on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Cara Beli No Pin UPU.
Khas buat pelajar-pelajar lepasan SPM yang bakal menyambung pengajian ke peringkat universiti nanti, sebelum nak buat permohonan adik-adik perlu membeli no pin UPU ni dulu.
Haaa? Macam mana nak beli tu?
No pin UPU ni apa sebenarnya?
Okay jangan pening-pening, mari baca artikel InfoEkstra ni Cara Beli No Pin UPU Sesi 2021/2022 Dengan Mudah.
Kami terangkan apa kegunaan no pin UPU ni, dekat mana nak beli, cara nak beli semuanya ada disini.
Jom, apa tunggu lagi?
Untuk makluman para pelajar, setiap tahun, permohonan untuk ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi akan dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan yang setaraf. Nak buat permohonan ini anda perlu membeli no pin id unik UPU ini terlebih dahulu.
Kenapa?
No Pin ID UPU ini penting kerana ianya mempunyai pin unik ID yang membolehkan anda mengakses borang permohonan online untuk mengisi semua maklumat memasuki institusi pilihan para pelajar.
Bukan itu sahaja, no pin UPU ini juga membolehkan anda membuat permohonan ke peringkat diploma, ijazah, IPG, MUET dan sebagainya.
Setiap nombor yang dibeli adalah unik dan sulit hanya untuk penggunaan perseorangan sahaja.
Untuk makluman anda, harga no pin UPU BSN berbeza bergantung kepada jenis program.
Berikut kami sertakan senarai harga no pin UPU BSN mengikut program buat rujukan anda:
Okay, sekarang dah faham apa itu no pin UPU ni, lepas tu nak beli no pin ni macam mana pula?
Okay, jom kita tengok satu persatu.
Tarikh pembelian no pin UPU ini bermula pada Februari 2021 bagi lepasan STPM/SPM.
Dinasihatkan kepada mereka yang berminat melanjutkan pengajian ke UA/IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti untuk mengikuti cara-cara pembelian di bawah:
Okay, cara utama untuk anda membeli no pin UPU ni adalah di BSN.
Kalau tak ada akaun bank BSN tak apa ke?
Boleh, anda terus buat pembelian di Kaunter BSN.
Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun BSN, anda boleh terus beli no pin UPU ni melalui ATM sahaja.
Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.
Berikut cara-cara beli no pin UPU di Mesin ATM BSN:
Beli no pin ni melalui SMS pun boleh?
Haaa, terkejut ke tu? Lebih mudah kan?
Waktu PKP ni, pembelian melalui SMS ni memudahkan anda. Tak perlu keluar waktu-waktu PKP ni.
NOTA: Mereka yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di ATM/CDM.
Macam mana? Ikuti cara-cara di bawah:
Kecanggihan teknologi juga dapat memudahkan urusan anda kerana anda juga boleh membuat pembelian no pin UPU ini melalui online iaitu di portal MyBSN.
Bagaimana?
Berikut kami kongsikan cara-cara pembelian online sebagai rujukan anda:
Comments
Post a Comment