5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

MyBayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM)

MyBayar Saman Online 2021.

Bayar saman polis secara online boleh dapat diskaun sehingga 50%?

'Eh biar betul ni, banyak tu diskaun 50%' 

Kami tak tipu ye, anda memang boleh dapat tawaran diskaun sehingga 50% sekiranya membayar saman online di portal baru yang diperkenalkan oleh PDRM iaitu MyBayar Saman. 

Macam mana nak bayar dekat MyBayar Saman ni?

Perlu daftar dulu ke?

Jangan risau, InfoEkstra sentiasa ada penyelesaian untuk masalah anda.

Entri kami hari ini Bayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM) kami sediakan khas sebagai panduan anda untuk daftar di MyBayar Saman ini dan seterusnya membuat pembayaran saman online sekaligus menikmati diskaun 50%!

Tunggu apa lagi?

Jom baca sampai habis ye.  

Apa Itu MyBayar Saman 2021? 

Untuk makluman anda, sempena Hari Polis yang ke-214 pada 25 Mac yang lalu, PDRM memperkenalkan satu sistem yang dipanggil MyBayar Saman.

Perlaksanaan sistem MyBayar Saman ini adalah satu indikasi yang menunjukkan usaha kerajaan untuk 
mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada untuk memudahkan pengguna.

Ini adalah seiring dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

Sistem ini memberi peluang kepada para pengguna untuk menyelesaikan saman atau kompaun trafik secara online. 

Bukan itu sahaja, tawaran 50% diskaun akan diberikan kepada mereka yang bayar saman melalui sistem ini. Tawaran ini akan diberikan sehingga 11 April 2021.

MyBayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM)

Jom bayar saman anda dengan MyBayar Saman!

Macam mana?

Teruskan baca artikel kami dibawah:

MyBayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM)

SAMAN YANG TIDAK LAYAK MENERIMA DISKAUN 50%

Secara umumnya,semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% kecuali saman berikut:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

Ada dua kaedah yang boleh digunakan untuk bayar saman secara online iaitu pembayaran saman di portal rasmi MyBayar Saman dan juga aplikasi yang boleh dimuat turun.

Jom baca panduan di bawah: 

CARA BAYAR SAMAN ONLINE DI PORTAL MyBAYAR SAMAN 

Langkah-langkah pembayaran di portal adalah seperti berikut:

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL MyBAYAR SAMAN ONLINE 
  2. Klik pada 'NEW USER SIGN UP' untuk pengguna kali pertama.
  3. MyBayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM)

  4. Pada bahagian 'Personal Info' isikan kesemua maklumat peribadi anda dengan betul dan lengkap. Klik 'Next'.
  5. MyBayar Saman Online 2021 Diskaun Sehingga 50% (MyBayar PDRM)

  6. Isikan pengesahan OTP dan cipta kata laluan baharu.
  7. Selesai dengan proses pendaftaran, log masuk menggunakan nombor pengenalan dan kata laluan yang baru didaftarkan tadi.
  8. Pengguna perlu membuat 'Semakan Saman' terlebih dahulu. Butiran saman anda akan dipaparkan.
  9. Klik 'Bayar' dan semak saman yang ingin anda bayar. Pilih mod pembayaran.
  10. Pembayaran selesai! Nikmati diskaun 50% saman anda!

BACA JUGA:

CARA BAYAR SAMAN MELALUI APLIKASI MyBAYAR SAMAN

Muat turun aplikasi MyBayar Saman terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1: PENDAFTARAN PENGGUNA BAHARU

  • Klik pada 'Daftar Pengguna Baharu'
  • Isi maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul.
  • Isikan pengesahan OTP
  • Log Masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

LANGKAH 2: SEMAKAN SAMAN MyBAYAR SAMAN

  • Klik pada 'Semakan Saman' di menu utama.
  • Butiran saman anda akan dipaparkan.
  • Anda juga akan mendapat notifikasi sekiranya ada saman baharu.

LANGKAH 3: PEMBAYARAN SAMAN ONLINE 

  • Klik 'Bayaran Saman' dan pilih saman yang anda ingin bayar.
  • Pilih mod bayaran dan butiran transaksi anda akan dipaparkan.
  • Semak sejarah pembayaran saman anda di paparan 'aktiviti'

Kesimpulan MyBayar Saman Online 2021

MyBayar Saman Online 2021
REBUT PELUANG BAYAR SAMAN DISKAUN 50%!

Apa gunanya kecanggihan teknologi kalau kita tak manfaatkan?

Apa gunanya informasi yang berguna kalau kita tak kongsikan?

Semoga artikel ini membantu memudahkan urusan anda untuk menyelesaikan semua saman trafik atau kompaun yang terkumpul. Rebut peluang diskaun saman 50% ini!

Selamat maju jaya kami ucapkan dan jangan lupa jaga SOP walau dimana jua anda berada.

TERIMA KASIH. 

Comments