Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online? Bagaimana? Senang ke susah tu?
Kecanggihan teknologi masa kini menjadikan apa sahaja urusan anda boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan hujung jari anda.
Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online akan menjadi lebih mudah dengan panduan yang lengkap.
'Ada panduan lengkap ya? Macam mana ya? Selama ni, kami ni check manual je, ikut buku.."
Jangan risau, InfoEkstra menyediakan anda panduan
Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online yang kami rangkumkan khas buat untuk anda yang memerlukannya.
Mudah dan senang difahami!
Jom baca!
Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online
Berikut kami kongsikan pada anda cara nak semak baki tabung haji secara online menggunakan Maybank2U:
Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Online
Pertamanya, kami nasihatkan supaya pergi cawangan Tabung Haji terdekat untuk mengemaskini buku akaun Tabung Haji.
Untuk menyemak baki akaun anda melalui Maybank ini, pastikan anda sudah mendaftar akaun Tabung Haji itu dalam sistem Maybank2u.
- Pertamanya, sila login dahulu ke dalam akaun Maybank2U anda.
- Selepas anda login akaun Maybank2u anda, klik pada Accounts & Banking
- Seterusnya klik pada bahagian menu Transfers
- Kemudian, klik pada menu bertulis Tabung Haji
- Setelah itu, klik pada menu Balance Inquiry untuk menyemak baki anda.
- Akhir sekali, pilih akaun No Akaun Tabung Haji yang hendak disemak baki.
Habis dah! Senang saja kan? Lepas ni tak perlu lagi check secara manual. Sekarang ni pakai hujung jari je pun tak sampai 5 minit dan siap.
Okay, settle dengan semak baki, apa pula dimaksudkan dengan Hibah Tabung Haji ni? Sama ke dengan Dividen?
Jom baca!
Tabung Haji: Pengenalan Dan Hibah Tabung Haji
Tabung Haji, ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 yang bertujuan tujuan untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji di Mekah atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat.
Tabung ini juga diwuujudkan supaya orang-orang Islam boleh mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam.
Dividen Atau Hibah??
Ramai menganggap konsep pemberian hibah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama dengan dividen dalam pelaburan lain, tapi sebenarnya ia bukanlah dividen tapi Hibah. Ada dua jenis Hibah iaitu
Hibah Tahunan dan
Hibah Haji.
Hibah ialah satu pemberian bersifat
sukarela yang boleh jadi tidak diberikan pada tahun tertentu, berikutan ia menggunakan kaedah nilai aset mesti melebihi liabiliti.
Untuk pengetahuan anda,
Hibah tidak sama dengan dengan dividen.
- Hibah merupakan ‘hadiah’ yang tidak disyaratkan ke atas TH untuk diberikan kepada pendepositnya.
- Dividen merujuk kepada pemberian sebahagian atau keseluruhan keuntungan boleh diagihkan kepada
pemegang saham atau rakan kongsi.
Sejarah Dividen Tabung Haji
Di bawah kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah, keuntungan yang dijana oleh TH menggunapakai dana simpanan pendeposit hanya menjadi hak milik pendeposit apabila TH memberi Hibah kepada pendeposit sebagai tambahan kepada simpanan pokok pendeposit.
Ini juga bermakna, simpanan pokok pendeposit tidak terjejas jika TH merekodkan kerugian kerana pendeposit tidak mengikat kontrak dengan TH untuk berkongsi keuntungan atau kerugian semasa meniagakan dana pendeposit.
Berikut dikongsikan sejarah dividen dari tahun 2010 hingga 2019:
Lumayan jugak kan?
HIBAH TABUNG HAJI
Kadar Hibah Tabung Haji:
Macam mana nak kira Hibah Tabung Haji ni?
Haa, mari kami tunjukkan!
Cara Kiraan Hibah Tabung Haji
Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah tahun tersebut x kadar hibah tabung haji tahun tersebut.
Jumlah Hibah anda = (Baki minima Jan-Dis / jumlah bulan(12)) x (Kadar Hibah TH)
Contoh:
Contoh Cara Kiraan Hibah Tabung Haji
Katakanlah
sebagai contoh: hibah tahunan yang diumumkan oleh Tabung Haji pada
tahun 201x adalah
2.00% dan dalam akaun Tabung Haji anda ada RM3,000.
Jumlah Hibah anda = (RM3,000 / jumlah bulan(12)) x 2.00% = 5
Jadi hibah yang anda akan dapat pada
tahun 201x ialah RM5.
Berapa purata baki tabungan anda setiap bulan anda, angka itulah yang akan dijadikan sandaran dengan dikirakan bersama kadar dividen.
Jikalau anda punya kadar baki setiap bulan rendah, rendahlah pulangan anda pada tahun ini.
Untuk pengetahuan anda, bonus Tabung Haji hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit di Tabung Haji tetapi
belum menunaikan ibadah haji lagi.
Untuk pengiraan
Hibah Haji (bukan Hibah Tahunan) adalah berdasarkan kadar maksimum yang ditetapkan. Kalau untuk tahun 2017 iaitu kadar maksimum ialah RM9980.
Maknanya, kalau anda simpan RM 200k dalam Tabung Haji, Hibah Haji hanya akan dikira berdasarkan setakat RM9980 sahaja dan bukannya RM200k.
Mudah sahaja kan?
Selesai sudah pasal Hibah Tabung Haji.
Tabung Haji Online Banking
Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan sesuai dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, Tabung Haji (TH) telah melancarkan Aplikasi Mobile yang dikenali sebagai THiJARI.
Walaupunbagaimanapun, ia perkhidmatan ini dihentikan untuk seketika. Tapi jangan risau, anda masih boleh akses secara online di
Maybank2u, iRakyat dan BIMB Online.
KESIMPULAN
Kami harapkan perkongsian kami kali ini dapat membantu meringankan urusan hari-harian anda dengan Tabung Haji.
Kongsikan artikel
Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain untuk kita sama-sama memudahkan urusan mereka.
Pihak InfoEkstra mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih!
Comments
Post a Comment