5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Diskaun Saman JPJ 2021 Sebanyak 70% Bermula 13 April Hingga 11 Jun

Diskaun Saman JPJ 2021.

Banyak sangat saman JPJ yang tertangguh? Sudahnya hutang saman anda tertunggak sampai nak bayar pun tak mampu.

Tapi tahukah anda saman JPJ diberikan diskaun sebanyak 70% bermula hari ini? 

'Uish banyaknya, tak percayalah'

Saman anda juga boleh dibayar secara online dan tetap boleh dapat diskaun 70% tu. 

Nak tahu cara bayar saman JPJ sampai dapat diskaun 70%?

Teruskan bersama InfoEkstra hari ini dengan entri kami Diskaun Saman JPJ 2021 Sebanyak 70% Bermula 13 April Hingga 11 Jun sebagai panduan untuk anda.

Dah tak ada alasan untuk tak bayar saman tu. Jom ambil peluang keemasan ini.

Diskaun Saman JPJ 2021 Sebanyak 70% Bermula 13 April Hingga 11 Jun

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan bahawa diskaun 70% saman JPJ ini diberikan bersempena dengan sambutan ulang tahun JPJ yang ke 75.

Pelaksanaan diskaun saman JPJ ini dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 3.5 juta saman aktif yang direkodkan setakat ini.

Pembayaran saman secara atas talian atau online juga sangat digalakkan melalui portal MySikap JPJ.

Ini dapat membantu mengurangkan beban pengguna untuk pergi ke kaunter JPJ dan membuat pembayaran secara manual.

Berikut kami kongsikan info lanjut berkenaan portal MySikap JPJ dan cara bayar saman JPJ.

Jom baca.

DIMANA BOLEH ANDA MEMBAYAR SAMAN JPJ?

Anda boleh membayar saman JPJ anda melalui saluran yang berikut:

  • Pejabat JPJ atau JPJ cawangan
  • Urban Transformation Centre (UTC)
  • Kiosk JPS
  • Portal JPJ
  • Portal MySIKAP JPJ

SENARAI SAMAN YANG LAYAK MENERIMA 70% DISKAUN

Saman yang tertakluk di bawah akta berikut layak untuk menerima diskaun ini:
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715)
  • Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya
  • Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam
Semak saman anda di:

CARA DAFTAR & BAYAR SAMAN JPJ DI MySIKAP ONLINE

Pihak JPJ menyeru orang awam untuk membayar saman JPJ di Portal JPJ mySIKAP bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pejabat JPJ, UTC atau kiosk JPJ.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di portal ini adalah seperti berikut:


CARA MENGAKTIFKAN ID BUAT KALI PERTAMA DI MySIKAP JPJ

Berikut kami sertakan gambar rujukan untuk anda mendaftar di MySikap JPJ:

Rujuk PANDUAN UMUM terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem di bawah.


Diskaun Saman JPJ 2021

BAYAR SAMAN JPJ SECARA MANUAL DI KAUNTER JPJ

Anda tidak yakin nak buat bayaran secara online? Jangan risau, anda boleh hadir kemana-mana cawangan tanpa perlu beratur.

Bagaimana?

Scan QR code di bawah aplikasi JPJeQ, iaitu aplikasi nombor giliran bagi kegunaan cawangan JPJ seluruh Malaysia.

Aplikasi ini memudahkan anda dan menjimatkan masa untuk anda menunggu di kaunter JPJ.

Aplikasi JPJeQ

Download aplikasi ini di Google Playstore:

Maklumat Lanjut Diskaun Saman JPJ 2021

Sebarang pertanyaan mengenai diskaun JPJ ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban anda untuk melangsaikan hutang saman JPJ.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH

Comments

  1. Casino Finder (Sega Genesis) - MapyRO
    Get directions, reviews 광주 출장샵 and information for 경주 출장샵 Casino Finder (Sega Genesis). Find your 인천광역 출장마사지 way around the 청주 출장샵 casino, find where everything 밀양 출장안마 is located with

    ReplyDelete

Post a Comment