5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Permohonan IPG 2021 PISMP Bagi Lepasan SPM Online

Permohonan IPG 2021 PISMP.

Artikel hari ini khas buat pelajar lepasan SPM yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru, impian anda bakal tercapai untuk melanjutkan pengajian ke bidang perguruan dengan membuat permohonan IPG 2021 online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) fasa kedua.

InfoEkstra hari ini menyediakan artikel Permohonan IPG 2021 PISMP Bagi Lepasan SPM Online sebagai rujukan buat adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan.

Semua info yang anda perlukan kami sediakan di sini.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Untuk makluman anda, program ini diwujudkan bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebelum mengikuti PISMP, pemohon perlu mengikuti 'Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)' selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Kedua-dua program iaitu PPISMP dan PISMP adalah dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Permohonan IPG 2021 PISMP Bagi Lepasan SPM Online

Berikut kami sediakan tatacara langkah demi langkah untuk membuat permohonan IPG online berserta syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon:

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Permohonan IPG 2021 PISMP

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IPG 2021

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat asas dan khusus yang berikut sebelum membuat permohonan:

SYARAT ASAS KELAYAKAN

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Pemohon mestilah memiliki fizikal sihat tubuh badan.
  • Pemohon merupaka seorang yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Pemohon mestilah memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
  • Pemohon perlu menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan (rujukan seperti di link yang kami sediakan di bawah)

SYARAT BIDANG PENGKHUSUSAN IPG 2021

Rujuk LAMPIRAN SYARAT-SYARAT BIDANG PENGKHUSUSAN untuk anda teliti kan syarat ini sebelum membuat permohonan. 
 
BACA JUGA:

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN IPG 2021 PISMP ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas berikut kami sediakan langkah demi langkah cara permohonan IPG online:

LANGKAH 1: LAYARI LAMAN WEB RASMI PISMP

  • Permohonan PISMP ini hanya boleh dibuat secara online di LAMAN WEB RASMI PISMP bermula 15 Mac 2021. 
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

LANGKAH 2: RUJUK PANDUAN PERMOHONAN IPG 2021

Sebelum membuat permohonan, anda diminta untuk rujuk panduan berikut:
  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG),
  • Panduan Penyediaan Video Pengajaran,
  • syarat bidang
  • kalendar aktiviti (Lampiran B)

LANGKAH 3: MENDUDUKI PERSEDIAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran.
  • Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.

LANGKAH 4: PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEMOHON

  • Adalah ingin diingatkan disini bahawa pemohon dibenarkan untuk mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

LANGKAH 5: HANTAR PERMOHONAN YANG TELAH DISAHKAN

  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat Lanjut Permohonan IPG 2021 PISMP

Sebarang maklumat lanjut mengenai IPG 2021 anda boleh terus hubungi pihak yang terlibat di nombor: 03-8312 6768/6693/6731/6769

Alamat surat-menyurat:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Jangan ketinggalan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Kongsikan artikel ini kepada adik-adik, rakan-rakan, ahli keluarga yang layak dan berminat dengan permohonan IPG tahun 2021.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan jangan lupa jaga SOP tidak kira dimana juga anda berada.

TERIMA KASIH

Comments