5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021

Cara Daftar Akaun BSN.

Semakin canggih teknologi, semakin banyak peluang dan ruang untuk kita menjadi pengguna yang bijak kerana boleh dikatakan hampir semua servis yang wujud kini melibatkan perkhidmatan atas talian atau online.

Tahukah anda bahawa anda juga boleh daftar akaun BSN secara online?

Banyak manfaat dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem myBSN dimana anda tidak perlu membazir masa dan tenaga nak semak baki akaun BSN di kaunter BSN sebaliknya semua itu anda boleh lakukan kurang daripada 5 minit!

Bagaimana?

Entri InfoEkstra hari ini Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021 adalah khas buat pengguna akaun BSN yang ingin membuat pendaftaran first time user di myBSN. 

Semuanya ada disini!

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Perkhidmatan Semak Baki Akaun BSN di myBSN Mudah & Selamat

Cara Daftar Akaun BSN Online

Untuk makluman anda, berikut merupakan senarai perkhidmatan yang ditawarkan di myBSN:

  • Pertanyaan dan semakan baki akaun BSN
  • Muat turun penyata akaun BSN online
  • Pembayaran kad kredit
  • Pembayaran bil utiliti
  • Cara Pembelian Pin UPU di myBSN
  • Prepaid Reload

dan banyak lagi! Menarik bukan? 

Apa yang diperlukan untuk anda daftar akaun BSN online?

Jom teruskan membaca!

Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021

NOTA:
  
Sebelum membuat pendaftaran akaun BSN online, pastikan anda memiliki kad ATM BSN terlebih dahulu dan ingat nombor telefon yang didaftarkan sewaktu anda membuat akaun BSN.

CARA DAFTAR AKAUN BSN ONLINE UNTUK PENGGUNA BARU

LANGKAH 1: LAYARI LAMAN WEB RASMI BSN.

  • Pengguna perlu layari laman web rasmi myBSN terlebih dahulu: PORTAL myBSN
  • Klik pada 'Register' untuk pengguna baharu. 
  • Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021
  • Klik pada 'Accept' untuk Terms and Conditions kemudian klik 'Next' 
  • Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021

LANGKAH 2: ISI BUTIRAN KAD BANK BSN

  • Anda kemudian perlu mengisi butiran kad bank BSN anda pada ruang yang disediakan. Pastikan anda mengisi butiran tersebut dengan tepat dan lengkap.
  • Pada bahagian 'STEP 1' di DEBIT/CREDIT CARD NUMBER isikan 16 digit kad bank BSN anda.
  • Di bahagian CVV2 isikan 3 nombor yang berada di belakang kad bank BSN anda.
  • Isikan pada bahagian expiry date, isikan bulan dan tahun kad anda tamat tempoh. Dapatkan tarikh tamat tempoh ini pada bahagian hadapan kad anda.
  • Pada bahagian 'STEP 2' isikan nombor kad pengenalan anda pastikan semua maklumat anda tepat kemudian klik pada 'Next'
  • Cara Daftar Akaun BSN Online (myBSN) 2021

LANGKAH 3: BUAT ID PENGGUNA/ USERNAME DAN PASSWORD myBSN 

  • Anda dikehendaki membuat id pengguna atau username mengikut syarat yang ditetapkan kemudian cipta password/kata laluan untuk akaun myBSN anda.
  • Klik pada 'Request OTP' untuk tujuan keselamatan nombor OTP ini akan dihantarkan ke nombor telefon yang anda gunakan waktu pendaftaran akaun BSN dahulu.
  • Isikan 6 digit yang diterima untuk meneruskan pendaftaran.

LANGKAH 4: PENGESAHAN PENDAFTARAN AKAUN myBSN

  • Pilih satu 'online image' yang mudah anda ingati bagi tujuan pengesahan.
NOTA:
 
Jika berlaku “Unable to process your request” hubungi Customer Service Centre di talian1 300 88 1900.

LANGKAH 5: LOGIN KE AKAUN myBSN

  • Selesai semua proses di atas anda boleh terus login ke akaun myBSN anda menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi.
 SIAP! Mudah bukan?

Dah ada akaun myBSN dah boleh buat semakan penyata dan baki secara online.
 
Tapi tahukah anda yang anda juga boleh buat semakan akaun BSN secara SMS?
 
Nak tahu macam mana? Baca artikel kami sampai habis!

Cara Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS 

Macam mana nak semak melalui SMS?

Senang je, ikut langkah demi langkah yang kami sediakan di bawah:

CARA DAFTAR SMS BANKING BSN 

LANGKAH 1: PENDAFTARAN NOMBOR TELEFON BIMBIT ANDA

Anda perlu hadir di cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat pendaftaran nombor telefon bimbit anda terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan SMS Banking BSN.

LANGKAH 2: PENDAFTARAN SMS BANKING SMS DI MESIN ATM

Adalah ingin diingatkan anda boleh membuat pendaftaran di mesin ATM BSN sekali sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Pergi ke mesin ATM BSN cawangan BSN yang berdekatan 
  • Pilih menu 'Urusan Lain'
  • Tekan pada bahagian 'perbankan SMS dan pendaftaran'
  • Masukan 4 digit no UAC yang akan diterima.
  • Kemudian masukan 4 digit M-PIN + 2 digit UAC (Rujuk contoh di bawah)

LANGKAH 3: CARA AKTIFKAN PERBANKAN SMS BSN

 Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC XX dan hantar ke 36898.
 
Contoh: ACT 111222 123499 hantar ke 36898 

LANGKAH 4: CARA SEMAK BAKI AKAUN BSN MELALUI SMS 

  •  Selesai buat pengaktifan, anda kini boleh membuat semakan akaun BSN melalui SMS dengan cara berikut:
 Taip BAL<jarak>M-PIN hantar ke 36898

Kesimpulan Cara Daftar Akaun BSN Online

Apa gunanya info yang bermanfaat jika tidak dikongsikan?
 
Apa gunanya teknologi yang canggih jika tak digunakan?
 
InfoEkstra berharap artikel ini dapat membantu memudahkan urusan anda dengan perbankan BSN secara online ini.
 
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
 
Selamat maju jaya kami ucapkan dan pastikan anda sentiasa menjaga SOP walau dimana jua anda berada.
 
TERIMA KASIH

 

Comments