Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020

Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020

Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020?

Tahukah anda Tabung Haji anda memperkenalkan sistem online baru? Khabarnya sistem ini mampu memudahkan segala urusan anda? 

Haaa, anda betul-betul nak tahu apa sebenarnya sistem THiJARI Tabung Haji ni?

Anda bernasib baik sebab kami di InfoEkstra sediakan entri baru Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020 khas untuk anda bagi panduan untuk mendaftar dan menggunakan sistem baru THiJARI ni.

Segala maklumat asas yang anda perlukan kami sediakan di sini. Jangan risau, senang je nak faham.

Jom baca!

Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020

Untuk pengetahuan anda, mulai 5 Februari 2020 (Rabu) lalu, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu “THiJARI” https://www.thijari.com.my untuk memudahkan urusan para pendeposit Tabung Haji.

Melalui sistem Tabung Haji Online ini, pengguna boleh menyemak akaun termasuk penyata terkini akaun TH anda.

Senang kan? Semua hujung jari je sekarang ni.

Berbeza dengan portal iAkaun KWSP, sistem ini membolehkan anda membuat pemindahan wang termasuk menguruskan hal-hal berkaitan haji.

Dengan laman web ini, pendeposit boleh
  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.
Untuk menggunakan perkhidmatan THiJARI ini, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini maklumat peribadi terlebih dahulu di kaunter TH.
'Eh biar betul, senang sangat nak berurusan dengan Tabung Haji lepas ni..'
Haaa, anda nampak macam dah berminat tu, jom kami tunjukkan cara untuk anda daftar dan menggunakan THiJARI ni dengan Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020:

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI THiJARI

1.Urusan Simpanan dan Pengeluaran
Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

Urusan simpanan dan pengeluaran anda di TH menjadi lebih mudah dan prosesnya pun tak rumit.

2. Urusan Haji
Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.
Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Makin mudah urusan anda lepas ni berkaitan dengan ibadah Haji.

3. Kelab Taha/Taha@U
Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.

Semua pendaftaran yang berkaitan boleh dibuat di atas talian.

Okay, sekarang ni macam mana pulak nak daftar THiJARI ni?

CARA DAFTAR THIJARI TABUNG HAJI ONLINE

Sebelum mendaftar pastikan anda telah kemaskini maklumat akaun terutama nombor telefon terkini supaya nombor TAC dapat dihantar ke nombor yang betul.

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

Selesai urusan kemaskini barulah anda boleh mendaftar di portal THiJARI.
Caranya:
  • Layari portal rasmi https://www.thijari.com.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor TH anda
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan termasuk segala maklumat peribadi yang diminta
Setelah selesai, sila semak sekali lagi sebelum memasukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda.
Kemudian isi beberapa butiran berikut:
  • Kata nama
  • Kata laluan
  • Nama pengguna
  • Negeri terkini
Selesai semuanya barulah anda boleh menggunakan portal THiJARI untuk urusan selanjutnya.

5 langkah mudah untuk anda menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  4. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.
  5. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.
Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THiJARI

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi cawangan TH berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon  :   +603 – 6207 1919
Faks      :   +603 – 7728 4959
Emel     :   th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

KESIMPULAN TABUNG HAJI THiJARI

Kami berharap perkongsian mengenai Cara Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI Online 2020 dapat memudahkan segala urusan anda dengan Tabung Haji selepas ini.

Dengan THiJARI segala urusan hanya di hujung jari.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan terima kasih!

Comments