Semakan Baki Pinjaman PTPTN.
Nak buat semakan baki pinjaman PTPTN? Mudah sahaja. Anda juga boleh membuat semakan penangguhan PTPTN dan semakan pengecualian PTPTN secara online.
Tempoh pelaksanaan PKP semenjak penularan Covid-19 menjejaskan ekonomi negara sekaligus mempengaruhi sektor pekerjaan dan menyebabkan ramai peminjam PTPTN kehilangan kerja.
Justeru itu, inisiatif kerajaan membantu dengan cara memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Mereka yang ingin membuat semakan baki pinjaman boleh terus bersama InfoEkstra dengan entri kami hari ini Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online (Penangguhan/Pengecualian PTPTN) 2021 untuk mendapatkan penuh.
Jom baca!
Semakan Baki Pinjaman PTPTN: Penangguhan/Pengecualian PTPTN Online
Semakan pinjaman baki PTPTN ini boleh dibuat secara online di Portal Rasmi PTPTN.
Ikuti langkah-langkah berikut:
CARA SEMAK BAKI PINJAMAN PTPTN
- Layari: PORTAL RASMI PTPTN
- Kemudian, klik pada 'Semakan Penyata Pinjaman'
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Klik 'Semak'
- Anda akan diberikan paparan berikut:
- Anda perlu klik 'Permohonan Kali Pertama' sekiranya anda ingin membuat permohonan pinjaman untuk kali pertama.
- Bagi mereka yang sudah sedia ada membuat pinjaman boleh terus log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Sekiranya anda terlupa kata laluan, klik 'Terlupa Kata Laluan' kemudian kemaskini kata laluan baru setelah anda log masuk.
- Klik pada 'Penyata Baki' dan akan dapat lihat baki terkini pinjaman PTPTN anda.
Dah siap! Mudah bukan?
Semakan Permohonan Penangguhan PTPTN
Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat membayar semula pinjaman PTPTN, anda boleh membuat penangguhan bayaran balik PTPTN dengan 2 cara iaitu:
- Membuat permohonan penangguhan bayaran balik PTPTN
- Membuat permohonan Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan
SYARAT PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
- Pembiayaan Ujrah
- Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa
- Penerima biaya yang mengikuti pengajiansecara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan penerima biaya menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian
- Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan
- Penerima biaya yang berstatus gagal/ berhenti/batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi penerima biaya yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
- Penerima biaya yang telah dikenakan tindakanpenguatkuasaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar kos guaman.
- Penerima biaya yang mempunyai pertindihan penajaan, penangguhan boleh dipertimbangkan setelah membayar amaun bertindih.
- Penerima biaya yang melanjutkan pengajian ke luar negarasecara sepenuh masa
- Penerima biaya yang mengikuti kursus PhD atau setarafsecara sepenuh masa
- Pinjaman Konvensional yang telah membuat pertukaran kepada pembiayaan Ujrah boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran balik.
BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
- Muat turun: BORANG PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
- Rujuk: SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN untuk melengkapkan permohonan anda.
NOTA:
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
- Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
Baca juga:
Semakan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat semakan pengecualian PTPTN:
- Anda perlu layari: SEMAKAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN
- Log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan dan juga nombor peminjam PTPTN anda. Tak tahu nombor peminjam? Hubung Talian Careline PTPTN (03-2193 3000) dan berhubung dengan pegawai berkenaan untuk mendapatkan nombor peminjam anda.
- Anda akan dipaparkan dengan paparan status kelulusan permohonan pengecualian PTPTN.
- Klik 'Cetak Surat' untuk mencetak surat kelulusan anda.
Kesimpulan Semakan Baki Pinjaman PTPTN
Semoga perkongsian kami ini dapat membantu anda menguruskan pinjaman PTPTN anda dengan lebih berhemah.
Rancang perbelanjaan kewangan anda dengan baik dan teratur.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment