5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Permohonan Dana Pemulihan PKS (TRRF) BNM Sehingga RM500,000

 Permohonan Dana Pemulihan PKS

Apa itu Bantuan Dana Pemulihan PKS?

Apa faedah yang akan diperolehi oleh golongan PKS melalui dana ini?

Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan ini?

InfoEkstra dengan artikel Permohonan Dana Pemulihan PKS (TRRF) BNM Sehingga RM500,000 memberikan anda maklumat yang anda perlukan untuk membuat permohonan.

Jom baca artikel kami! 

Apa Itu TRRF BNM (Dana Pemulihan PKS)?

 Permohonan Dana Pemulihan PKS

Untuk makluman anda,TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan. 

Pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.

JUMLAH PEMBIAYAAN TRRF (DANA PEMULIHAN PKS)

Berikut adalah jumlah pembiayaan yang ditawarkan:

  • Pembiayaan PKS yang layak adalah sehingga RM500,000
  • Pembiyaan perusahaan mikro adalah sehingga RM75,000

NOTA: Kadar faedah yang ditetapkan adalah sehingga 3.5% setahun termasuk yuran jaminan.

Permohonan Dana Pemulihan PKS (TRRF) BNM Sehingga RM500,000 

Berikut kami kongsikan semakan kelayakan, cara-cara permohonan buat rujukan anda:

TEMPOH PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS

  • Tempoh pembiayaan yang ditetapkan melalui pembiyaan TRRP adalah sehingga 7 tahun.Selain itu, mereka juga layak menerima moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Semakan kelayakan untuk membuat permohonan dana pemulihan PKS TRRF ini adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  4. Seni, hiburan dan rekreasi
  5. Perdagangan borong dan runcit
  6. Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
  7. Adalah diingatkan, penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/ atau Pembiayaan Pelancongan PENJANA
  8. (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF.

CARA-CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN KHAS PKS (TRRF BNM)

Mereka yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan boleh mengunjungi atau menghubungi institusi kewangan berikut:

  • Affin Bank Berhad/ Affin Islamic Bank Berhad 03-8230 2222
  • Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad: 03-5516 9988
  • Ambank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad 03-2178 8888
  • Bangkok Bank Berhad 03-2174 6888
  • Bank Islam Malaysia Berhad 03-2690 0900
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad(Bank Rakyat) 1-300-80-5454
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad 03-2600 5500
  • Bank of China (Malaysia) Berhad 03-2059 5566
  • Bank Pertanian Malaysia Berhad(Agrobank) 1-300-88-2476
  • Bank Simpanan Nasional 1-300-88-1900
  • CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad 03-6204 7788
  • HSBC Bank Malaysia Berhad/HSBC Amanah Malaysia Berhad:1-300-88-1388
  • Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad:03-7626-8899
  • Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad 1-300-88-6688
  • MBSB Bank Berhad: 03-2096 3000
  • OCBC Bank (Malaysia) Berhad/OCBC Al-Amin Bank Berhad:03-8317 5000
  • Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad 03-2179 9999
  • RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad 03-9206 8118
  • Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank) 03-2603 7700
  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad : 03-8939 8899
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad: 03-26128121

Maklumat Lanjut Permohonan Dana Pemulihan PKS 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kekeliruan mengenai TRRF boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BNM (BNMTELELINK) di talian 1-300-88-5465.

Kesimpulan

Inisiatif kerajaan dalam memastikan semua golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 terbela diteruskan dengan kelulusan bajet 2021 baru-baru ini.

Semoga usaha ini juga disokong penuh oleh rakyat demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara terutama sekali golongan PKS yang banyak menghadapi kesulitan sepanjang tempoh PKP.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM dimana jua anda berada untuk kita sama-sama menghentikan penularan Covid-19 di negara.

TERIMA KASIH

Comments