Apa Itu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB)? Boleh percaya pinjaman wang berlesen ni?
Berlesen tu berdaftar dengan kerajaan ke? Tertakluk di bawah undang-undang?
Nak bayar hutang kereta, rumah, perbelanjaan isi rumah, yuran dan perbelanjaan sekolah anak fuhh paras-paras hidung je duit nak tampung semua tu. Tiba-tiba pulak kereta rosak.
Macam mana tu? Anda pula tak ada simpanan kecemasan. Sudahnya jalan penyelesaian anda:
'Pinjam duitlah kalau macam tu, tapi nak hutang bank macam tak lepas. Kalau pinjam dekat pinjaman wang berlesen boleh ke?
Begitulah dilema masyarakat Malaysia kini, tiada simpanan, sudahnya memilih untuk buat pinjaman. Tapi jangan risau, anda betul inginkan jalan penyelesaian? Nak tahu pinjaman apa yang selamat untuk anda selain daripada pinjaman bank?
Apa Itu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB)? merungkai segala tanda tanya yang bermain di dalam fikiran anda.
InfoEkstra bawakan khas agar ia menjadi panduan supaya anda tidak mudah ditipu dan memudahkan urusan anda untuk membuat pinjaman.
Jom tambah ilmu!
Jom baca!
Apa Itu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB)?
MENGENALI PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN (PPWB)
Umum ketahui bahawa jika perlukan wang tunai dalam masa yang cepat, terdapat beberapa sumber pinjaman wang seperti daripada pihak bank, koperasi mahupun dengan cara menggadaikan sesuatu barang berharga.
Namun cara-cara begini mungkin memakan masa walhal anda perlukan duit dengan segera untuk menyelesaikan sesuatu kecemasan atau masalah yang tidak dijangka.
Selain menggadaikan barangan berharga, proses menerima wang pinjaman peribadi memakan masa yang lama itupun kalau anda ada mempunyai rekod CTOS & CCRIS yang cantik kalau tak, lagi merumitkan keadaan.
BERDAFTAR DI BAWAH KERAJAAN
Jadi kita cuba tengok Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB):
'Apa sebenarnya Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) ni? Ni macam pinjaman Along Bukit Beruntung tu ke?'
Jawapannya,
TIDAK SAMA SEKALI.
PPWB yang berlesen merupakan syarikat kewangan
berdaftar di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memiliki permit untuk memberi pinjaman wang peribadi secara sah dan tertakluk di bawah
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).
PROSES PINJAMAN PPWB
Jangan risau..
Prosesnya ringkas dan mudah, dan anda boleh menerima wang yang ingin dipinjam seawal 24 jam daripada waktu permohonan.
'Fuhh cepatnya! Biar betul! Tak main-main ke ni?'
Betul. untuk pengetahuan anda, Bagi pengguna individu, pelanggan boleh meminjam wang dalam jumlah yang kecil, contohnya dari RM500 hingga RM2000, daripada sesebuah PPWB untuk jangka masa yang pendek,
tanpa memerlukan sebarang dokumentasi daripada pelanggan.
Untuk itu, anda tak perlu risau jika rekod CCRIS anda buruk disebabkan komitmen bulanan yang tinggi, bebanan hutang, atau nama anda telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara.
Anda masih
boleh membuat pinjaman daripada sesebuah PPWB, tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diminta serta potensi keupayaan anda untuk membayar balik.
Kadar faedah yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi berbanding meminjam daripada pihak yang tidak berlesen kerana mengikut peraturan kadar faedah bagi pinjaman tanpa cagaran
tidak lebih daripada 18 peratus setahun.
PPWB NI REBRANDING PINJAMAN AH LONG?
Anda masih was-was dengan PPWB ni, rasa macam ada yang tak kena?
Betul ke PPWB ni bukan ah long? Ke dia ni ah long yang disahkan?
Oleh kerana ia berdaftar dengan kerajaan, sudah tentu mereka ini tertakluk pada undang-undang dan sentisa dipantau oleh pihak berkuasa.
Inisiatif untuk ‘rebranding’ PPWB ini juga adalah sebagai satu langkah untuk menarik masyarakat menggunakan perkhidmatan di bawah agensi yang berdaftar dengan kerajaan.
Namun, suka kami ingatkan anda agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
SEMAK LESEN PPWB SEBELUM MEMBUAT PINJAMAN
Bank Negara Malaysia (BNM) juga sering memberi nasihat dan peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pinjaman peribadi.
Sebelum anda buat pinjaman, tanya dan teliti lah syaratnya dulu. Jangan sebab excited sangat nak pakai duit anda menonong percaya tanpa membuat sebarang semakan.
KPKT sebagai kementerian yang bertanggungjawab menyelia syarikat-syarikat ini ada menyediakan satu laman web untuk anda semak status syarikat-syarikat yang mereka dakwa sebagai PWB ni.
Anda boleh semak di pautan ini:
Carian Organisasi Pemberi Pinjam Wang
Tengok dulu syarat-syarat pinjaman yang diberikan juga, kalau disuruhnya anda serahkan nombor kad ATM lah, minta maklumat peribadi yang lain, cepat-cepat angkat kaki. Memang sah penipu semua tu.
Jangan nanti anda dah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya pulak. Lagi susah.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas, anda boleh buat aduan mengenai syarikat PPWB itu di link yang kami sediakan ini:
Aduan Syarikat PPWB
KESIMPULAN
InfoEkstra harapkan perkongsian
Apa Itu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB)? ini dapat membantu mengeluarkan anda daripada kesusahan kewangan yang anda.
Namun, suka untuk kami ingatkan agar anda sentiasa berhati-hati untuk membuat sebarang pinjaman dan pastikan anda memeriksa dan meneliti dahulu segala informasi mengenai syarikat PPWB yang ingin anda memohon pinjaman. Mulalah menabung untuk mengelakkan diri daripada membuat pinjaman.
Apa Itu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB)? memberikan panduan asas sahaja, selebihnya anda sebagai pengguna harus bijak memilih.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
Comments
Post a Comment