Permohonan Online Program Jumper PUNB 2020? Bagaimana?
'Program yang menyediakan modal untuk anak muda memulakan perniagaan?'
Kedengaran menarik bukan? Anda nak tahu lebih lanjut?
InfoEsktra hari ini menyediakan anda segala maklumat yang anda perlukan mengenai
Permohonan Online Program Jumper PUNB 2020. Anda semestinya tidak mahu melepaskan peluang belajar mengenai program ini!
Apa yang admin tahu, banyak manfaat lain yang boleh anda perolehi bila anda menyertai program ini.
Anda masih berminat?
Jom baca!
PROGRAM JUMPER PUNB 2020
JUMPER merupakan salah satu program bagi membantu graduan muda yang memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Peserta program ini akan didedahkan selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).
Peserta juga akan didedahkan dengan dunia sebenar cara menguruskan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus serta latihan teori.
Antara keistimewaan yang disediakan adalah:
- Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.
- Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkutan selama 8 bulan.
- Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
- Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000
Permohonan Online Program Jumper PUNB 2020
Berikut kami kongsikan syarat-syarat permohonan dan cara untuk menyertai program ini;
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020
Sekiranya anda berminat untuk sertai program ini, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan terkini:
- Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Jika anda memenuhi semua syarat-syarat di atas, anda boleh mengisi borang permohonan di portal rasmi PUNB.
CARA BUAT PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2020
Sila ikut langkah-langkah cara memohon JUMPER PUNB:
- Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
- Proses penempatan & kelulusan
- Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
- Peserta lapor diri & latihan bermula
Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan yang kami sediakan di bawah ini:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian tertera:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel:
jumper@punb.com.my
Selain program JUMPER ini, PUNB juga menyediakan beberapa skim lain seperti PROSPER yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta! Layari laman web rasmi PUNB untuk melihat skim-skim yang lebih menarik yang ditawarkan oleh PUNB.
Apa tunggu lagi? Layari sekarang sebelum anda terlepas peluang!
KESIMPULAN
Program seperti ini sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan tapi kekurangan modal dan memerlukan latihan intensif untuk membantu golongan ini lengkap dengan ilmu dan modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.
Kami berharap perkongsian maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai impian untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rebutlah peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya!
Selamat berjaya kami ucapkan!
Comments
Post a Comment