Semakan & Permohonan PraSekolah KPM 2021 Secara Online? Bagaimana?
Apa langkah-langkah atau proses dalam Semakan & Permohonan PraSekolah KPM 2021 Secara Online ini?
Anda sebagai ibubapa pasti memerlukan maklumat seperti ini dalam tempoh yang awal bagi memudahkan urusan kemasukan anak-anak ke sekolah bukan?
Haa, untuk itu jangan risau, kami di InfoEkstra sedia membantu!
Nak tahu dengan lebih lanjut?
Teruskan bersama kami!
Semakan & Permohonan PraSekolah KPM 2021 Secara Online
Berikut kami sediakan untuk anda, segala maklumat berkaitan Semakan & Permohonan PraSekolah KPM 2021 Secara Online:
Permohonan PraSekolah KPM 2021
Bagi panduan dan peringatan kepada para ibu bapa dan penjaga, berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan Prasekolah KPM bagi tahun 2021.
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2020 Hingga 30 April 2020.
Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2021 Online
Untuk semakan keputusan permohonan Prasekolah KPM 2021, Pihak kami mendapat maklumat dari manual permohonan pemohon, ibu bapa dan juga penjaga boleh mendapat tahu mengenai status permohonan ke Prasekolah KPM 2021 melalui dua kaedah iaitu:
1. SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
Keputusan boleh disemak menggunakan laman web e-Prasekolah bermula (akan di kemaskini) di pautan yang kami sediakan di bawah:
2. SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA MANUAL
Untuk anda yang ingin menyemak secara “walk-in” di sekolah yang dimohon, anda boleh berbuat demikian pada (akan dikemaskini). Jangan lupa untuk melaporkan diri dahulu di pondok pengawal sebelum berurusan di pejabat sekolah nanti.
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2021
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2021
Bagi anda yang tidak berjaya dalam permohonan ke prasekolah 2021, anda boleh membuat rayuan dengan cara berikut:
Untuk permohonan yang tidak lulus / tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui laman sesawang di bawah:
Rayuan perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan rasmi penempatan prasekolah diumumkan.
Bagi ibu bapa / penjaga yang telah membuat permohonan secara manual, anda boleh membuat rayuan di sekolah yang dipohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mana-mana negeri yang tidak ada PPD / PPW
Bantuan Helpdesk Prasekolah KPM 2021
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh terus menghubungi:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
- Atau, terus mengemukakan terus sebarang pertanyaan melalui emel di eprasekolah@moe.gov.my
KESIMPULAN
Kami harapkan perkongsian kami di InfoEkstra mengenai Semakan & Permohonan PraSekolah KPM 2021 Secara Online kali ini dapat memudahkan urusan anda, khusunya ibu bapa yang terlibat.
Kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan juga rakan-rakan anda yang lain.
Kami ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih!
Comments
Post a Comment