MyPremis MARA 2021.
Permohonan MyPremis MARA kini dibuka! Sewa premis perniagaan MARA sekarang!
Para usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis perniagaan boleh membuat permohonan di MyPremis MARA dengan tawaran harga sewaan yang berpatutan di seluruh negara.
Menarik bukan?
Buat para usahawan yang berminat, ayuh terus bersama InfoEkstra dimana kami menyediakan anda panduan khas dan mudah dalam artikel hari ini MyPremis MARA 2021: Permohonan Sewaan Premis MARA Online.
Semua pertanyaan anda akan terjawab dengan informasi yang kami bawa hari ini.
Apa tunggu lagi?
Jom baca!
MyPremis MARA 2021
Untuk makluman anda, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif di seluruh negara dibuka untuk sewaan.
Nak tahu jenis-jenis premis perniagaan MARA?
Jom kita sama-sama teliti:
JENIS-JENIS PREMIS PERNIAGAAN MARA
Terdapat 4 kategori premis perniagaan MARA iaitu:
- ARKED
- Arked adalah bangunan yang mempunyai laluan/lorong/berhubung tertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri dan kanannya.
- Mempunyai kemudahan-kemudahan asas di sekelilingnya seperti surau, tempat makan, parking dll.
- BAZAR
- Bangunan yang sederet, setingkat ataupun lebih
- LOT KOMERSIAL
- Adalah lot niaga yang dibeli di kompleks-kompleks komersial
- KIM & HALAL PARK
- Lot industri perkhidmatan, pembuatan dan perusahaan.
- Premis ini selalunya terletak di kawasan perindustrian.
Okay sekarang dah faham serba sedikit mengenai premis perniagaan?
Jom kita tengok cara permohonannya pula.
MyPremis MARA 2021: Permohonan Sewaan Premis MARA Online
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para usahawan yang berminat sebelum membuat permohonan sewaan premis MARA ini:
- Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia.
- Pemohon juga merupakan usahawan Bumiputera.
- Pemohon mesti bebas dari senarai hitam daripada pihak MARA.
- Pemohon mestilah tidak berstatus bankrap.
- Pemohon iaitu usahawan itu sendiri telah mendaftarkan perniagaan/syarikat mereka melalui SSM.
- Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
- Had umur usahawan mestilah antara 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat.
Anda menepati kesemua syarat-syarat di atas?
Jom terus buat permohonan.
CARA PERMOHONAN MyPREMIS MARA 2021
LANGKAH 1:
Pemohon perlu layari laman web berikut:
Anda akan diberikan paparan seperti berikut: - Klik pada bendera negeri dimana anda ingin membuat permohonan premis.
LANGKAH 2:
- Anda akan dipaparkan jumlah lot yang kosong di setiap negeri.
- Isi pada bahagian 'Daerah' dan 'Projek'
- Anda kemudiannya akan diberikan paparan lot kosong yang ingin disewa seperti bawah. Klik pada bahagian lot tersebut.
LANGKAH 3:
- Isi borang permohonan yang ingin anda sewa dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen sokongan iaitu 'Maklumat Perniagaan (Business Info) SSM' anda.
- Selesai semua, klik 'Hantar'
Dah siap! SEMAKAN PERMOHONAN STATUS PERMOHONAN MyPREMIS MARA
Anda juga boleh buat semakan permohonan sewa premis MARA ini seperti berikut:
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?- Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.
Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?- Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan permohonan mereka berjaya.
Kesimpulan
Apa gunanya ilmu yang bermanfaat tetapi tidak dikongsi?
Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang merupakan seorang usahawan dan sedang mencari lot perniagaan dengan harga sewaan yang berpatutan.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
Pastikan anda sentiasa menjada SOP walau dimana jua anda berada.
Sama-sama kita jaga kita.
Comments
Post a Comment