5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Bantuan Khas Penjawat Awam 2021: Tarikh Bayaran 26 Januari 2021

Bantuan Khas Penjawat Awam 2021

Penjawat Awam Malaysia akan mula menerima bantuan pada 26 Januari 2021 sebanyak RM600.

Anda inginkan maklumat lanjut?

InfoEkstra menyediakan anda maklumat dengan artikel Bantuan Khas Penjawat Awam 2021: Tarikh Bayaran 26 Januari 2021.

Semuanya ada disini.

Jom baca! 

Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 Sebanyak RM600 

 Bantuan Khas Penjawat Awam 2021

Untuk makluman anda, Bantuan Khas Penjawat Awam ini adalah salah satu inisiatif kerajaan di dalam Bajet 2021 untuk membantu rakyat menangani krisis ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19.

Penjawat awam yang akan menerima bantuan ini adalah:

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.
  2. Pesara Kerajaan

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KHAS

Berikut adalah kategori-kategori penjawat awam yang layak menerima bantuan khas RM600:

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
    i) Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
    ii) Pegawai yang bercuti gaji penuh.
    iii) Pegawai yang bercuti separuh gaji.
    iv) Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  4. Guru Interim
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN KHAS

Untuk makluman anda, terdapat juga kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini antaranya adalah:

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG DITANGGUHKAN MENERIMA BANTUAN

Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

  1. Pegawai yang ditahan kerja.
  2. Digantung kerja.
  3. Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan khas penjawat awam ini anda boleh terus hubungi atau layari  laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.

Kesimpulan

Semoga artikel kami ini dapat membantu memudahkan perancangan kewangan anda dengan lebih baik.

Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama menghentikan penularan Covid-19 yang sedang melanda negara.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

 

Comments