiada capital interest atau bahasa mudahnya kalau anda ada syer sebanyak RM 500 maka jumlah itu akan kekal pada RM 500.

Ianya takkan bertambah ke RM 501. RM 510 atau sebagainya.

Contoh Pengiraan Pelaburan Saham Bank Rakyat

Situasi:

Anda beli 150,000 unit saham pada harga RM 1.50 pada 30 Disember 20xx

Harga Belian: RM 225,000

Unit: 150,000

Diberikan contoh situasi:
  • Dividen Bank Rakyat 15% setahun (anggaran)
  • Dividen akan dikira ke atas saham 150,000 unit.
  • Dividen setahun: 15% × 150,000 unit = RM 22 500
  • Dividen 5 tahun: (15% × 150,000 unit) × 5 = RM 112 500
  • Dividen 10 tahun: (15% × 150,000 unit) × 10 = RM 225 000
Mudah bukan? Secara asas dan anggaran yang diberikan, itu adalah pengiraan mudah keuntungan yang boleh anda perolehi.

Namun,

Anda perlu ingat, kadar dividen Bank Rakyat hanya dikira ke atas saham. Dividen yang anda perolehi akan dimasukkan ke akaun simpanan. Jika anda tidak melakukan apa-apa pengeluaran, ia hanya beri sekitar 2% - 3% peratus sahaja dan tidak ada ‘compound’ ke atas dividen yang diterima seperti yang diterangkan di atas.

Apa itu pelaburan saham koperasi Bank Rakyat?

KESIMPULAN

Tahniah kami ucapkan pada mereka yang sempat memliki saham koperasi Bank Rakyat ni. Keuntungan yang berbaloi dan konsisten menjadikan risiko untuk rugi hampir tiada.

Pada yang masih menanti-nantikan peluang keemasan ni timbul lagi, jangan mudah putus asa. Pastikan anda sentiasa ikuti perkembangan dunia pelaburan dan peka terhadap apa-apa isu berkaitan saham Bank Rakyat.

Kita tak tahu bila-bila masa saja peluang ini akan timbul lagi.

Lagi cepat anda bertindak, lagi cerah peluang anda untuk berjaya.

Kami dari InfoEkstra mengucapkan selamat berusaha dan maju jaya dalam perjalanan dunia pelaburan anda!

Comments

  1. Assalammualaikum tuan ada buka lagi ke untuk permohonan saham ini?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. macamana nak jadi ahli ye

    ReplyDelete
  3. saham koperasi bank rakyat & Koperasi Amanah Pelaburan Berhad(KAPB) adalah sama atau dua benda berbeza? Minta pencerahan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Permohonan masih ada untuk pelaburan saham bank rakyat?

    ReplyDelete
  5. Bila blh nk tambah saham koperasi

    ReplyDelete
  6. Maksudnya 2-3 percent je yg kita boleh amik bukan dividen yg 10 percent ke atas tu ke mcm mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap maksud nya 2-3% tuh interest atas saving account

      Delete
  7. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    indiafinace@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    indiafinace@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
  8. Mohon pencerahan ..nk joint koperasi amanah bank rakyat

    ReplyDelete
  9. Salam .. mohon pencerahan.. adakah perlu dizakatkan duit simpanan kita didalam saham koperasi??

    ReplyDelete
  10. Are you an individual businessman or a business organisation that wishes to expand in business ??, we offer financial instrument such as BGs, SBLCs,MTNs, LCs, CDs and others on lease and sales at a rate of 4%+2% of the face value and reasonable conditionfrom a genuine provider. You are at liberty to engage our leased facilities into trade programs as well as in signatory project(s) such as Aviation, Agriculture, Petroleum, Telecommunication and any other project(s) etc.

    Contact : Mr. Richard Chadwich
    Contact Email: ribellodasilver01.finance@gmail.com


    With our financial/bank instrument you can establish line of credit with your bank and/or secure loan for your projects in which our bank instrument will serve collateral in your bank to fund your project.

    We deliver with time and precision as set forth in the agreement. Our terms and Conditions are reasonable and we work directly with issuing bank lease providers, this instrument can be monetized on your behalf for upto 100% funding. Intermediaries/Consultants/Brokers are welcome to bring their clients and are 100% protected. In complete confidence, we will work together for the benefits of all parties involved.

    All relevant business information will be provided upon request.

    BROKERS ARE WELCOME & 100% PROTECTED!!!

    If Interested kindly contact me via

    Email:~ ribellodasilver01.finance@gmail.com

    serious enquiry only.

    ReplyDelete

Post a Comment