Cara Memohon Lesen Motor Percuma Terengganu 2020?
Berita baik khususnya untuk anak jati Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen tersebut secara percuma!
Cara Memohon Lesen Motor Percuma Terengganu 2020 artikel yang kami sediakan pada hari ini sebagai panduan untuk anda!
Jangan risau, mudah saja nak faham.
Anda masih berminat?
Jom baca!
Bantuan Kerajaan Terengganu Memudahkan Rakyat
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak
RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal khusus untuk golongan belia ini menerusi pembentangan
Bajet 2019.
Program ini mensasarkan seramai
25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan
16 sehingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019 ini.
Bantuan ini juga diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penduduk Terengganu.
Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu masih meneruskan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di bawah skim iDANA Terengganu tahun 2020.
Cara Memohon Lesen Motor Percuma Terengganu 2020
Berikut kami kongsikan kepada anda proses permohonan lesen percuma ini, syarat kelayakan,
cara permohonan manual dan online serta maklumat-maklumat asas yang lain:
Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan lesen percuma tahun 2019 buat rujukan anda:
- Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian atau manual
- Pemohon hendaklah berusia 16 hingga 40 tahun bagi Lesen B2 sahaja
- Bantuan ini dibuka kepada individu yang bujang dan juga yang sudah berkahwin
- Pemohon hendaklah merupakan anak jati negeri Terengganu atau bermastautin melebihi 10 tahun (Perlu Pengesahan MPKK)
- Jumlah pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak lebih RM2,000.00 sebulan (mengikut gaji pokok)
- Program ini adalah program pertama kali sahaja dan tiada program susulan. Permohonan yang telah gagal kali pertama tidak layan memohon
- Pemohon yang masih belajar di Sekolah/IPT/Pusat Kemahiran layak memohon tetapi perlu pengesahan tempat masing-masing
- Latihan atau Kursus di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja dan peserta perlu menghadiri ke tempat yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sahaja
- Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada MPKK beserta salinan dokumen berikut:
i. MyKad Pemohon
ii. Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (Salah satu berkaitan)
iii. Buat pemohon yang tiada slip gaji, sila kemukakn Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK dan Penghulu Mukim
- Pemohon hendaklah tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM
- Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri hanyalah kos membuat lesen dan insuran sahaja tidak termasuk kos yang dikenakan oleh oleh Institut Memandu kepada pemohon seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
- Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat di atas dari semasa ke semasa
Cara Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020 Online & Manual
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan melalui kedua-dua kaedah tersebut boleh dilakukan dalam tarikh yang ditetapkan sahaja seperti di bawah:
Tarikh Buka :
20 Februari 2020Tarikh Tutup :
5 Mac 2020
Untuk pengetahuan anda, penerima yang layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan berbentuk
baucar. Baucar tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu dan seterusnya menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus dan berjaya mendapat lesen motosikal B2.
A. SECARA ONLINE
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA http://idana.terengganu.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang 'SEMAK'
- Kemudian tandakan pada kotak Lesen B2 dan klik pada 'PERMOHONAN BARU'
- Pastikan anda baca syarat kelayakan dengan teliti dan tandakan pada ruangan pengakuan serta klik butang 'SETUJU'
- Isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan klik pada butang 'HANTAR PERMOHONAN'
B. SECARA MANUAL
Pemohon juga boleh membuat permohonan LMTS secara manual iaitu dengan cara mengisi borang yang boleh didapati di
Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN),
Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) serta
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berdekatan. Borang-borang tersebut perlulah dihantar semula ke Pejabat DUN, MPKK, dan i-MiTS yang berdekatan.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu 2020 2020, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma
Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-623 1957
Faksimili : 09-625 1990
Emel : webmastersuk@terengganu.gov.my
Kesimpulan Cara Memohon Lesen Motor Percuma Terengganu 2020
InfoEkstra berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua terutama sekali mereka yang memerlukan bantuan Lesen Motor Percuma Terengganu 2020. Kongsikan maklumat artikel ini kepada ahli keluarga anda yang lain dan rakan-rakan.
Selamat maju jaya dan terima kasih kami ucapkan!
Comments
Post a Comment