5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Semakan Wang Tidak Dituntut Online (eGUMIS) 2021

Semakan Wang Tidak Dituntut Online.

Sekiranya dulu anda perlu pergi sendiri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk buat semakan secara manual, sekarang anda hanya memerlukan telefon pintar atau komputer dan sambungan internet untuk membuat semakan WTD secara atas talian/online.

Semudah itu? Biar betul? 

Tak percaya?

InfoEkstra dengan entri hari ini: Semakan Wang Tidak Dituntut Online (eGUMIS) 2021 bertujuan untuk membantu mereka yang berminat untuk membuat semakan wang tidak dituntut ini dengan mudah dan jimat.

Apa tunggu lagi?

Jom baca artikel ini!

Apa Itu Wang Tidak Dituntut?

Selalu dengar istilah wang tidak dituntut? Tahukah anda apa itu wang yang tidak dituntut?

Untuk makluman anda, wang tidak dituntut ini terbahagi kepada 3 kategori:

KATEGORI 1: 

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh-contoh wang tidak dituntut bagi kategori ini adalah seperti berikut:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

KATEGORI 2:

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Akaun-akaun yang terlibat adalah seperti berikut:

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

KATEGORI 3:

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. 

Contohnya:

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Okay dah faham semua kategori wang tidak dituntut di atas rasa macam diri sendiri ada rekod wang tidak dituntut?

Nakkan kepastian?

Jom semak wang tidak dituntut anda secara online!

Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Semakan Wang Tidak Dituntut Online (eGUMIS) 2021

CARA SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT eGUMIS

Sebelum membuat semakan wtd secara online anda perlu membuat pendaftaran untuk pengguna kali pertama atau log masuk ke portal eGUMIS seperti contoh dibawah:

  1.  Anda perlu layari: LAMAN WEB RASMI eGUMIS JANM 
  2. Klik pada 'Pendaftaran' untuk pengguna kali pertama.
  3. Semakan Wang Tidak Dituntut Online (eGUMIS) 2021
  4. Isikan bahagian 'Daftar Pengguna' dengan lengkap dan betul.
  5. Semakan Wang Tidak Dituntut Online (eGUMIS) 2021
  6. Cipta 'Nama Penggguna' dan 'Kata Laluan' baharu.
  7. Klik pada 'Saya Bukan Robot' kemudian klik 'Daftar'
  8. Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang anda daftarkan tadi.
  9. Anda akan dipaparkan skrin dimana anda perlu kemaskini semua maklumat yang diminta sebelum anda boleh menggunakan portal eGUMIS sepenuhnya.
  10. Klik pada 'Kemaskini Maklumat'.
  11. Kemudian, klik pada 'KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT'
  12. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik 'Cari'
  13. Sekiranya anda mempunyai rekod wang tidak dituntut, senarai rekod akan dipaparkan dibahagian bawah.

Selesai! Mudah dan cepat. Tak perlu pergi JANM untuk buat semakan.

BACA JUGA:

CARA PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT

Nak buat permohonan wang tidak dituntut? Mudah sahaja.

Dokumen yang anda perlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

 Anda boleh muat turun borang permohonan WTD ini di laman web JANM.

  • BORANG PERMOHONAN BAYARAN BALIK WTD (UMA-7)
  • SALINAN KAD PENGENALAN (BAHAGIAN HADAPAN & BELAKANG), PASPORT BAGI PEMOHON BUKAN WARGANEGARA
  • DOKUMEN ASAL BUKU BANK/SIJIL SIMPANAN TETAP
  • SALINAN MUKA HADAPAN AKAUN/PENYATA BANK YANG AKTIF DAN SAHKAN OLEH PIHAK BANK

CARA PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT OLEH WARIS (PENUNTUT ASAL TELAH MENINGGAL DUNIA)

Senarai dokumen yang diperlukan oleh waris yang ingin membuat tuntutan:

  1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Waris/Pentadbir
  2. Salinan dokumen pengenalan diri Waris/Pentadbir
  3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut (simati)yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya(simati) daripada portal eGUMIS
  4. Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan tetap) atau
  5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan..
  6. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh waris/pentadbir, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun). Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
  7. Salinan Sijil Kematian 
  8. Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi / Pihak Berkuasa/Pejabat Daerah di Sabah atau Sarawak/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad yang mengandungi maklumat WTD dalam senarai harta

NOTA: 

Pengecualian Surat Pengesahan

Bagi tuntutan WTD bagi amaun sehingga RM2,000, yang tiada surat kuasa mentadbir,  sekiranya maklumat nama dan pengenalan empunya pada sijil kematian adalah sama dengan rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan surat pengesahan, mencukupi dengan cetakan maklumat wtd melalui portal eGUMIS sebagai dokumen sokongan dengan tambahan dokumen seperti berikut:

  • Salinan dokumen yang menunjukkan pertalian/ hubungan seperti Sijil Kelahiran atau Sijil Nikah/Kahwin 
  • Salinan Sijil Kematian. 
  • Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil  RM10.00 di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah bagi setiap butiran WTD

DIMANA PERLU ANDA MENGHANTAR PERMOHONAN WANG TIDAK DITUNTUT?

Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan: SENARAI CAWANGAN JANM DI MALAYSIA 

  • Alamat Surat-menyurat Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut  

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2, 

Kompleks Kementerian Kewangan, 

No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 

62594, Putrajaya   

  • Alamat Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):

 Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Aras 1, Bahagian Akaun Kementerian Kewangan,
Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia No.1,
Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya   

  •     Waktu urusan Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat)
 Isnin - Khamis : 9.00 pg - 4.00 ptg
 Jumaat: 9.00 pg - 4.00 ptg (Tutup 12.15 t/hari sehingga 2.45 ptg)

Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Maklumat Lanjut Semakan Wang Tidak Dituntut

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus layari portal rasmi eGUMIS: Soalan Lazim.

Apa gunanya informasi yang bermanfaat jika tidak dikongsikan?

Semoga entri kami kali ini memberikan manfaat dan membantu anda untuk membuat semakan dan permohonan wang tidak dituntut dengan lebih mudah dan cepat.

Selamat maju jaya kami ucapkan dan pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan KKM untuk kita sama-sama melandaikan graf kes Covid-19 di Malaysia.

TERIMA KASIH 

Comments