5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Semakan CCRIS Melalui eCRISS Online


Semakan CCRIS melalui eCRISS online?

Teknologi membawa segala-galanya ke hujung jari anda, sebagai pengguna yang bijak gunakan sistem yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan urusan harian anda.

Terdapat beberapa medium yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan status CCRIS secara online melalui eCRISS online.

Jangan risau, tak susah pun, meh teruskan bersama kami di InfoEkstra. Kami sediakan panduan mudah untuk anda.

Entri kali ini kami bawakan khas untuk anda untuk belajar lebih dalam lagi semakan CCRIS melalui eCRISS online.


APA KEPENTINGAN CCRIS NI?

CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) merupakan satu sistem yang membolehkan anda untuk menyemak kedudukan kredit kewangan anda.

Ramai yang salah anggap sekiranya mereka mempunyai status CCRIS yang tidak bersih ini bermakna mereka telah disenarai hitamkan.

CCRIS ini diwujudkan untuk ringkasan kedudukan kredit kewangan anda, sekiranya anda ingin melakukan apa-apa pinjaman, lebih baik sekiranya anda semak dahulu status CCRIS anda untuk mengelakkan apa-apa kesulitan.

Masih keliru?

Teruskan bersama kami di InfoEkstra dan jangan lupa buka nota dan pen anda!

1 – APA ITU CCRIS DAN CTOS?

‘Aik tadi cakap pasal CCRIS je ni ada CTOS pulak?’

Jangan risau, senang je nak faham.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

CCRIS ialah rekod/laporan yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Laporan ini akan mrekodkan bayaran bulanan peminjam untuk 12 bulan terkini dengan Institusi Kewangan. Butiran lain termasuk:
  • Butiran pinjaman di setiap Insititusi Kewangan di Malaysia
  • Pinjaman di bawah pemerhatian bank
  • Proses penjadualan & penstrukturan semula
Rekod kewangan yang baik akan memaparkan semua nombor dengan angka 0, 0, 0, 0. Ini bermaksud anda tidak mempunyai apa-apa tunggakan pembiayaan dan mempunyai rekod yang bersih.

Ini bermakna anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan apa-apa pinjaman yang berkaitan.

CTOS

CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk mrekodkan bayaran tertunggak oleh peminjam. Sekiranya anda seorang peminjam yang tidak pernah membuat bayaran terhadap pinjaman anda, nama anda akan direkodkan di dalam CTOS.

CTOS juga berfungsi sebagai pemberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko untuk memberikan pinjaman kepada pemohon. Tersenarai di dalam CTOS akan mengurangkan peluang anda untuk membuat pinjaman.

Sekiranya anda ingin membuat semakan laporan status CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS Service Centre.

2 – HUTANG YANG TERSENARAI DI DALAM CCRIS

Berikut adalah hutang-hutang yang termasuk di dalam senarai CCRIS;
  • Pembiayaan Pinjaman Peribadi Bank
  • Pinjaman Rumah/Kedai dan Sebagainya
  • Pinjaman PTPTN
  • Kad Kredit
  • Pembiayaan untuk Pembelian Kenderaan/Kereta dan Sebagainya
  • Pembiayaan Perniagaan Daripada Bank
Nota untuk peminjam PTPTN: Semua peminjam yang tidak membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh perjanjian akan disenaraikan di dalam CCRIS.

3 – CARA SEMAKAN CCRIS SECARA ONLINE MELALUI eCCRIS

Rekod pinjaman anda tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman, kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan laporan kredit itu menerusi Bank Negara.

Laporan kredit mengandungi maklumat kredit individu yang juga boleh dicapai oleh individu melalui saluran-saluran berikut:
  • eCRISS
  • Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK.

Apa itu eCRISS?

Menurut Bank Negara Malaysia, eCRISS adalah eCCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik.

Sebelum anda boleh login ke dalam sistem eCRISS anda perlu mendaftarkan dahulu diri anda di BNMLINK Kuala Lumpur/Pejabat BNM/Cawangan AKPK.

Langkah Mudah Login ke Sistem CCRIS

  1. Log masuk ke alamat  https://eccris.bnm.gov.my/; menggunakan search engine Google Chrome ataupun Mozilla Firefox
  2. cara semak ccris online
  3. Klik pada ‘Log Masuk Kali Pertama’
  4. Mulakan pendaftaran anda di eCRISS. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti berikut;
  • Pilih Kewarganegaraan
  • Nombor ID (12 Digit MyKad/Kad Pengenalan/No Pasport)
  • Nombor Pin (6 Digit kod nombor akan dihantarkan ke telefon mudah alih untuk tujuan pengaktifan akaun eCRISS)
  • Tekan Butang ‘Hantar’
  1. Tetapkan ID Pengguna dan Kata Laluan mengikut syarat yang ditetapkan
  2. Pilih imej keselamatan dan soalan serta jawapan bagi setiap soalan keselamatan di ‘Tetapan Keselamatan’
  3. Setelah selesai mengisi butiran dengan jayanya anda akan menerima mesej pengesahan di laman berikutnya.
Selesai mendaftarkan diri di eCRISS anda boleh memuat turun laporan kredit kewangan anda secara online. Mudah sahaja, untuk mendapatkan laporan individu klik pada ‘CARIAN’ kemudian klik ‘Carian Sendiri – Individu’

Seterusnya klik ‘saya setuju’ di kenyataan penafian dan klik ‘carian laporan’ dan seterusnya paparan untuk memuat turun laporan CCRIS anda akan keluar. Klik butang ‘muat turun’ dan akhirnya laporan anda sedia untuk disimpan.

Mudah bukan?

Untuk mendapatkan panduan yang lengkap dan maklumat yang lebih jelas tentang semakan online CCRIS anda boleh rujuk di Panduan Pengguna eCRISS & Soalan Lazim.





KESIMPULAN

Selamat membuat semakan CRISS  melalui eCRISS online.

Moga perkhidmatan atas talian ini memudahkan lagi urusan anda agar sentiasa peka akan kedudukan kredit kewangan anda dan menjadi peminjam yang sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam melakukan pembayaran pinjaman.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang mempunyai rekod laporan kredit yang baik! Teruskan prestasi bagus anda.

Selamat maju jaya!

Comments