5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Permohonan Skim Perantisan Nasional KBS 2021 Elaun RM1,200 Sebulan

Permohonan Skim Perantisan Nasional.

Penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu menyaksikan kemerosotan ekonomi negara yang memberi kesan kepada rakyat dimana peratusan pengangguran di Malaysia semakin meningkat.

Tidak kurang dari itu, graduan-graduan universiti juga mengalami situasi yang sama dimana mereka kekurangan peluang untuk melangkahkan diri ke alam pekerjaan.

Program Skim Perantion Nasional (SPN) kini sekali lagi membuka peluang kepada belia-belia yang sedang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan berserta latihan secara percuma dengan elaun sehingga RM1,200 sebulan.

Anda berminat?

Jom sama-sama kita fahami artikel kami hari ini Permohonan Skim Perantisan Nasional KBS 2021 Elaun RM1,200 Sebulan sebagai rujukan untuk mereka yang ingin memohon.

Apa Itu Skim Perantisan Nasional (SPN)? 

Untuk makluman anda, Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu kerjasama antara Kementerian Belia & Sukan dan  Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.   

Ianya bertujuan untuk memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia dalam menghadapi penularan Covid-19.

Untuk makluman juga, SPN dilaksanakan berdasarkan konsep jaminan pekerjaan atau place-and-train. Setiap perantis yang layak secara prinsipnya telah mendapat jaminan pekerjaan dengan syarikat/organisasi yang akan ditempatkan kelak. 

5 MANFAAT MENYERTAI SKIM PERANTISAN NASIONAL

Antara manfaat yang dapat anda perolehi apabila menyertai skim ini adalah seperti berikut: 

  • Perantis berpeluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar.
  • Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
  • Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapat pekerjaan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
  • Program SPN bertindak sebagai penampan dalam usaha merancakkan semula ekonomi pasca Covid-19.

Permohonan Skim Perantisan Nasional

Permohonan Skim Perantisan Nasional KBS 2021 Elaun RM1,200 Sebulan

Mereka yang berminat boleh merujuk syarat-syarat permohonan di bawah sebelum memohon:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 30 tahun sahaja.
  • Pemohon merupakan lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Pemohon boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  • Pemohon tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Pemohon tidak diisytiharkan bankrap.
  • Pemohon perlu sanggup untuk mengikuti program secara sepenuh masa.

CARA PERMOHONAN SKIM PERANTISAN NASIONAL KBS

Mereka yang berkelayakan boleh mula memohon dengan mengikuti panduan di bawah: 
  1. Pemohon perlu mengisi: BORANG PERMOHONAN SKIM PERANTISAN NASIONAL
  2. Baca dan fahamkan kriteria-kriteria yang diberikan dengan teliti kemudian klik 'Permohonan'
  3. Isi bahagian 'Maklumat Peribadi Pemohon' dengan lengkap. Muat naik 'gambar berukuran passport' dan isi bahagian wajib sebelum klik 'Seterusnya'
  4. Muat naik dokumen sokongan permohonan anda iaitu:
  • Gambar berukuran passport (jpeg, jpg dan png)
  • Resume yang terkini (doc dan pdf)
Selesai semuanya, baru klik 'Hantar Permohonan'

Siap!

Antara kelebihan yang akan anda perolehi menjadi perantis skim ini adalah:
  • Peluang untuk diserap terus dalam pekerjaan
  • Memperoleh gaji sebanyak RM 1,200 ke atas

Maklumat Lanjut Permohonan Skim Perantisan Nasional 

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini anda boleh terus hubungi Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN) di saluran berikut:

  • Alamat surat menyurat: 
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 11, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62570 Putrajaya
  • Tel : 03-8871 3265  
  • Emel : spn@kbs.gov.my | suraya@kbs.gov.my
Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain untuk kita kongsi bersama manfaatnya.

Selamat maju jaya kami ucapkan pada mereka yang memohon.

TERIMA KASIH

Comments