5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Tukar Password CIMB Click Guna Handphone/Online

Macam mana cara tukar password CIMB Click kalau anda 'forgot password'?

Boleh ke buat password baru CIMB Click guna handphone atau telefon pintar je?

Dengan teknologi serba canggih sekarang ni, semua urusan boleh settle dengan hujung jari anda sahaja.

Ada 2 cara paling mudah untuk mereka yang terlupa kata laluan CIMB Click untuk mencipta kata laluan yang baru dan meneruskan urusan perbankan anda seperti biasa.

Kami juga turut kongsikan panduan untuk mencipta password kata laluan CIMB Click yang kukuh untuk memastikan keselamatan akaun bank anda terjamin.

Semuanya dalam artikel InfoEkstra hari ini.

Nak tahu?

Jom teruskan bersama kami!

Tukar Password CIMB Click Guna Handphone & Melalui Website

Cara Tukar Password CIMB Click Guna Handphone/Online

NOTA:

Sebelum mencipta kata laluan baharu, anda perlu pastikan password baru itu:

  • TIDAK sama dengan 3 kata laluan terakhir anda
  • TIDAK sama dengan ID Pengguna Clicks atau SecureWord anda

Terdapat 2 kaedah mudah yang akan kami kongsikan buat rujukan mereka yang lupa password CIMB Click ni.

Tak susah pun, tak sampai 5 minit anda dapat password baru dan boleh online shopping, transfer duit dan sebagainya.

Cara Tukar Password CIMB Click Guna Handphone

Anda dah ada aplikasi CIMB Click di telefon anda? Okay, jom mula.

  1. Buka aplikasi CIMB Click. 
  2. Di halaman log masuk, anda perlu klik pada 'Forgot Password' 
  3. Kemudian, pilih jenis produk yang anda gunakan semasa mendaftar kali pertama dengan CIMB Clicks. Contohnya: CIMB ATM/ DEBIT CARD/ CREDIT CARD. Bahagian ini anda perlu ingat betul-betul produk yang pilih ye.
  4. Dah selesai pilih produk, masukkan pula maklumat produk yang anda pilih. Produk yang dipilih di atas adalah CIMB ATM/ DEBIT CARD/ CREDIT CARD untuk produk ini masukkan 16 digit nombor kad CIMB anda dan juga nombor pin bank.
  5. Selepas itu, masukkan ID Pengguna kemudian cipta password yang baru. Sahkan kata laluan baru anda.
  6. Untuk meneruskan proses tukar password, 'request TAC' dan isi nombor TAC anda (jangan pernah berikan maklumat nombor TAC anda pada orang lain) 
Selesai!

Anda dah boleh login seperti biasa.

Kalau nak tukar password dekat laman web rasmi CIMB boleh ke?

Boleh je, jom rujuk cara-cara di bawah:

Cara Tukar Password CIMB Click Online/Website CIMB

  1. Layari laman web rasmi: CIMB CLICK MALAYSIA
  2. Klik pada 'Login to Clicks' pada sebelah kanan atas skrin anda. 
  3. Klik pula pada 'Forgot User ID or Password'
  4. Pilih produk yang anda pilih semasa mendaftar kali pertama dengan CIMB Clicks.
  5. Kemudian isi butiran '16 Digit Nombor Kad Bank' dan juga 'Nombor Pin ATM'
  6. Cipta kata laluan kemudian sahkan kata laluan baru anda.
  7. 'Request for Tag'  kemudian isi nombor TAC yang diberikan.
  8. Login ke CIMB Clicks anda dengan password yang baru.

CARA CIPTA PASSWORD CIMB CLICKS YANG KUKUH

Macam mana nak cipta password CIMB yang kukuh untuk memastikan keselamatan akaun anda daripada di cerobohi virus scammer dan sebagainya?

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Password yang kukuh mempunyai panjang dari 8 - 20 aksara. 
  • Pastikan anda menggunakan simbol seperti: @/*/# dan lain-lain
  • Sekurang-kurangnya satu huruf besar dalam password anda.
  • Buat gabungan antara nombor dan huruf.

CONTOH PASSWORD YANG KUKUH:

  • @Bcde1234!
  • #ABCdef4321#

Gunakan frasa yang merangkumi nombor, simbol dan lain-lain untuk membuat kata laluan yang kukuh & mudah diingat. 

Kesimpulan

Apa gunanya ilmu yang bermanfaat jika tidak dikongsikan?

Apa gunanya teknologi yang canggih jika tidak diaplikasikan?

Tiada masalah lagi sekiranya anda tak ingat kata laluan CIMB Click, rujuk panduan di atas dan masalah anda pun selesai. Boleh sambung shopping online di Shopee! 

Comments