on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Apa proses yang perlu anda lalui untuk buka akaun Tabung Haji sendiri atau pun untuk anak-anak?
Di samping anak menyimpan untuk mencapai cita-cita ke Tanah Suci Mekah, anda sebagai pendeposit juga dapat menerima agihan keuntungan setiap tahun - yang telah dizakatkan dan simpanan yang dijamin oleh kerajaan mematuhi Syariah Islam yang ditetapkan.
Bukan sahaja nak simpan duit raya anak, banyak lagi faedah yang bakal anda perolehi sekiranya anda mendaftar akaun tabung haji.
Jom teruskan membaca untuk panduan lengkap kami sediakan untuk anda.
Secara umumnya mudah sahaja nak buka akaun Tabung Haji ni, anda boleh membuat proses pembukaan akaun ini dimana-mana kaunter:
Untuk individu berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi kelayakan umum seperti di atas, anda boleh terus hadir di mana-mana kaunter Tabung Haji yang berdekatan. Pastikan anda:
Untuk ibu-bapa yang ingin membuka akaun TH anak-anak, pastikan anak anda berumur bawah 18 tahun ke bawah mengikut tarikh lahir semasa ingin mendaftar akaun.
Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan:
Macam mana pula kalau ibubapa ni sibuk bekerja, anak-anak pula sekolah, mana nak cari masa nak buat akaun tabung haji di kaunter?
Kalau nak daftar akaun Tabung Haji secara online je tak boleh ke?
Dunia yang kini bergantung dengan teknologi internet ini, membolehkan dan memerlukan semua urusan dan urusniaga mengambil inisiatif perkembangan menggunakan sistem atas talian atau online.
Begitu juga dengan pihak TH, dimana satu platform khas disediakan oleh pengguna yang ingin membuka akaun mereka menggunakan hujung jari sahaja iaitu Virtual Account Opening (VAO) atau lebih dikenali sebagai THiJARI.
Anda nak baca syarat-syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan serta akad wakalah untuk membuka akaun di THiJARI boleh terus rujuk di : PEMBUKAAN AKAUN SECARA DALAM TALIAN
Antara soalan-soalan lazim berkenaan Virtual Account Opening (VAO) - THiJARI ni adalah seperti berikut:
Comments
Post a Comment