Cara Tambah Caruman KWSP Sendiri Online Melalui i-Akaun

Cara Tambah Caruman KWSP Sendiri.

Macam mana nak tambah simpanan KWSP anda? Maklumlah, semenjak pandemic Covid-19 melanda negara 2 tahun  lalu, ekonomi negara dan rakyat terjejas teruk. Kerajaan pada ketika itu membuat keputusan untuk membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka bagi membantu untuk meneruskan kelansungan hidup.

Dalam perkembangan terkini menyatakan tahap simpanan ahli KWSP semakin merosot dan golongan Bumiputera adalah golongan yang paling terkesan.

Jadi admin hari ini ingin membawakan anda satu informasi baru dimana anda boleh menambah sendiri jumlah caruman KWSP anda!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah caruman ke akaun KWSP pasangan, anak-anak dan juga ibu bapa. Menarik bukan?

Nak tahu macam mana nak buat caruman simpanan tambahan?

Jom teruskan membaca InfoEkstra.

cara-tambah-caruman-kwsp-sendiri-online

Apa Itu Caruman Pilihan Sendiri/Simpanan Tambahan KWSP?

Untuk makluman, anda boleh menggunakan kaedah caruman pilihan sendiri ATAU simpanan tambahan ini bagi membantu menambah simpanan KWSP anda serta keluraga dan bukan hanya berharap kepada caruman yang dipotong oleh majikan sahaja.

Kaedah ini akan memberikan kesan positif di hari persaraan anda nanti dan memastikan kesejahteraan keluarga dengan simpanan yang mencukupi.

2 kaedah caruman sukarela yang ingin admin kupas hari ini adalah:  

  • Caruman Sukarela
  • Caruman Simpanan Tambahan

Macam mana nak buat simpanan ni? Apa syarat-syarat dia? Nak kena daftar ke?

Cara Tambah Caruman KWSP Sendiri Online Melalui i-Akaun 

CARA TAMBAH CARUMAN KWSP SENDIRI – CARUMAN PILIHAN SENDIRI

2 syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk caruman KWSP sendiri adalah:

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Ahli KWSP 

CARA BAYAR CARUMAN KWSP SENDIRI SECARA MANUAL

  1. Anda boleh membuat pembayaran caruman manual dengan cara mengisi borang: KWSP 6A(1) 
  2. Selesai mengisi borang dengan lengkap anda boleh hantar di mana-mana kaunter KWSP berdekatan.  

CARA BAYAR CARUMAN KWSP SENDIRI SECARA ONLINE

Kalau tak nak isi borang, tak ada masa nak ke kaunter KWSP? Boleh je jangan risau, anda boleh membuat pembayaran online caruman KWSP sendiri ini aplikasi i-Akaun sahaja.

Ikuti langkah-langkah berikut: 

  1. Log masuk ke aplikasi i-Akaun anda terlebih dahulu
  2. Kemudian pada bahagian Home klik pada ‘Contribution’
  3. Masukkan jumlah simpanan yang ingin dimasukkan. Minimum simpanan adalah sebanyak RM10.00  
  4. Kemudian pergi pada ‘Slide To Proceed’
  5. Anda akan dipaparkan dengan pilihan Online Banking, pilih bank yang berkaitan dan klik ‘Next’
  6. Anda akan di bawa ke laman web bank pilihan, ikuti arahan yang diberikan untuk meneruskan pembayaran.
  7. Anda boleh memuat turun resit bayaran untuk transaksi yang Berjaya sebagai rujukan.

NOTA:

Sila beri tempoh sehingga 14 hari bekerja untuk bayaran caruman dinyatakan dalam penyata anda.

Pembayaran online mengikut kepada pilihan internet banking anda, selain daripada itu, pencarum juga boleh membuat pembayaran di Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN dan Kaunter Ejen Bank.

cara-tambah-caruman-kwsp-sendiri

CARA TAMBAH CARUMAN KWSP KELUARGA – CARUMAN SIMPANAN TAMBAHAN

Kaedah ini khas buat pencarum yang ingin membantu ahli keluarga dan boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi pihak ahli secara sukarela apabila Penambah (pencarum/bukan pencarum) membuat bayaran caruman tambahan kepada Penerima (ahli keluarga)

Siapa yang boleh mencarum?

Untuk kaedah ini, 4 kategori yang boleh mencarum adalah:

  1. Anak-anak kepada ibu bapa 
  2. Ibu bapa kepada anak-anak
  3. Suami kepada isteri 
  4. Isteri kepada suami  

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN CARUMAN SIMPANAN TAMBAHAN

Syarat kelayakan ini dikategorikan kepada penerima (ahli keluarga) dan penambah (ahli atau bukan ahli KWSP)

Penerima (Ahli Keluarga)

  • Ahli KWSP  
  • Berstatus warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang  menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun

Penambah

  • Ahli atau bukan ahli KWSP

NOTA:

  1. Pemohon perlu membuat pendaftaran penambah simpanan/penerima simpanan sebelum membuat bayaran dengan mengisi Borang Penambah Simpanan/Penerima Simpanan - KWSP 3B.
  2. Jumlah Caruman Pilihan Sendiri tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.
  3. Penambahan simpanan boleh di buat pada bila-bila masa sehingga ahli (penerima) berumur 55 tahun. 
  4. Penambah tidak semestinya berdaftar sebagai ahli KWSP

CARA BAYARAN CARUMAN SIMPANAN TAMBAHAN

Anda boleh buat bayaran caruman simpanan tambahan ini dimana-mana kaunter KWSP yang berdekatan dan bawa sekali dokumen-dokumen sokongan di bawah:
  1. Borang Penambahan Simpanan - KWSP 3B (1)
  2. MyKad
  3. Sijil Lahir
  4. Sijil Perkahwinan

Dah selesai, mudah bukan? Pelbagai alternatif disediakan pada masa kini bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat simpanan kewangan. Simpanan anda ini akan memberi manfaat bukan sahaja pada diri sendiri malah pada ahli keluarga yang tersayang.

Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Diharapkan perkongsian kami ini dapat membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.

TERIMA KASIH

 

Comments