Cara Renew Lesen Memandu Online MyEG Semasa PKP

Cara Renew Lesen Memandu Online 

'Alaaa, JPJ ramai nya orang, malas nak beratur renew lesen ni'

Eh, nanti dulu, kenapa anda perlu beratur?

Banyak lagi alternatif lain untuk anda jimatkan masa renew lesen.

Tak percaya?

InfoEkstra ada jawapannya! Artikel kami hari ini Cara Renew Lesen Memandu Online/Pejabat Pos/UTC kami sediakan khas untuk anda.

Jom baca!

Cara Renew Lesen Memandu Dengan Mudah & Pantas

Lesen memandu dah tamat tapi anda tak ada masa nak renew?

Eh jangan macam tu, itu namanya dah melanggar undang-undang.

Sekarang nak renew lesen senang, duduk rumah goyang kaki pun boleh..

Perkembangan teknologi masa kini banyak memberi manfaat kepada kita terutama sekali dalam tempoh PKP ini. Ada yang tak boleh keluar rumah untuk berurusan secara normal, semuanya jadi leceh.

Tetapi....

Tak perlu lagi pergi ke JPJ sahaja kalau anda nak renew lesen, banyak lagi kemudahan/lokasi lain yang disediakan untuk memperbaharui lesen memandu anda.

Cara Renew Lesen Memandu

Cara Renew Lesen Memandu Online MyEG Semasa PKP

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk anda renew lesen dengan mudah:

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE MyEG 

Pakai kain pelikat duduk rumah je pun dah boleh renew lesen memandu?

Tiada yang mustahil dengan kecanggihan yang kita ada sekarang, maklumat semua di hujung jari.

Pihak Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan sistem online perbaharui lesen memandu dimana anda boleh renew secara online dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. 

Permohonan boleh dibuat melalui portal MyEG dan seterusnya lesen memandu tersebut boleh terus dihantar ke rumah anda. Senang bukan?

Dengan adanya MyEG anda boleh buat pembaharuan lesen memandu seperti berikut:

  1. Untuk pengguna kali pertama anda perlu layari laman web rasmi MyEG terlebih dahulu untuk mendaftar. Klik pada 'Create an Account' dan ikuti segala arahan yang diberikan sehingga selesai.
  2. Selesai mendaftar, anda perlu login menggunakan emel dan password yang anda daftarkan tadi.
  3. Klik pada logo 'Jabatan Pengangkutan Jalan'. Kemudian klik lagi pada bahagian 'Driving License Renewal'
  4. Masukkan butiran-butiran penting anda:
  • nombor kad pengenalan pemilik lesen memandu tersebut
  • kategori
  • tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
  • no telefon
  • emel
  • kaedah pengambilan

Anda boleh ambil lesen baharu ini sendiri di HQ MyEG ataupun secara delivery. Kos penghantaran adalah berbeza mengikut kawasan.

Sekiranya anda memilih servis delivery,  masukkan butiran lengkap alamat di ruang yang diberikan dan lesen anda akan selamat sampai dalam tempoh 2-5 hari.

Selesai mengisi semua maklumat di atas, anda boleh teruskan ke process pembayaran dan siap!

Senang je. Jimat masa dan tenaga.

CARA RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS 

Andai kata pejabat pos lebih dekat dengan kawasan rumah anda berbanding JPJ, anda boleh pilih untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos terus. 

Tak tahu cawangan pejabat pos yang terdekat dengan anda?

Nak renew lesen memandu di pejabat pos senang je, anda perlu:

  1. Pergi ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan dengan anda.
  2. Kemudian ambil no giliran anda dan pilih pada bahagian lesen, buat bayaran etc.
  3. Apabila no giliran anda dipanggil maklumkan bahawa anda ingin renew lesen dan nyatakan berapa tahun anda nak renew setahun atau dua tahun.
  4. Bayaran pembaharuan lesen mengikut rate JPJ:

    • 1 tahun – RM30
    • 2 tahun – RM60
    • 3 tahun – RM90
    • 4 tahun – RM120
    • 5 tahun – RM150

    NOTA: Apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, anda kena bayar RM2.00 caj servis.

  5. Serahkan no kad pengenalan, lesen lama dan pembayaran ke kaunter.
  6. Tunggu sebentar. Nama anda akan dipanggil setelah urusan pembaharuan selesai.
  7. Tak sampai 5 minit (tak ramai orang lagi cepat) lesen anda siap!

Mudah bukan?

CARA RENEW LESEN MEMANDU DI UTC 

APA ITU UTC?

UTC adalah ringkasan Urban Transformation Centre (Pusat Transformasi Bandar),ia adalah tempat untuk menyediakan masyarakat bandar dengan perkhidmatan kerajaan.

Kiranya kalau anda pergi UTC pun ada JPJ jugak..

Nak renew lesen kat UTC pun senang, anda perlu:

  1. Ambil nombor giliran anda.
  2. Apabila nombor anda dipanggil, nyatakan tujuan anda untuk renew lesen
  3. Sila maklumkan tempoh renew lesen yang diperlukan.
  4. Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
  • Kelas A & A1 – RM2
  • Kelas B2, B & C – RM20
  • Kelas D sehingga I – RM30
  • Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  1. Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  2. Sila serahkan lesen memandu anda (asal atau salinan)
  3. Jika ada gambar,boleh bagi gambar. Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan (selalunya guna gambar IC je)
  4. Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda dan tempoh diperlukan
  5. Sila tunggu sehingga kad lesen anda siap.

Sebenarnya, proses renew lesen memandu ni lebih kurang sama je, yang membezakan kat sini anda ada banyak alternatif lain. Tak ada lah semua nak beratur dekat JPJ kan?

Kalau busy pun boleh renew online je, senang sangat..

Nak daftar akaun KWSP pun senang sekarang CARA MUDAH DAFTAR KWSP

Kesimpulan Cara Renew Lesen Memandu

Jangan jadikan alasan PKP anda tak boleh renew lesen ya, nak renew lesen sekarang pakai hujung jari pun settle. Kongsi dan manfaatkan artikel ini dengan ahli keluarga anda yang lain.

Jaga SOP tidak kira dimana jua anda berada. Sama-sama kita hentikan penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.

#KITAJAGAKITA

TERIMA KASIH

Comments