Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan

Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan.

PERHATIAN KEPADA INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERKHIDMATAN AWAM SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan

Sukacita ingin kami maklumkan disini bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuka permohonan untuk jawatan kosong Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sehingga 7 Jun 2021.

Mereka yang berminat boleh terus membuat permohonan menerusi PORTAL SPA9. Bagi yang belum mendaftar, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Bagaimana?

Apa pula syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang kadet PTD?

Teruskan bersama InfoEkstra untuk Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan.

Kami sediakan semua informasi yang anda cari.

Jom baca!

Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), ciri-ciri keperibadian yang anda perlu ada adalah seperti berikut:

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dan bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PTD SESI 2022  

Individu yang berminat perlu memenuhi dua syarat kelayakan iaitu SYARAT LANTIKAN dan juga SYARAT KELULUSAN BAHASA sebelum ingin membuat permohonan:

SYARAT LANTIKAN PTD

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    – ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,422.00); atau
    – ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM2,733.14); atau
    – ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41: RM3,044.48);
    dan
  3. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  4. Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ditetapkan.
  5. Lulus Profession Assessment Centre (PAC) yang ditetapkan.
  6. Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara dan diperakukan oleh JPA bagi tujuan dilantik sebagai PTD Gred M41.

SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu:

  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTD SESI 2022

Individu yang memenuhi kesemua syarat kelayakan di atas boleh mula memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  1. Pemohon perlu layari laman web berikut: PORTAL RASMI SPA9 Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022 & Syarat Kelayakan
  2. Bagi mereka yang belum mendaftar, anda perlu klik pada 'Pendaftaran Pengguna' 
  3. Isi kesemua butiran peribadi anda dengan betul dan cipta kata laluan untuk log masuk. Kemudian klik 'Daftar'
  4. Selepas pendaftaran anda berjaya, log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran tadi.
  5. Isi pada setiap bahagian maklumat peribadi, taraf pendidikan dan permohonan dengan lengkap dan pilih 'Jawatan Dipohon' bersesuaian dengan kelulusan anda.
  6. Selesai semuanya, klik 'Pengakuan Pemohon' dan klik 'Setuju'
  7. Klik pada 'Hantar' untuk menghantar permohonan anda.

Siap!

NOTA:

Untuk makluman individu yang berjaya dan layak menyertai Kadet PTD ini akan mengikuti Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam bagi sesi 2022.

Jumlah kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan PTD 2022 adalah sebanyak 400 kekosongan manakala 50 lagi adalah simpanan.

BACA JUGA:

BIDANG TUGASAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK   

Bidang-bidang tugasan seorang pegawai PTD secara amny  adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai:

  • Pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi
  • Sumber kewangan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah
  • Perancangan dan pentadbiran sosial
  • Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara
  • Pengurusan teknologi maklumat

JADUAL PERINGKAT GAJI PTD YANG DITAWARKAN 

Gaji Minimum:RM2,422.00
Gaji Maksimum :RM9,631.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan:RM225.00

Maklumat Lanjut Permohonan Jawatan Kosong PTD Sesi 2022

Apa-apa pertanyaan lanjut mengenai Jawatan Kosong PTD ini anda boleh berhubung dengan pihak:

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang ingin memohon. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda.
 
TERIMA KASIH

Comments