on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Macam mana nak buat permohonan bantuan IPT MAIK 2022?
Bantuan IPT MAIK ini khas buat graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.
Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima dana untuk melancarkan urusan mereka melangsungkan kehidupan di universiti.
Apa syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan?
Macam mana nak isi borang permohonan?
Mudah sahaja, InfoEkstra membawakan anda entri pada hari ini Permohonan Bantuan IPT MAIK Secara Online 2022 sebagai panduan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Tak susah pun, mudah dan senang difahami.
Apa tunggu lagi?
Jom baca!
Bantuan Zakat melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada asnaf yang layak ke IPT dalam negeri.
Untuk makluman anda, berikut merupakan 2 jenis bantuan melanjutkan pelajaran yang disediakan oleh MAIK:
Untuk pengetahuan anda, negeri-negeri lain seperti Selangor, kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Agama Islam Kelantan turut menawarkan insentif yang sama untuk pelajar-pelajar yang berasal dari Kelantan yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA.
Berikut kami sertakan segala maklumat yang anda perlukan untuk permohonan ini:
Calon yang berminat ingat membuat permohonan bantuan IPT MAIK ini perlu membuat semakan kelayakan permohonan terlebih dahulu.
Untuk makluman anda, e-Agihan dilancarkan pada 13 Februari 2022 merupakan sistem permohonan yang merangkumi 18 jenis bantuan.
Tapisan Had Kifayah perlu diisi untuk menentukan pemohon layak memohon atau tidak.
Macam mana nak semak?
Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah di bawah:
Untuk muat turun manual eAGIHAN sila pergi ke pautan: MUAT TURUN MANUAL
Beragama Islam
Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hukum syara’
Pembelajaran adalah sepenuh masa
Tidak menerima tajaan / biasiswa / elaun sara hidup daripada mana-mana agensi
Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu sahaja.
Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah
Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.
Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:
Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan
BACA JUGA: AKAUN ASB SAYA DISEKAT DAN DIBEKUKAN? INI JALAN SOLUSINYA
Cara-cara permohonan adalah seperti berikut:
Permohonan boleh dibuat secara 'online' menerusi Portal Rasmi MAIK
Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
Bantuan disalurkan kepada pelajar / pemohon
Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
Permohonan bantuan ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT
Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya satu bulan dari tarikh memohon
Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, ibu bapa pemohon, adik beradik dan pasangan (sekiranya berkahwin)
Salinan surat tawaran IPT
Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pasangan / ibubapa / penjaga (jika berkaitan)
Salinan slip gaji / penyata pencen pasangan / ibubapa / penjaga sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji.
Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK, atau apa-apa masalah lain berkaitan dengan bantuan IPT, anda boleh menghubungi MAIK pada talian yang kami sediakan di bawah:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Telefon : +609-7481512
Bebas Tol : 1-800-88-6060
Faksmili : +609-7485512
Emel : maik (at) e-maik (dot) my
Portal Rasmi : www.e-maik.my
Kongsikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan, keluarga dan juga sahabat handai anda yang lain.
Selamat maju jaya dan terima kasih kami ucapkan!
Comments
Post a Comment