Cara Aktifkan Akaun ASB Secara Online: Akaun ASB Dorman

Cara Aktifkan Akaun ASB.

Kenapa akaun ASB dibekukan kerana polisi dorman? 

Apa itu polisi dorman?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan macam mana dengan jalan penyelesaiannya?

Semakin banyak kekeliruan dan anda kini buntu. Jangan risau, entri InfoEkstra hari ini kami sediakan khas untuk selesaikan masalah anda.

Entri Cara Aktifkan Akaun ASB Secara Online: Akaun ASB Dorman mengandungi solusi mudah dan semua maklumat yang anda perlukan ada disini.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Kenapa Akaun ASB Anda Tidak Aktif (Akaun ASB Dorman)?

Untuk makluman anda, akaun myASNB ini merupakan platform atas talian yang diterajui oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kewujudan sistem ini pastinya membantu anda sebagai pengguna untuk melihat pattern pegangan mereka dan melaksanakan urusniaga secara online pada bila-bila masa dimana sahaja anda berada.

Anda tidak perlu lagi untuk beratur panjang atau menunggu di kaunter terutama sekali di dalam musim PKP ini untuk membuat simpanan pelaburan mahupun pengeluaran.

Persoalannya di sini, apa yang menyebabkan akaun ASB anda tidak aktif?

Puncanya adalah kerana akaun ASB anda sudah lama tidak digunakan maksudnya anda tidak melakukan sebarang aktiviti di dalam akaun tersebut dalam tempoh jangka masa yang lama.

Hal ini menyebabkan akaun ASB anda menjadi DORMAN ataupun TIDAK AKTIF.

BACA JUGA:

Bagaimana caranya untuk anda mengaktifkan semula akaun ASB anda?

Teruskan membaca artikel kami untuk solusi yang mudah tapi berkesan!

Akaun ASB Tidak Aktif? Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online

Cara Aktifkan Akaun ASB Secara Online: Akaun ASB Dorman

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB SECARA MANUAL

  1. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASB
  2. Hadir kemana-mana cawangan ASNB yang berdekatan

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB SECARA ONLINE

Berikut kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk aktifkan semula akaun ASB anda secara online:

LANGKAH 1: SEDIAKAN DOKUMEN PENGESAHAN DIRI UNTUK PENGAKTIFAN SEMULA AKAUN ASB

Berikut adalah dokumen-dokumen pengesahan diri yang perlu anda sediakan:

  • Gambar swafoto/selfie anda bersama MyKad (pastikan gambar anda jelas dan terang)
  • Gambar atau salinan MyKad anda (depan dan belakang)
  • Sediakan salah satu daripada dokumen sokongan di bawah:
  1. Lesen memandu yang bergambar*
  2. Pasport*
  3. Penyata Bank Persendirian
  4. Bil utiliti anda yang terkini (bil air, bil telefon, bil elektrik dll)
NOTA:

*Pastikan dokumen anda tidak tamat tempoh.

LANGKAH 2: EMAILKAN SEMUA DOKUMEN PENGESAHAN DIRI DIATAS

  • Alamat email: myasnbid@pnb.com.my
Anda perlu pastikan semua maklumat yang diberikan adalah jelas benar dan sahih.

Pastikan format dokumen yang dihantar dalam bentuk PDF/JPG/PNG/GIF sahaja.

Permohonan pengaktifan akaun ASB bagi pihak ketiga adalah TIDAK DIBENARKAN.

MUAT TURUN APLIKASI MYASNB 

Cara Aktifkan Akaun ASB Secara Online: Akaun ASB Dorman

Maklumat Lanjut Cara Aktifkan Akaun ASB

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan mengenai akaun ASNB anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran yang berikut:

Semoga artikel ini dapat membantu anda berurusan dengan akaun myASNB dengan lebih mudah dan lancar.

Pelaburan di hujung jari, keuntungan sentiasa menanti.

TERIMA KASIH.

Comments