Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Serendah RM15 2020? Menariknya!
Siapa yang layak dapat diskaun kompaun kaw kaw ni?
Untuk pengetahuan anda, ini berikutan dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif memberikan diskaun bagi kompaun trafik DBKL.
Anda ada banyak tunggakkan kompaun trafik dengan DBKL?
'Ada, banyak dah tunggakkan ni, diskaun kompaun ni boleh membantu ke?'
Nak tahu ke? Kalau macam tu teruskan membaca
Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Serendah RM15 2020 artikel yang InfoEkstra sediakan khas untuk anda! Segala maklumat yang anda perlukan ada disini.
Anda betul-betul berminat?
Jom baca!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Kerajaan Tempatan Malaysia.
DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.
Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.
'Tapi, siapa pula DBKL ni nak saman-saman orang?'
Haaa, meh sini nak bagi tahu...
Kuasa Kompaun Undang-Undang DBKL
Majlis Tempatan (Local Authorities) seperti DBKL telah diberi ada kuasa untuk keluarkan kompaun berkaitan dengan isu kesalahan trafik dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Contoh kesalahan macam parkir di tempat yang salah, parkir dalam petak kuning di masa yang salah dan kegagalan memaparkan kupon parkir.
Tahukah anda, Pegawai DBKL ada kuasa untuk kompaun sesiapa yang lakukan kesalahan ni, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 120 (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan boleh mengikut budi bicaranya mengompaunkan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini…”
Oleh itu, pegawai dari mana-mana majlis tempatan ada kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan anda termasuklah kesalahan trafik.
Haa, jom cerita pasal diskaun pulak..
Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Serendah RM15 2020
Untuk pengetahuan anda, Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif memberikan diskaun bagi kompaun trafik DBKL menerusi kadar khas yang ditawarkan dalam tempoh
32 hari bermula
1 Februari 2020.
Yang menariknya disini, menerusi diskaun itu, kompaun trafik yang dibayar sepanjang 1 Februari hingga 3 Mac depan ditawarkan pada kadar RM15 setiap notis membabitkan kenderaan jenis motosikal, kereta serta kenderaan berat seperti lori dan bas.
'Murahnyaaaa... RM 15 je..!'
Tujuan Diskaun Kompaun DBKL
Diskaun RM 15 ini diberikan bertujuan membolehkan pesalah lalu lintas membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih belum dijelaskan bagi mengelak tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.
Ini untuk memudahkan urusan anda yang dah banyak tunggakan kompaun.
DBKL melalui kenyataannya berkata, ketika ini sudah membawa sebanyak
107,547 kes ke mahkamah membabitkan notis kompaun yang masih tidak dijelaskan pesalah lalu lintas.
“Sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 4,914 kes sudah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.
Uish banyaknya... Moga-moga dah dapat diskaun kompaun ni, dapatlah anda settle kan segala tunggakkan tu ye, sebelum nama anda disenarai hitamkan.
Bagaimana diri anda boleh disenaraihitamkan?
Kalau anda sebagai Pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menjelaskan kompaun sebelum tarikh akhir anda boleh disenarai hitam JPJ. Seboleh-bolehnya settlekan sebelum tarikh akhir.
Proses senarai hitam itu akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pesalah trafik DBKL yang gagal menjelaskan kompaun.
Dah ada diskaun kompaun pun kena senarai hitam jugak?
Tindakan itu akan diteruskan kerana tawaran diskaun DBKL masih tidak mampu menggalakkan orang ramai membayar saman. Anda diri sebagai pengguna perlu ada rasa tanggungjawab bagi mengelakkan diri anda daripada disenarai hitamkan.
Sekarang ni tengah ada offer diskaun, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah bayar!
Cara Nak Semak Dan Bayar Kompaun DBKL
Okay, dah dapat dapat diskaun, dah ready nak bayar ni..
Tapi kat mana nak bayar nya?
Senang je. Meh kami bagitahu..
Semak Kompaun DBKL
Anda boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat pembayaran atau menyemak menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.
Semak di aplikasi Mobis DBKL pun boleh. Guna
MyEG pun boleh settle!
Bayar Kompaun DBKL
Bayaran juga boleh dibuatdi mana-mana kaunter bayaran DBKL atau Pos Malaysia.
Cara lebih mudah anda boleh bayar secara atas talian atau online melalui aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun menerusi App Store/Play Store atau melalui portal
MyEG.
Haaa, guna hujung jari pun dah boleh settle bayar.
Apa tunggu lagi? Jom bayar!
KESIMPULAN
Semoga perkongsian InfoEkstra ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan tunggakan kompaun DBKL anda dengan mudah.
Rebutlah peluang keemasan ini sebelum nama anda disenarai hitamkan.
Kongsikan artikel dengan
Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Serendah RM15 2020 rakan-rakan dan juga ahli keluarga yang lain. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih dan selamat maju jaya kami ucapkan!
Comments
Post a Comment