Cara Daftar & Buat Tuntutan Skim mySalam 2020?
Di zaman keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini, hasrat kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 diperluaskan dan kita lihat banyak skim-skim bantuan dan perlindungan disediakan untuk rakyat.
Termasuklah program bantuan sokongan yang dikenali sebagai MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40.
Apa tujuan diadakan skim mySalam ini?
Cara Daftar & Buat Tuntutan Skim mySalam 2020 InfoEkstra sediakan khas untuk anda sebagai panduan lengkap dalam membuat pendaftaran dan tuntutan skim ini.
Jangan risau, senang je.
Jom teruskan bersama kami.
Apa Itu Skim Perlindungan Kesihatan mySalam?
Skim ini memberikan takaful ataupun insurans kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan.
Melalui mySalam, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50sehari terhad kepada 14 hari atau bersamaan RM700 setahun setelah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Selain itu, sekiranya penerima didapati menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikandalam skim ini, bayaran secara ‘one-off’ terus ke akaun penerima sebanyak RM8,000 akan diberikan.
Cara Daftar & Buat Tuntutan Skim mySalam 2020
Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting mengenai skim mySalam ini untuk panduan anda:
SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN BANTUAN SKIM MYSALAM
Mereka yang layak mendaftar mySalam adalah :
Individu berusia 18 sehingga 55 tahun yang layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta telah mendapat makluman kelayakan penerimaan mySalam melalui SMS dan;
Individu yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja dan;
Yang disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal sama ada dihospital kerajaan mahupun swasta tetapi mendapat rawatan hospital kerajaan sahaja.
INFO TERKINI:
Pada 11 Februari 2020, Kementerian Kewangan telah mengumumkan mengenai perluasan skim perlindungan kesihatan masyarakat (mySalam) atau dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Perluasan tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 termasuklah penerima BSH individu bujang dan individu OKU.
Bukan sahaja golongan B40 tetapi individu yang mempunyai pendapatan kasar RM100,000 setahun yang layak mendapat skim MySalam dengan kadar:
Bayaran Penyakit Kritikal : RM4,000
Bayaran Gantian Pendapatan : RM50 sehari (terhad untuk tempoh maksimum 14 hari sekiranya didiagnosis serta memasuki hospital kerajaan)
Rakyat Malaysia yang berusia 18 hingga 65 tahun
Kelayakan umur penerima skim MySalam dinaikkan pada 65 tahun berbanding 55 tahun sebelum ini.
Penambahan seramai 1.5 juta individu dijangka akan menerima manfaat skim ini.
Penambahan kepada 45 Jenis Penyakit Kritikal
Skim MySalam akan ditambah perlindungannya kepada 45 Penyakit Kritikal termasuk terminal dan polio
Pada ketika ini perlindungan hanya kepada 36 jenis penyakit kritikal
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUNTUTAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM
Bagi yang sedang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, mereka boleh membuat permohonan tetapi kelulusan adalah bergantung kepada keadaan dimana mereka mestilah berpendapatan rendah.
Namun, mereka yang telah didiagnos dengan sesuatu keadaan atau penyakit sebelum pelaksanaan skim mySalam tidak akan dilindungi di bawah skim ini.
Bagi mereka yang belum mempunyai apa-apa komplikasi penyakit tidak perlu mendaftar tetapi boleh mendapatkan bantuan skim ini sekiranya jatuh sakit kemudian.
TARIKH PERLAKSANAAN SKIM MYSALAM
Mula: 1 Januari 2019
Tamat: 31 Disember 2023
TARIKH PENDAFTARAN SKIM MYSALAM 2020
Penerima mySalam yang telah menerima SMS makluman yang turut mempunyai kata laluan bagi login masuk ke sistem mySalam secara atas talian boleh mengakses aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
Fungsi: Dengan mengakses aplikasi ini, penerima boleh melihat beberapa perkara seperti di bawah:
Semakan Kelayakan
Butiran manfaat Skim mySalam
Manfaat kelayakan
Status Tuntutan
Senarai Hospital Terlibat
Soalan Lazim (FAQ)
TARIKH PERMOHONAN SKIM MYSALAM 2020
Penerima bukan BSH atau golongan M40 layak untuk memohon Skim mySalam dengan mendaftar melalui aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
* Penerima boleh membuat tuntutan mulai bulan Mei
Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mySalam mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan).
Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Semua tuntutan mySalam yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.
JENIS DAN PROSEDUR TUNTUTAN SKIM MYSALAM
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh penerima skim ini iaitu tuntutan 45 penyakit kritikal dan tuntutan bayaran gantian harian.
Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal
Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
Bawa borang berkenaan ke hospital yang anda dapatkan rawatan dan minta doktor untuk mengisikan borang tersebut dengan lengkap
Setelah borang diisi dengan lengkap, imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
Kembali ke laman web rasmi mySalam dan pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > CI Claims
Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan: Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form DAN Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan.
Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
Dapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mempunyai maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad serta imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
Pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan: -Surat Keluar Wad / Discharge Note -Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi dan layari butiran di bawah:
Video Infografik Rasmi Skim Perlindungan Kesihatan mySalam
Kesimpulan Cara Daftar & Buat Tuntutan Skim mySalam 2020
InfoEkstra mengharapkan perkongsian kami kali ini memberikan manfaat kepada ramai pembaca kami dan mereka yang benar memerlukan.
Sama-sama kita kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Ayuh kita bantu meringankan beban mereka. Selamat maju jaya dan terima kasih kami ucapkan!
Comments
Post a Comment