5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Bayar Cukai Tanah Online 2021 Dengan Mudah

Cara Bayar Cukai Tanah Online.

Kecanggihan teknologi masa kini membuatkan admin percaya yang segalanya mampu dilaksanakan secara maya termasuklah pembayaran cukai tanah yang kini boleh dibuat secara online.

Eh biar betul ni? Semudah itu? Tak tahu pun sebelum ni?

Ya, InfoEkstra bersama artikel kami hari ini Cara Bayar Cukai Tanah Online 2021 Dengan Mudah menyampaikan informasi yang mampu mengubah urusan anda terutama sekali dalam musim PKP ini.

Nak tahu cara bayar cukai tanah online ni macam mana?

Jangan kemana-mana dan terus membaca artikel ini.

Cara Bayar Cukai Tanah Online 2021 Dengan Mudah

Shopping secara online, bayar bil utiliti secara online, bayar sewa rumah pun online boleh dikatakan kebanyakan urusan yang melibatkan anda untuk hadir ke kaunter telah bertukar ke atas talian dimana anda akan menikmati penjimatan kos dan juga tenaga.

Tak perlu beratur, tak perlu ambil nombor.

Terkini, anda nak bayar cukai tanah pun boleh secara online mengikut kepada pentakrifan negeri masing-masing.

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Berikut kami kongsikan cara bayar cukai tanah online buat rujukan anda mengikut negeri:

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE MELAKA

Untuk makluman anda, melalui portal E-BAYAR KERAJAAN NEGERI MELAKA, anda tidak perlu  untuk mengakses portal pelbagai agensi untuk membuat pembayaran bil. Anda boleh membayar bil-bil anda kepada pelbagai agensi terlibat seperti:
  1. Perbadanan Ketua Menteri Melaka
  2. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
  3. Pusat Zakat Melaka
  4. Majlis Perbandaran Alor Gajah
  5. Majlis Perbandaran Jasin
  6. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
  7. Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah
  8. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
Langkah-langkah pendaftaran eBayar Melaka adalah seperti berikut:
  1. Layari: LAMAN WEB RASMI eBAYAR MELAKA
  2. Pengguna baharu perlu klik 'Daftar' terlebih sebelum menggunakan perkhidmatan eBayar ini. Isi butiran-butiran dengan lengkap dan klik 'Teruskan'
  3. Pengguna lama boleh terus log masuk seperti biasa.
Pengguna yang mendaftar akan memperolehi kelebihan seperti berikut:
  • Paparan bil persendirian

  • Semua maklumat yang diberi akan dirahsiakan.

  • Pendaftaran keahlian adalah PERCUMA.

  • Mengurus akaun berdaftar

  • Paparan carian persendirian terdahulu

  • Status Transaksi akan dihantar melalui emel.

  • Paparan rekod bayaran terdahulu.

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE TERENGGANU 

Pengguna khususnya rakyat Terengganu boleh membuat semakan cukai tanah mereka dahulu sebelum membuat pembayaran secara online.

Cara semak cukai tanah Terengganu:
  1. Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI CUKAIPTG TERENGGANU
  2. Isi bahagian 'Pertanyaan Maklumat Tanah' dengan butiran-butiran yang diminta dan klik 'Cari'
  3. Pengguna boleh membuat bayaran cukai tanah secara online melalui MAYBANK2U
CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE TERENGGANU

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE SELANGOR

Pembayaran dan semakan cukai tanah negeri Selangor secara online boleh dibuat dengan cara berikut:
  1. Pengguna perlu layari: LAMAN WEB RASMI eHASIL SELANGOR
  2. Isi semua maklumat yang diminta untuk membuat semakan dan pembayaran cukai tanah secara online.
CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE SELANGOR

SENARAI LAMAN WEB BAYAR CUKAI ONLINE SETIAP NEGERI

Berikut adalah senarai laman web setiap negeri sebagai rujukan pengguna membuat pembayaran cukai tanah secara online:
CARA BAYAR CUKAI TANAH PERAK

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE PAHANG

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE KEDAH

Kesimpulan

Apa gunanya ilmu yang bermanfaat tapi tidak dikongsikan?

Apa gunanya teknologi yang canggih jika tidak diaplikasikan?

Semoga perkongsian kami ini dapat memudahkan urusan anda terutama sekali dalam musim PKP ini. Tak perlu ke memandu ke Pejabat Tanah nak bayar cukai. 

Semua hanya dihujung jari.

Jaga diri anda, jaga SOP.

TERIMA KASIH

Comments