5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

3 Cara Daftar Vaksin Covid-19 (MySejahtera/Online/Manual)

Cara Daftar Vaksin Covid-19.

Salah satu usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan negara terus teguh memerangi pandemik Covid-19 diyakinkan lagi dengan ketibaan Vaksin Covid-19 di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi 21 Februari 2021.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima suntikan vaksin sekaligus menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama untuk meyakini dan menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan.

Bagaimana caranya untuk anda mendaftar sebagai penerima vaksin?

Jangan risau, InfoEkstra dengan informasi tanpa sempadan menyediakan artikel Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera sebagai rujukan mudah dan lengkap anda.

Jom baca! 

Vaksin Covid-19 Pertama Di Malaysia

Untuk makluman anda, Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu. 

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020

Vaksin Covid-19
 

3 FASA PEMBERIAN VAKSIN DI MALAYSIA 

Seperti yang kita sedia maklum, Program Imunisasi Kebangsaan bermula pada 24 Februari 2021.   

Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan. 

3 fasa pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

FASA PERTAMA: FEBRUARI - APRIL 2021

Dijangka seramai 500,000 rakyat Malaysia akan menerima vaksin dalam fasa 1 ini iaitu:

  •  Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan juga swasta.
  • Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan.
  • Lebih kurang 50,000 guru akan dipertimbangkan menerima vaksin dalam fasa 1 ini

FASA KEDUA: APRIL - OGOS 2021

Anggaran seramai 9.4 juta rakyat Malaysia akan menerima vaksin dalam fasa 2 ini iaitu:

  • Baki kakitangan petugas kesihatan, perkhidmatan penting dan pertahanan.
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan yang berisiko tinggi menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi etc.

FASA KETIGA: MEI 2021 - FEBRUARI 2022

Baki kira-kira 13.7 juta atau lebih penerima vaksin fasa 3 adalah:

  • Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara) 

SIAPA YANG TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN? 

Berikut merupakan senarai kategori mereka yang tidak sesuai menerima vaksin Covid-19:

  1. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  2. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
  3. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
  5. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
  6. Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
Pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas untuk memastikan kondisi kesihatan anda sesuai atau tidak untuk menerima vaksin Covid-19.

3 Cara Daftar Vaksin Covid-19

3 cara mudah untuk anda mendaftar sebagai penerima vaksin adalah seperti berikut:

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 DI APLIKASI MySEJAHTERA 

Anda dinasihati untuk menaik taraf/update aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum ingin membuat pendaftaran. 

Selesai update aplikasi MySejahtera anda, buka aplikasi tersebut dan klik pada butang 'Close/Tutup' pada bahagian kanan atas skrin telefon anda. 

Anda akan lihat paparan seperti di bawah dan klik pada 'COVID-19 Vaccination/Vaksin COVID-19' 

Daftar Covid-19 MySejahtera

Kemudian anda akan diberikan paparan yang berikut, dan klik pada 'Vaccine for/Vaksin Untuk _____'

Daftar Covid-19 MySejahtera

Anda kemudiannya akan dipaparkan dengan maklumat peribadi anda seperi nama penuh (seperti di dalam IC), nombor telefon dan juga nombor IC. 

Sila kemaskini maklumat-maklumat ini dengan cara klik pada 'Edit'

Daftar Covid-19 MySejahtera

Anda dikehendaki menjawab beberapa soalan terlebih dahulu sebelum menghantar pendaftaran ini. Selepas itu paparan di bawah akan dikeluarkan menunjukkan anda sudah berjaya mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera.

Daftar Vaksin Berjaya 

 Selesai sudah. Mudah bukan? Apa tunggu lagi? Jom daftar Vaksin Covid-19 di MySejahtera!

BACA JUGA:

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 SECARA ONLINE

Selain mendaftar di aplikasi MySejahtera, anda juga boleh membuat pendaftaran secara online di laman web rasmi: www.vaksincovid.gov.my

Daftar Vaksin Covid-19 Online

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 SECARA MANUAL (KLINIK)

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet mahupun aplikasi MySejahtera, anda juga boleh membuat pendaftaran secara manual dengan cara menghadirkan diri ke mana-mana fasiliti klinik kerajaan dan swasta. 

Alternatif seperti pendaftaran di talian hotline juga akan disediakan nanti bagi memudahkan rakyat membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 tidak kira dimana sahaja anda berada.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Vaksin Covid-19 ini anda boleh terus layari laman web www.vaksincovid.gov.my

Marilah kita sama-sama menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini dengan mendaftarkan diri dan mengambil suntikan Vaksin Covid-19 sebagai salah satu usaha memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Semoga Malaysia sentiasa aman dan sejahtera.

TERIMA KASIH  

Comments