5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank

Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank? 
Pernah mengalami situasi dimana anda tertinggal kad ATM di rumah dan akhirnya terpaksa batalkan niat nak keluarkan duit?
'Biar betul ni? Boleh ke kita keluarkan duit di Maybank tanpa kad?'

Di zaman yang serba canggih dan moden ini tiada yang mustahil.

Untuk itu, InfoEkstra, berkongsi dengan anda Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank sebagai panduan untuk para pembaca kami semua. Jangan risau, mudah sahaja nak difahami.

Tak percaya?

Jom teruskan bersama kami!

Keluarkan Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Di zaman yang serba canggih dimana banyak urusan anda boleh diselesaikan dengan hujung jari sahaja, tidak mustahil untuk kita membuat pengeluaran duit tanpa kad ATM Maybank ini.

Tapi, suka untuk kami ingatkan, sekiranya anda ingin menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai akaun Maybank2U dahulu.

Jadi pastikan anda telah mendaftar untuk Maybank2U. Dah ada? Kalau dah ada, mari kita teruskan dengan proses seterusnya.

Macam mana nak keluarkan duit tanpa kad ATM Maybank?

Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank

Berikut kami kongsikan dua langkah utama untuk anda mengeluarkan duit tanpa kad ATM di Maybank dengan mudah:

Langkah 1: Keluarkan duit menggunakan Maybank2U

Kami ingatkan lagi, anda WAJIB ada akaun Maybank2U ye untuk kaedah ini.

Sekarang ini pastikan anda ada telefon bimbit dan akaun Maybank2U. Ready?

Langkah 1: Login Maybank2u

Untuk menggunakan perkhidmatan cardless withdrawal ini anda perlu mempunyai akaun Maybank2u. Sila log masuk ke akaun anda.

Masukkan maklumat peribadi seperti biasa, kata nama dan juga kata laluan.

Haaa, kalau terlupa tak dapek den nak nolong!

Langkah 2: Klik pada Cardless Withdrawal

Pilih “Cardless withdrawal”.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank

Langkah 3: Masukkan Amaun Yang Ingin Dikeluarkan

Di skrin nanti akan ditunjukkan nombor telefon yang anda daftarkan untuk perbankan elektronik Maybank.

Okay, settle itu, sekarang anda boleh pilih amaun atau jumlah yang anda ingin keluarkan.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Haaa, tapi ingat ya, anda boleh keluarkan minimun rm300 sahaja. Tak boleh banyak-banyak tau!

Kemudian pilih atau tap Continue

Langkah 4: Request Nombor TAC

Sekarang anda perlu mohon nombor TAC dan masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan.

Kalau anda pakai pengesahan dalam apps, tekan proceed.

Kemudian klik Confirm
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Okay, selesai sudah urusan kita keluarkan duit di Maybank2u! Anda kemudian akan menerima SMS kod 16 digit untuk digunakan di ATM nanti.

Jangan buang pula SMS yang anda dapat tu. Kalau tak nanti kena ulang semula semua langkah di atas.

Langkah 2: Keluarkan Duit Di Mesin ATM

Anda dapat sahaja kod 16 digit itu tadi, terus cari mana-mana ATM Maybank untuk keluarkan duit anda.

Langkah 1: Pilih Bahasa

Macam biasa. Kalau anda nak BM ke BI ke.
'Aik, kenapa pilih bahasa dulu?'
Kan tadi anda tertinggal kad ATM kat rumah, jadi pilih bahasa dulu okay.

Langkah 2: Pilih Pengeluaran Tanpa Kad

Pilih menu “Pengeluaran Tanpa Kad” di belah kiri skrin mesin.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Langkah 3: Klik pada 'Teruskan'Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Baca dulu apa yang tertulis di skrin ya, fahamkan segala maklumat dan arahan yang diberi.

Dah habis baca? Okay, boleh rekan 'Teruskan'

Langkah 4: Masukkan kod 16 digit transaction ID.

Ingat tak 16 digit nombor yang anda dapat mula-mula tadi? Ye, nombor yang anda terima selepas anda mohon pengeluaran di Maybank2u tadi.

Masukkan kod 16 digit transaction ID tersebut.

Kemudian klik “Ya”.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank
Sekarang, anda akan dapat satu lagi mesej/SMS dari Maybank. Dalam mesej tu ada 6 digit pengesahan.

Langkah 5: Masukkan Kod Pengeluaran/Withdrawal Code

Masukkan withdrawal code 6 digit yang dapat dalam SMS tadi.
dan klik “Ya”.
Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank

Langkah 6: Ambil Duit Anda

Aha! Settle dah anda keluarkan duit tanpa kad ATM! Senang saja kan?

Lepas ni kalau anda nak semak/keluarkan duit apa pun boleh melalui telefon anda

Guna smartphone ni banyak memudahkan urusan kita sebenarnya. Sekarang anda dah tahu kaedah ni, boleh je diaplikasikan sekiranya anda berada dalam keadaan emergency dan tertinggal kad ATM.

Jadilah pengguna yang bijak. Gunakan teknologi moden ini sepenuhnya.

Kesimpulan Cara Mudah Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad Maybank

Lepas ni jangan panik dah kalau tertinggal kad ATM Maybank di rumah ya!

Dengan telefon bimbit anda sahaja anda dah boleh settlekan masalah ini. Kami berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada para pembaca kami.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan anda yang lain.

Terima kasih dan selamat berjaya kami ucapkan! 

Comments