Cara Mudah Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP 2020
Sudahkah anda memiliki akaun KWSP online yang dikenali sebagai i-Akaun?
Belum lagi?
Tahukah anda dengan i-Akaun anda boleh menikmati pelabgai perkhidmatan KWSP sekaligus boleh menjimatkan masa daripada beratur dan menunggu di kaunter KWSP?
Macam nak daftar i-Akaun KWSP?
Jangan risau! InfoEkstra hari ini dengan artikel Cara Mudah Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP 2020 memberikan anda panduan mudah untuk memiliki i-Akaun KWSP online.
Mudah sahaja, jom baca!
Apa Kemudahan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh i-Akaun KWSP?
Untuk makluman anda, i-Akaun KWSP menyediakan anda perkhidmatan yang menjimatkan masa dan tenaga seperti berikut:
- Kemaskini maklumat peribadi
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Semakan baki simpanan
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
- Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan/waris
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI
Dengan adanya i-Akaun KWSP ini anda boleh membuat apa-apa urusan berkaitan seperti di atas dengan lebih lancar, lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Anda berminat?
Jom kita daftar i-Akaun KWSP!
|
DAFTAR i-AKAUN ANDA SEKARANG!
|
Cara Mudah Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP 2020
Susah ke nak daftar ni?
Eh, tak lah senang sangat ikuti cara-cara yang kami nyatakan di bawah:
- Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan untuk mendaftar di Kiosk KWSP.
- Pertama sekali, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
- Selepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID. Satu mesej yang mengandungi kata laluan akan dihantar ke telefon anda oleh KWSP.
- Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
- Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.
- Sila Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda
- Masukkan nombor ID dan kata laluan yang baru anda perolehi di kiosk KWSP
- Sila masukan nombor ID dan kata laluan baru yang mudah anda ingat dan simpan kata laluan ini untuk anda log masuk ke i-akaun pada masa akan datang.
- Anda telah berjaya memiliki i-akaun dan dapat membuat sebarang urusan KWSP secara online.
Haaa mudah bukan? Selesai urusan pendaftaran i-Akaun di Kiosk KWSP.
Cara Mudah Daftar i-Akaun di Third-Party Kiosk KWSP
Apa dia Third party kiosk KWSP ni?
Untuk makluman anda, third party kiosk KWSP ini terletak di kebanyakan bank seperti RHB, CIMB, Maybank, Bank Rakyat, Hong Leong Bank, Alliance, malah juga terdapat di Aeon, Courts dan UTC.
Anda boleh membuat semakan third-party ini di SEMAKAN LOKASI 3RD PARTY KIOSK KWSP
Cara daftar melalui third party kiosk ini adalah seperti berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Masukkan nombor telefon terkini (pastikan nombor telefon yang aktif) dan cap jari anda.
- Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas yang dipaparkan nombor ID anda beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
- Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit.
- Masukkan nombor ID serta kata laluan
- Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan kod TAC yang dihantar oleh KWSP.
- Kemudian kemaskini kata laluan baharu.
- Pendaftaran i-akaun selesai dan berjaya
Kesimpulan Cara Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP
Anda kini boleh membuat semakan dan kemaskini di i-Akaun di mana sahaja anda berada.
Tak perlu beratur, tak perlu menunggu dengan lama lagi.
Gunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan ini untuk memudahkan semua urusan anda dengan KWSP terutama sekali mereka yang ingin membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP dimana sahaja anda berada untuk kita sama-sama menangani masalah Covid-19 yang sedang melanda negara.
Comments