Mohon Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Online?
Adakah anda tergolong dalam golongan yang layak untuk memohon bantuan persekolahan Baitulmal ini?
Kami pihak InfoEkstra memahami betapa banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungi ibu bapa untuk persekolahan anak-anak, baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Maka dengan itu, perkongsian InfoEkstra pada hari ini,
Mohon Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Online kami sediakan khas buat mereka ynag betul-betul memerlukan sebagai panduan untuk membuat permohonan bantuan persekolahan ini.
'Macam mana nak tahu kami layak? Proses nak mohon ni susah tak?'
Senang je, anda masih berminat?
Jom baca!
SIAPA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GOLONGAN ASNAF?
Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
- FAKIR
Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
- MISKIN
Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
- AMIL
Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
- MUALLAF
Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung Ke Arah Islam
- Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam.
- Pengagihan zakat kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam.
AL-RIQAB
Orang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut.
AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.
FISABILILLAH
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
IBNU SABIL
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
Mohon Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Online
Bantuan Zakat Persekolahan MAIWP ini bukanlah satu bentuk pinjaman yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.
Ini merupakan langkah yang baik untuk membantu anak-anak golongan asnaf ini untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sempurna sekaligus dapat membantu keluarga mereka untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
Berikut kami sediakan maklumat asas berkenaan
Mohon Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Online:
SYARAT UMUM PERMOHONAN
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (anda boleh rujuk pada link yang diberikan di bawah untuk pengiraan kelayakan Had al-Kifayah ini:
Apa Itu Kelayakan Had Kifayah?
Apa sebenarnya Had Kifayah ni?
Had Kifayah ni adalah suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga.
Had al-kifayah merujuk kepada
suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum.
Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam ( 6 ) aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas yang digunapakai oleh ulama Islam di dalam menentukan
keperluan asasi manusia.
BORANG DAN DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN
BORANG PERMOHONAN
Untuk borang permohonan skim bantuan persekolahan, sila klik di laman yang kami sediakan dibawah untuk memuat turun borang tersebut:
DOKUMEN-DOKUMEN TAMBAHAN
Dokumen-dokumen tambahan adalah seperti yang tertera di Senarai Semak Bantuan. Untuk muat turun borang senarai semak, sila muat turun di
Senarai Semak Skim Bantuan Persekolahan.
Kepilkan Senarai Semak di depan
Borang Permohonan.
Dokumen seperti yang
tertera di senarai semak ialah:
- Borang permohonan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO.
- Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
- Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
DOKUMEN-DOKUMEN KHAS/TAMBAHAN
DIMANA PERLU ANDA HANTAR PERMOHONAN?
KAUNTER PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP
1. Cawangan UTC Pudu Central
Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 20702004
2. Cawangan Parlimen Batu
Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 62596905
3. Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
Jalan Danau Lumayan,
56000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 91910116
4. Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
62502 Putrajaya.
Tel: 03 88842627
5. Cawangan Parlimen Wangsa Maju
Jalan Wangsa Delima 13,
53300 Kuala Lumpur
6. Cawangan Parlimen Seputih
Medan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur
KESIMPULAN
Kongsikan artikel Mohon Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Online ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain supaya kita sama-sama dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!
Comments
Post a Comment