5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Semak BPR 2021 & Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Cara Semak BPR 2021.

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dikreditkan ke akaun penerima bermula 7 Mei 2021 hingga 12 Mei 2021 secara berperingkat.

Anda masih belum dapat bayaran bantuan BPR?

Macam mana nak buat semakan samada permohonan anda berstatus BERJAYA atau GAGAL?

Admin InfoEkstra hari ini ingin berkongsi panduan untuk anda melalui artikel kami Cara Semak BPR 2021 & Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Semua informasi yang anda cari disini untuk memudahkan proses semakan dan rayuan permohonan BPR anda.

Tunggu apa lagi tu?

Jom baca!

Apa Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Untuk makluman anda, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Ia merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).

Cara Semak BPR 2021 & Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Apa syarat-syarat permohonan BPR ni?

SYARAT BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 

4 kategori dan jumlah bantuan yang bakal diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:

Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500:
  • Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  • 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800
Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 - RM4,000:
  • Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  • 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200

Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 - RM5,000:
  • Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  • 2 anak dan ke atas: Terima RM750
Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

Cara Semak BPR 2021 & Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 

Berikut kami kongsikan panduan untuk anda buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat dan juga permohonan rayuan buat mereka yang tidak berjaya.

Jom teruskan bersama kami.

CARA SEMAK BANTUAN BPR FASA 2 ONLINE

  1. Anda perlu layari portal rasmi berikut: PORTAL RASMI BPR HASIL 
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik 'Semak' 
  3. Kenalpasti 'Kata Kunci Keselamatan' anda jika betul klik 'Ya' 
  4. Masukkan 'Kata Laluan' anda dan klik 'Log Masuk' sekiranya anda terlupa kata laluan klik 'Terlupa Kata Laluan' untuk daftar kata laluan baru.
  5. Selesai Log Masuk, klik pada 'Semakan Status' dan anda akan dipaparkan status permohonan BPR.

MAKLUMAN TERKINI 

Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dengan scammer yang cuba mencuri data melalui laman web BPR Hasil seperti rajah di bawah:

Cara Semak BPR 2021 & Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Permohonan Rayuan Bantuan BPR 2021 Online

Bagi mereka yang tidak berjaya dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini jangan risau anda boleh membuat permohonan rayuan bantuan ini.

Bagaimana?

Rujuk panduan proses permohonan di bawah:

KOD ALASAN TIDAK LULUS PERMOHONAN BPR

Berikut adalah kod alasan anda tidak lulus permohonan BPR:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

CARA PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 

Anda boleh mula membuat permohonan rayuan BPR ini bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021.

  1. Anda perlu layari portal rasmi berikut: PORTAL RASMI BPR HASIL
  2. Mulai 15 Jun 2021, anda boleh klik pada ikon 'Rayuan Permohonan'
  3. Masukkan nombor kad pengenalan kemudian isi butiran-butiran yang perlu dikemaskini (senarai di bawah)  
  4.  Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Kemaskini maklumat-maklumat berikut:
  •  Nombor akaun bank anda yang terkini 
  • Status perkahwinan anda yang terkini
  • Nombor telefon
  • Maklumat anak (keluarga) yang terkini 

Maklumat Lanjut Cara Semak BPR 2021

Jika anda menginginkan sebarang maklumat terkini mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM
  2. Aplikasi Mobile BPR (akan datang)
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Apa gunanya ilmu yang ada jika tidak kita kongsi dan manfaatkan?
 
Kami berharap perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda membuat semakan bantuan BPR Fasa 2 dan juga permohonan rayuan BPR yang akan mula dibuka pada 15 Jun nanti.
 
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM dan duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting seperti bekerja.
 
Sama-sama kita jaga kita.
 
TERIMA KASIH.

 

Comments