Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah? Bagaimana?
Apa langkah-langkah yang betul dalam Cara Mudah Nak Terminate Langganan Unifi 2020?
Yang paling penting, adakah anda akan didenda??
Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah ini tak rumit pun sebenarnya, mudah dan ringkas sahaja urusannya.
Untuk itu, kami di InfoEkstra menyediakan anda entri khas
Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah lengkap dengan tips mudah yang anda perlukan.
Tak perlu risau, kerana di zaman yang serba canggih ini, apa urusan pun anda boleh settlekan di hujung jari je.
Nak tahu lebih lanjut?
Jom baca!
Pelan UniFi
Haaa, sebelum kita nak cerita tentang cara nak batalkan UniFi ni, mari kita kenal sedikit apa sebenarnya UniFi ni..
UniFi adalah rangkaian fiber TM menggunakan gentian optik untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, telefon dan IPTV ke premis pelanggan.
UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang baru dengan menggunakan gentian optik.
Ia mampu menyokong data jalur lebar sehingga 20Mbps untuk aplikasi Internet, Suara dan Internet Protocol TV (IPTV). Kini anda boleh menikmati muat turun sehingga 120 GB sebulan dan muzik muat turun, video dan fail dalam serendah 8 saat untuk fail MP3 5MB.
Unifi TV sebenarnya nama lama sebelum ini dikenali sebagai HyppTV. Ciri merupakan salah satu ciri penting dalam perkhidmatan unifi.
Dengan
unifi TV, pelanggan boleh menikmati pelbagai saluran menarik melalui protokol IPTV unifi dan Streamyx. Kelebihan utama
unifi TV adalah ia boleh ditonton tanpa sebarang gangguan cuaca kerana ia disalurkan kepada anda menerusi capaian Internet berkelajuan tinggi.
Terdapat pelbagai pilihan pek
unifi TV yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda sekeluarga.
Okay, dah tahu serba sedikit kan tentang UniFi? Jom kita teruskan dengan
Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah
Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah
Berikut kami terangkan kepada anda satu persatu langkah-langkah yang diperlukan untuk terminate/batalkan UniFi:
Langkah-langkah Terminate/Batalkan Langganan Unifi:
Nak langgan ataupun batalkan hak ini semuanya terletak di tangan anda. Anda sebagai pengguna tahu apa yang terbaik untuk menjalankan rutin hari-harian anda.
Mari lihat langkah-langkah untuk terminate UniFi ni:
Langkah 1: Anda perlu
sediakan notis untuk menamatkan perkhidmatan 30 hari sebelum anda tarikh penamatan sebenar.
Jadi, nak hantar ke mana notis ni?
Anda boleh menghantar permintaan anda untuk menamatkan perkhidmatan melalui saluran digital TM seperti:
- Portal Unifi di unifi.com.my
- E-mel di help@tm.com.my
- Mana-mana cawangan TMpoint
Langkah 2: Pihak TM akan memberikan bil pra-akhir yang menunjukkan baki tertunggak anda.
Setelah penyelesaian pembayaran, pihak TM akan meneruskan pesanan penamatan pada hari 31 dari notis penamatan anda.
Langkah 3: Untuk akaun unifi, anda akan menerima SMS apabila pesanan anda selesai.
Lepas terima mesej, apa yang perlu anda buat?
Kemudian anda perlu
pulangkan semula BTU (peralatan)/modem anda di mana-mana cawangan TMpoint dalam masa 7 hari dari tarikh pesanan penamatan untuk mengelakkan caj penalti BTU (peralatan).
Haaa, jangan lambat pula, set reminder ya, nanti kena bayar lebih pula.
Notis Penamatan Langganan UniFi
Telekom Malaysia telah menetapkan bahawa semua pelanggan perkhidmatan jalur lebarnya, sama ada Unifi atau Streamyx anda
perlu menghantar notis 30 hari lebih awal sebelum menghentikan langganan.
Kenapa Perlu ada Notis Penamatan?
Tujuan untuk memberikan notis 30 hari adalah untuk membolehkan pihak TM
mengeluarkan bil pra-akhir akaun anda dan memberikan anda masa yang mencukupi serta menyelesaikan sebarang tunggakkan dan baki penggunaan yang belum selesai dari tarikh notis itu diserahkan.
Setelah penyelesaian pembayaran, pihak TM akan menamatkan servis anda dalam masa 30 hari.
Penalti Penamatan Langgan UniFi
Lah, ada jugak ke penalti penamatan ni?
Kena bayar denda ke?
Haaa, mari baca..
Penamatan Dalam Tempoh Kontrak
Apa maksud dalam tempoh kontrak ni? maksudnya anda melanggan tu belum lagi 2 tahun lepastu dah nak terminate langganan.
Jadi tentu-tentulah akan ada denda.
Sebarang
penamatan rumah unifi dalam tempoh kontrak:
- Unifi Pelan asas (30Mbps – RM79) & pelan unifi Lite (100Mbps – RM129) penalti baki bulan akan dikenakan.
- Pakej lama lain yuran penalti sebanyak RM500 akan dikenakan.
Penalti penamatan awal untuk pek TV unifi (untuk pakej lama) sebelum tempoh minimum 12 bulan akan berdasarkan pada yuran langganan bulanan yang dibungkus dari paket TV unifi yang anda langgan:
- Aneka + / Varnam + / Ruby +: RM30 / bulan
- Ultimate: RM60 / bulan
Pelanggan dikehendaki
menyelesaikan bil yang belum dijelaskan sebelum permintaan penamatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma & Syarat perkhidmatan anda.
Penamatan Selepas Tempoh Kontrak Tamat
Tiada denda. Tiada sebarang caj dikenakan. Yahoo!
Anda tidak akan dikenakan caj penalti bagi penamatan yang dibuat selepas tempoh kontrak langganan minimum (24 bulan/2 tahun).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak TM:
- Dari talian tetap dan nombor mudah alih tempatan DIAL 100
- Dari rangkaian antarabangsa DIAL +603 2241 1290
- Produk dan perkhidmatan, pengurusan pesanan, pertanyaan bil tersedia dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang (harian)
- Bantuan teknikal disediakan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (harian)
KESIMPULAN
Selesai sudah kami sediakan untuk anda
Cara Nak Terminate Langganan Unifi 2020 Dengan Mudah.
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk membatalkan langganan UniFi anda.
Kongsikan cara mudah kami berikan ini dengan keluarga dan rakan-rakan.
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!
Comments
Post a Comment