on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
3 Cara Nak Keluarkan Duit ASB.
Makluman untuk semua pemegang unit ASB, anda kini boleh membuat pengeluaran simpanan ASB anda dengan lebih mudah dan cepat.
Pelbagai alternatif disediakan oleh pihak ASB selari dengan perkembangan teknologi dan suasana linkungan kerja selepas PKP yang kini semakin aktif.
Entri InfoEkstra hari ini admin bawakan 3 Cara Nak Keluarkan Duit ASB Dengan Mudah 2022 khas untuk panduan pengguna yang memerlukan.
Apa tunggu lagi?
Jom baca!
Berikut admin kongsikan 3 cara pengeluaran duit ASB yang boleh menjadi pilihan pengguna sesuai dengan keadaan semasa.
Anda boleh buat pengeluaran duit ASB di bank-bank agen ASB tanpa perlu membawa buku bank.
Macam mana?
Mudah sahaja, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter senarai bank agen ASB berikut:
Selepas itu, maklumkan kepada pegawai bank atau kakitangan bank yang bertugas bahawa anda ingin membuat pengeluaran duit ASB.
Anda akan diberikan borang borang jualan balik unit asb. Isi borang tersebut dengan lengkap dan dapatkan nombor giliran.
Tiba giliran anda, serahkan borang yang lengkap diisi berserta kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Urusan pengeluaran duit di dalam proses. Terima wang anda, kemudian selesai!
NOTA:
Tak ada masa nak ke kaunter bank agen ASB? Tak nak tunggu nombor giliran yang panjang di bank?
Tak menjadi masalah dengan adanya aplikasi terbaru MyASNB.
Semuanya di hujung jari, tak sampai berapa minit urusan pengeluaran duit ASB anda selesai.
Macam mana nak buat?
Syarat pertama nak keluarkan duit ASB online adalah anda perlu mempunyai akaun ASB dan mendaftar terlebih dahulu.
Suka untuk admin ingatkan, sebelum anda ingin menggunakan perkhidmatan myASNB, anda perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB: contohnya pejabat pos.
Anda hanya perlu pergi kaunter POS dan maklum pada staf yang bertugas yang anda ingin update maklumat untuk guna portal ASB online.
Lepas dah update baru boleh daftar ikut cara di bawah ya:
Langkah 1: Log Masuk ke Portal Rasmi MyASNB
Langkah 2: Kemudian klik pada Portfolio ---> Transaksi ---> Jualan Balik
Langkah 3: Semak maklumat bank anda, pastikan semua butiran betul. Kemudian klik 'Teruskan'
Langkah 4: Baca dengan teliti, tick pada pengisytiharaan dan klik 'Seterusnya'
Langkah 5: Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan, tick pada pengisytiharaan dan klik 'Seterusnya'
Langkah 6: Semak butiran bank anda sekali lagi
Langkah 7: Kemudian 'Request TAC' dan klik 'Teruskan'
Langkah 8: Transaksi selesai!
NOTA:
BACA JUGA:
Untuk makluman, anda akan menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS sekiranya permohonan anda diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.
Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
TETAPI, macam mana kalau tak berjaya? Nak buat macam mana? Apa puncanya?
Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
Antara faktor yang menyebabkan wang ASB tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank anda adalah seperti berikut:
Sila pastikan maklumat akaun bank atau butiran yang lain tepat dan betul bagi mengelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
Kalau tak nak pergi bank atau daftar online pun tak apa, boleh pergi ke pejabat pos yang berdekatan.
Caranya mudah sahaja, tak perlu bawa buku bank ya.
NOTA:
Semoga perkongsian kami ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bagi rujukan kita bersama.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment