Cara Memohon Bantuan Rumah Sewa Zakat Selangor 2022?
Nak mohon bantuan sewa rumah 2022 ni macam mana?
Macam mana nak isi borang bantuan zakat Selangor ni?
Memiliki kediaman yang selesa merupakan impian setiap mereka yang mempunyai keluarga. Kadang-kala kedudukan ekonomi kita tidak mengizinkan. Terutama sekali dalam keadaan ekonomi negara yang kian meruncing.
Bagaimana caranya untuk anda memberikan yang terbaik untuk keluarga tersayang?
Jangan risau, admin membawakan anda entri Cara Memohon Bantuan Rumah Sewa Zakat Selangor 2022 sebagai panduan untuk memberikan anda peluang untuk memberikan kediaman yang terbaik untuk keluarga. Macam mana?
Haaa, teruskan bersama kami untuk tahu segala maklumat asas mengenai permohonan bantuan zakat ini.
Jom baca!
Cara Memohon Bantuan Rumah Sewa Zakat Selangor 2022
Sebelum buat permohonan, jom kita fahami dahulu apa itu golongan asnaf dan kategori yang ada di bawah asnaf.
DEFINISI DAN KATEGORI GOLONGAN ASNAF
Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
- FAKIR
Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
- MISKIN
Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
- AMIL
Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
- MUALLAF
Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung Ke Arah Islam
- Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam.
- Pengagihan zakat kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam.
AL-RIQABOrang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut.
AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.
FISABILILLAHMana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
IBNU SABILMana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SEWA RUMAH ZAKAT SELANGOR 2022
Jelasnya Mohon Bantuan Deposit & Bayaran Rumah Sewa MAIWP 2022 ini diadakan untuk memastikan hak asasi anda sebagai manusia untuk memiliki rumah yang selesa tercapai.
Ia khususnya untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan ini menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa
Ini merupakan langkah baik yang disediakan oleh MAIWP untuk anda yang betul-betul memerlukan bantuan seperti ini. Ayuh sama-sama kita rebut peluang keemasan ini.
Berikut kami sediakan maklumat asas berkenaan
Cara Memohon Bantuan Rumah Sewa Zakat Selangor 2022:
SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (anda boleh rujuk pada link yang diberikan di bawah untuk pengiraan kelayakan Had al-Kifayah ini:
Apa Itu Kelayakan Had Kifayah?
Apa sebenarnya Had Kifayah ni?
Had Kifayah ni adalah suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga.
Had al-kifayah merujuk kepada
suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum.
Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam ( 6 ) aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas yang digunapakai oleh ulama Islam di dalam menentukan
keperluan asasi manusia.
BORANG DAN DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN
BORANG PERMOHONAN
Untuk borang permohonan skim bantuan persekolahan, sila klik di laman yang kami sediakan dibawah untuk memuat turun borang tersebut:
DOKUMEN-DOKUMEN TAMBAHAN
Dokumen-dokumen tambahan adalah seperti yang tertera di Senarai Semak Bantuan.
Kepilkan Senarai Semak di depan
Borang Permohonan.
Dokumen seperti yang
tertera di senarai semak ialah:
- Borang permohonan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak
(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu
disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara
atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
- Satu
salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji,
perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan
isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
- *Bagi di
Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan
pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu
salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh :
DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
- Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
- Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
- Satu
salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi
terakhir / terkini
DOKUMEN-DOKUMEN KHAS/TAMBAHAN
DIMANA PERLU ANDA HANTAR PERMOHONAN?
KAUNTER PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen
yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter
Baitulmal MAIWP
1. Cawangan UTC Pudu Central
Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 20702004
2. Cawangan Parlimen Batu
Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 62596905
3. Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan,
56000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 91910116
4. Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
62502 Putrajaya.
Tel: 03 88842627
5. Cawangan Parlimen Wangsa Maju
Jalan Wangsa Delima 13,
53300 Kuala Lumpur
6. Cawangan Parlimen Seputih
Medan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur
Semoga perkongsian InfoEkstra kali ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan terutama sekali dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini.
Kongsikan artikel
Cara Memohon Bantuan Rumah Sewa Zakat Selangor 2022 ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain bagi membantu meringankan beban mereka.
Comments
Post a Comment