Bantuan Pendaftaran IPT Sabah.
Berita baik buat anak negeri Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi IPTA/IPTS anda kini berpeluang untuk membuat permohonan bantuan pendaftaran IPT (BUDI) bantuan one-off sebanyak RM2,000.
Apa syarat kelayakan bantuan IPT Sabah ini?
Bagaimana dengan proses permohonan bantuan IPT ini?
Jangan risau, InfoEkstra ada solusinya untuk anda!
Artikel kami hari ini Bantuan Pendaftaran IPT Sabah (BUDI) 2021 One-Off RM2,000 kami sediakan khas buat penuntut IPT kelahiran Sabah yang ingin membuat permohonan.
Semuanya ada disini.
Baca artikel kami sampai habis ye..
Apa Itu Bantuan IPT Sabah (BUDI)?
Matlamat utama bantuan IPT ini adalah untuk meringankan beban anak-anak kelahiran Sabah yang sedang dan juga ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Ini sudah semestinya dapat membuka peluang kepada anak-anak Sabah yang datang daripada golongan B40 untuk mencapai impian ke menara gading.
Bantuan IPT ini juga merupakan insiatif kerajaan negeri Sabah di bawah Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah untuk menggalakkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Bantuan Pendaftaran IPT Sabah (BUDI) 2021 One-Off RM2,000
Berikut kami kongsikan pada anda syarat kelayakan permohonan, cara permohonan bantuan ipt Sabah 2021 etc buat rujukan mereka yang berminat:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN IPT SABAH (BUDI) 2021
Anda perlu penuhi kesemua syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum ingin membuat permohonan:
- Pemohon mestilah warganegera Malaysia dan berasal dari Negeri Sabah berumur tidak melebihi 25 tahun.
- Bantuan ini terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke
Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan
kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung
Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Bantuan IPT Sabah ini adalah untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
- Ibu DAN bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
- Pemohon
yang telah mendapat tajaan Biasiswa atau Dermasiswa Kerajaan Negeri
atau mana-mana institusi lain adalah 'TIDAK LAYAK' mendapat bantuan ini.
BACA JUGA:CARA PERMOHONAN BANTUAN IPT SABAH (BUDI) 2021
Pemohon yang memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas boleh terus membuat permohonan secara manual dan online seperti cara di bawah:
PERMOHONAN SECARA MANUAL
Pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual boleh rujuk langkah-langkah di bawah:
- Pemohon perlu MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN IPT SABAH 2021 terlebih dahulu.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
- Sediakan dokumen-dokumen sokongan permohonan (seperti senarai di bawah)
- Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu.
PERMOHONAN SECARA ONLINE
Nak buat permohonan secara online bantuan IPT Sabah boleh rujuk langkah yang kami sediakan:
- Pemohon perlu layari laman web: BANTUAN IPT SABAH (BUDI)
- Klik pada 'Permohonan'
- Kemudian, klik pada 'Daftar'
- Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik lagi pada 'Daftar'
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan (seperti di bawah) untuk penghantaran.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyertakan kesemua dokumen sokongan di bawah bersama borang permohonan.
- Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan
Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan
pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh
Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
- Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.
Maklumat Lanjut Bantuan Pendaftaran IPT Sabah
Sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai bantuan ipt ini anda boleh terus hubungi pihak urusetia yang terlibat iaitu:
- Puan Rosni Leong: 08-8369 865
- Puan Mary: 08-8369 890/872
Apa gunanya kecanggihan teknologi sekiranya anda tidak menyebarkan artikel ini kepada mereka yang layak dan berminat?
Kongsikan manfaat artikel kami ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment