on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Sedang korang kusyuk menggunakan handphone Android untuk main game, edit video, scroll social media tiba-tiba phone korang hang ataupun jadi slow.
Sudahnya segala data game, kerja korang di handphone terhenti atau lebih parah lagi terpadam. Haaaa, sudah nak buat macam mana tu?
Ada kadang-kadang skrin handphone korang terus jadi hitam dan mengambil masa yang lama untuk kembali normal. Pernah terjadi bukan?
Okay, relax jangan tergopoh gapah nak bawa pergi kedai kerana anda sendiri boleh selesaikan masalah handphone android yang lembab dan selalu hang tu.
Macam mana?
Baca artikel InfoEkstra hari ini 5 Cara Nak Lajukan Handphone Android Yang Slow sebagai panduan untuk anda selesaikan masalah handphone Android yang lembab.
In shaa Allah mesti settle. Jom baca sampai habis!
Penggunaan telefon bimbit yang serba canggih kini membolehkan anda untuk melakukan hampir apa sahaja hanya melalui telefon.
Nak edit gambar/video, nak order makanan, nak shopping semua hanya dengan telefon bimbit. Tapi tahukah anda data daripada semua aktiviti yang dilakukan boleh membuatkan internal storage anda penuh?
Internal storage yang penuh boleh melambatkan sistem handphone Android anda dan menganggu segala perjalanan aplikasi di telefon anda.
Admin nasihatkan untuk anda clearkan internal storage telefon yang penuh tu. Macam mana?
Teknik ini pastinya dapat membantu menjimatkan lagi ruang dalam internal storage telefon anda.
Admin yakin mesti ramai diantara anda yang tak tahu dan tak pernah buat cara ini kan?
Ini masa untuk mengubahnya.
Macam mana nak bersihkan sampah/cache aplikasi ni? Susah ke?
Tak susah pun, anda hanya perlu pergi ke 'Applications and Permissions' seperti rajah di bawah:
Lepas tu, klik pada aplikasi yang anda nak bersihkan, contoh admin letak sini aplikasi Adobe.Pastu klik pula bahagian 'Internal Storage'
Selepas itu anda akan diberikan paparan seperti di bawah, klik sahaja pada bahagian 'Clear Cache'. Okay dah settle!
Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban RAM telefon anda dan membantu telefon berfungsi dengan lebih baik dan lancar.
Handphone yang dijangkiti virus akan mengalami masalah untuk berfungsi dengan baik. Anda perlu uninstall aplikasi yang membawa virus ke telefon anda.
Macam mana pula nak tahu yang aplikasi anda muat turun tu bawa virus?
Untuk makluman anda, aplikasi yang banyak iklan seperti 'pop-up adds' akan memberi risiko kepada telefon anda.
Tanpa anda sedari, anda terklik pada satu atau dua iklan yang berkemungkinan membawa virus seperti 'adware' yang boleh menganggu prestasi telefon anda.
Adalah dinasihatkan untuk anda uninstall aplikasi tersebut dan cuba cari aplikasi yang kelihatan lebih selamat. Baca review di ruangan komen dan buat sedikit research.
Kalau memang tak boleh juga, anda perlu 'format/reset' telefon yang dijangkiti virus tadi.
Pastikan anda 'back-up' kesemua maklumat penting terlebih dahulu sebelum anda nak format semula telefon.
Ya betul, telefon anda memang canggih tapi perlu diingat setiap ciptaan mesti anda limit kan?
Dalam kes ni, selesai sahaja anda menggunakan sesuatu apps adalah dinasihatkan untuk anda menutup running apps di background telefon juga.
Sekiranya terlalu banyak running apps di background telefon anda, ini akan membuatkan RAM telefon berkerja dengan lebih kuat dan menyebabkan prestasi telefon anda berkurangan. Sudahnya handphone jadi hang dan slow.
Setiap telefon ada cara tersendiri nak tutup running apps ni, ada yang perlu tekan butang home, ada yang perlu slide sahaja, tapi yang penting amalkan teknik ini untuk membantu telefon anda jadi laju.
Kalau boleh, buang widget yang tak penting di skrin telefon anda. Widget hiasan atau bergerak (animation) akan mengurangkan prestasi telefon anda.
Biarkan mana yang perlu sahaja, contohnya widget 'Clock'.
Nak buang widget atau shortcut ni senang je. Klik pada widget yang nak dibuang sehingga keluar simbol 'x' di tepi widget.
Klik pada simbol tersebut dan widget atau shortcut tadi akan hilang.
Apa gunanya kecanggihan teknologi kalau tak kita fahami dengan baik?
Apa gunanya informasi yang bermanfaat kalau kita tak kongsikan?
Sharekan tips nak lajukan handphone anda yang slow ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Tak perlu pergi kedai membazir duit sebab telefon hang.Cuba usaha sendiri dulu, mesti boleh settle.
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP tak kira di mana sahaja anda berada dan jangan lupa daftar vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment