Semakan Penyata Pencen ATM Online & Jadual Pembayaran Pencen 2021

Semakan Penyata Pencen ATM Online.

Sistem JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) dibangunkan bagi menggantikan sistem semakan penyata ATM yang lama.

Semakan penyata pencen JHEV ternyata lebih mudah dan cepat apabila pesara atau veteran ATM hanya perlu semak penyata pencen mereka secara online pada bila-bila masa, tidak kira dimana sahaja anda berada.

Anda hanya perlukan sambungan internet dan telefon pintar/komputer. 

Menarik bukan?

InfoEkstra prihatin dan kami sediakan artikel kami hari Semakan Penyata Pencen ATM Online & Jadual Pembayaran Pencen 2021 untuk memudahkan urusan semakan anda kerana semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu JHEV? (Semakan ATM JHEV)

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000. Ia telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sistem JHEV secara amnya ditubuhkan bagi membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

7 Fungsi khas sistem JHEV ini adalah seperti berikut:

  1. Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM
  2. Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV
  3. Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT.
  4. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  5. Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  6. Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan.
  7. Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM.

OBJEKTIF PENUBUHAN JHEV

  • Meningkatkan keupayaan Veteran ATM ke Tahap yang lebih kompetitif agar kualiti hidup mereka bertambah baik. 
  • Membantu agar proses peralihan Veteran ATM dari perkhidmatan tentera yang aktif kepada kehidupan awam berjalan dengan lancar.
  • Menghargai Veteran ATM dengan penghormatan dan program yang sewajarnya sebagai manifestasi pengorbanan mereka terhadap negara.
  • Menjadi pusat sumber berkaitan Veteran ATM.
  • Melaksana program promosi yang lebih meluas bagi meningkatkan lagi imej Jabatan.

Semakan Penyata Pencen ATM Online

Semakan Penyata Pencen ATM Online & Jadual Pembayaran Pencen 2021

Berikut kami kongsikan cara daftar pengguna baru JHEV, cara semak penyata JHEV dan banyak lagi untuk rujukan anda:

DEFINISI VETERAN ATM

Ada yang masih keliru tentang definisi 'Veteran' dan kategori angkatan tentera yang terlibat dalam sistem ini.

Untuk makluman anda, "Veteran" ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang:

  1. Angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;
  2. Angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  3. Force 136;
  4. Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
  5. Sarawak Rangers

CARA DAFTAR DAN LOGIN JHEV

Pesara tentera yang ingin menggunakan sistem ini tetapi belum pernah mendaftar, perlu daftarkan akaun baharu mereka terlebih dahulu.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

LANGKAH 1: LAYARI PORTAL RASMI JHEV

 LANGKAH 2: ISI MAKLUMAT PENDAFTARAN

  • Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul, klik 'Hantar'
  • Selepas itu, klik pada 'OK' dan sekiranya pendaftaran anda telah berjaya, anda akan diberikan notifikasi makluman.

LANGKAH 3: LOGIN SISTEM JHEV

  • Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem. Kemudian, klik 'Kembali'

CARA SEMAK PENYATA PENCEN ATM ONLINE

Dah selesai mendaftar, semak penyata pencen anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

LANGKAH 1: LAYARI PORTAL RASMI JHEV

  1. Pengguna perlu layari: SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  2. Isikan nombor tentera dan kata laluan yang didaftarkan tadi dan anda akan dibawa ke halaman utama.

LANGKAH 2: ISI MAKLUMAT SEMAKAN PENYATA

  1. Pilih menu 'Semakan Penyata' kemudian pilih 'Tahun Penyata' yang ingin disemak.
  2. Masukkan kod pengesahan kemudian klik 'Cetak Penyata Pencen'

LANGKAH 3: STATUS SEMAKAN DIPAPARKAN & RUJUK MANUAL SEMAKAN

  1. Anda akan dipaparkan dengan penyata pencen yang diminta.
  2. Rujuk MANUAL SEMAKAN PENYATA untuk panduan lebih lanjut.

Jadual Pembayaran Pencen Pesara Tentera/Veteran ATM 2021

Berikut adalah jadual pembayaran pencen sepanjang tahun 2021 buat rujukan anda:

Jadual Pembayaran Pencen Pesara Tentera/Veteran ATM 2021

Maklumat Lanjut Semakan JHEV Pesara ATM 2021

Sebarang pertanyaan atau kekeliruan anda boleh rujuk pada pihak JHEV di saluran yang berikut:

Sebarkan manfaat artikel ini dengan cara anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
 
Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH

Comments