Daftar SSM Percuma BizTrust.
Apa itu SSM BizTrust?
Apa faedah yang boleh usahawan dapatkan apabila mendaftar dengan SSM BizTrust ini?
Admin yakin ramai lagi diantara kita yang masih tidak tahu akan SSM BizTrust yang baru dilancarkan oleh KPDNHEP sejak tahun 2017.
InfoEkstra dengan entri hari ini Daftar SSM Percuma BizTrust Secara Online Sehingga 31 Disember 2021 adalah satu inisiatif yang kami sediakan untuk para usahawan di luar sana untuk meningkatkan lagi kualiti perniagaan dan juga keyakinan pelanggan anda.
Anda berminat?
Jom teruskan membaca artikel kami.
Daftar SSM Percuma? Apa Itu BizTrust (SSM)?
Seiring dengan trend terkini dimana hampir semua perniagaan melibatkan cara perniagaan mereka secara atas talian/online.
SSM BizTrust diperkenalkan oleh KPDNHEP sebagai satu indikasi yang dikeluarkan oleh SSM memperkukuhkan lagi imej perniagaan anda. Ianya menyakinkan lagi pelanggan terhadap perniagaan anda kerana perakuan BizTrust ini menunjukkan perniagaan tersebut telah mematuhi
ciri-ciri amanah yang telah ditetapkan, keselamatan dalam talian dan
perlindungan maklumat.
SSM BizTrust menyediakan platform
kepada para peniaga yang menjalankan urusan secara atas talian (termasuk
media sosial) bagi mendapatkan pensijilan biztrust melalui logo (seal)
yang akan dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka. Paparan logo SSM BizTrust di laman web perniagaan anda akan membuatkan pelanggan lebih yakin untuk berurusan
dengan perniagaan anda tidak kira samada anda menawarkan perniagaan produk mahupun perkhidmatan secara online.
Daftar SSM Percuma BizTrust Secara Online Sehingga 31 Disember 2021
Masih keliru?
Jangan risau, mari kita teliti bersama fungsi sebenar SSM BizTrust ini, faedah memperolehi logo SSM BizTrust dan juga cara mendaftar.
Jom teruskan bersama kami.
Semua yang anda perlukan kami sediakan disini.
SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENDAFTAR SSM BIZTRUST?
- Entiti perniagaan yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM dan mengikuti amalan perniagaan yang baik layak untuk membuat permohonan logo SSM BizTrust ini.
- Peerniagaan online di sosial media seperti Instagram juga layak untuk mendapatkan logo SSM BizTrust.
- Bagi entiti yang layak, penilaian akan dijalankan untuk memastikan entiti mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria SSM BizTrust termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.
FUNGSI SSM BIZTRUST
Bagaimana SSM Biztrust ini berfungsi?
Untuk makluman anda, SSM BizTrust berfungsi untuk:
- Peniaga online akan mempunyai keistimewaan untuk meletakkan BizTrust Seal di laman web mereka dengan tandatangan digital yang unik yang hanya boleh digunakan oleh mereka.
- Apabila pelanggan klik pada BizTrust Seal tersebut, mereka akan dibawa ke laman pengesahan BizTrust untuk mengesahkan kesahihan perniagaan tersebut mendapat logo BizTrust Seal yang betul.
- Sekiranya perniagaan online melanggar Prinsip dan Kriteria SSM BizTrust, mereka masih boleh menyimpan logo tersebut tetapi apabila pelanggan klik pada logo BizTrust Seal tersebut ia akan menunjukkan bahawa BizTrust seal telah tamat tempoh atau telah dibatalkan.
BACA JUGA:CARA DAFTAR SSM PERCUMA BIZTRUST
Tarikh permohonan BizTrust secara percuma telahpun dibuka sehingga 31 Disember 2021!
Usahawan online khususnya diseru untuk mendaftarkan entiti perniagaan mereka di SSM BizTrust untuk memastikan kelansungan perniagaan mereka lancar dan meraih keyakinan serta kepercayaan pelanggan.
Cara-cara untuk anda mendaftar adalah seperti berikut:
- Usahawan-usahawan yang berminat boleh membuat pendaftaran SSM BizTrust ini di: LAMAN WEB RASMI BIZTRUST SSM
- Sistem pendaftaran ini beroperasi 24 jam sehari, tujuh (7) hari seminggu.
NOTA:
Walau bagaimanapun kelulusan bagi setiap permohonan adalah bergantung kepada penilaian permohonan.
Maklumat Lanjut Daftar SSM Percuma BizTrust
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan mengenai SSM BizTrust , sila hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:
- Pusat Perhubungan SSM di 03-7721 4000
- Anda juga boleh menghantar faks kepada 03-7721 4001; atau
- Emel kepada enquiry@ssm.com.my
- Waktu operasi Pusat Panggilan:
Isnin-Ahad 8.00am-5.30pm / Cuti Am Tutup
Selamat maju jaya kepada usahawan perniagaan online di luar, kami berharap perniagaan anda terus berjaya dan mendapatkan keuntungan terutama sekali selepas mendapatkan BizTrust Seal.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment