5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Semak CTOS Secara Online Percuma 2020

 Cara Semak CTOS Secara Online Percuma 2020

Anda nak buat pinjaman bank?

Eh nanti dulu, anda dah buat semakan CTOS ke belum?

Kenapa nak kena buat semakan CTOS? Bagaimana caranya untuk anda buat semakan CTOS ni?

InfoEkstra ada jawapan untuk semua kekeliruan anda.

Artikel kami Cara Semak CTOS Secara Online Percuma 2020 adalah panduan khas yang kami sediakan khas untuk anda.

Jom baca!

Apa Itu Credit Tip Off Service (CTOS)?

Credit Tip Off Service atau lebih dikenali sebagai CTOS merupakan Agensi Pelaporan Kredit.

Laporan CTOS yang mempunyai score yang tinggi akan meningkatkan peratusan atau kemungkinan pinjaman bank anda diluluskan. 

Cara Semak CTOS Secara Online Percuma 2020

Semakan MyCTOS juga membolehkan anda untuk mengetahui:

  • Laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu
  • Maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Untuk membuat semakan CTOS anda perlu daftar di MyCTOS terlebih dahulu.

Apa itu MyCTOS?

Melalui semakan MyCTOS akan membolehkan anda untuk menyemak prestasi laporan kredit anda serta bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan penolakan pinjaman dari bank dan sebagainya.

SENARAI MAKLUMAT YANG ADA SALAM SISTEM MyCTOS

 Berikut adalah senarai maklumat dalam Laporan CTOS:

  • Pengesahan identiti
  • Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  • Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  • Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
  • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
  • Rekod cek tidak sah
  • Komen anda
  • Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

Cara Semak CTOS Secara Online

Seperti yang dikatakan di atas, sebelum membuat semakan CTOS anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Bagaimana? 

Berikut kami sertakan cara daftar CTOS secara online dengan mudah:

  1.  Layari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/ dan tekan ‘Daftar Sekarang’.
  2. Sila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina)
  3. Sila lengkapkan maklumat peribadi dan lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda.
  4. Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.
  5. Selepas selesai lengkapkan maklumat, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.
  6. Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.
  7. Setelah menerima kod TAC di telefon bimbit, masukkannya di ruang yang disediakan untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  8. CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.
  9. Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.
  10. Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  11. Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.

Selesai!

Sekarang anda mempunyai akses penuh untuk melihat Laporan CTOS anda.

Laporan MyCTOS pertama ini diemelkan kepada kita secara percuma, dan anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

Anda ingin membuat semakan CCRIS? Baca artikel kami Semakan CCRIS Melalui eCRISS Online

Kesimpulan Cara Semak CTOS Secara Online Percuma

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:

  1. CTOS Data Systems Sdn Bhd,Unit 01-12, Level 9,Tower A, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200, Kuala Lumpur
  2. contactus@ctos.com.my
  3. Facebook: CTOS

Bagi memastikan proses permohonan pinjaman bank anda berjalan lancar dan lulus, adalah dinasihatkan untuk anda membuat semakan CTOS ini terlebih dahulu.

Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang ingin membuat pinjaman bank.

Semoga kita boleh kongsi manfaat yang ada.

TERIMA KASIH

Comments