on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
Apa Itu Buy Now Pay Later?
Dunia digital masa kini menyaksikan ramai pengguna lebih selesa untuk 'go cashless' kerana ianya lebih selamat dan mudah. Transaksi perbankan, pembelian atas talian kini semuanya hanya di hujung jari.
Trend penggunaan platform digital ini juga turut membantu usahawan untuk beralih ke dunia perusahaan digital dan meningkatkan lagi pasaran produk mereka.
Contoh paling mudah adalah pilihan pembayaran BNPL yang diperkenalkan Shopee iaitu SPayLater.
Admin pasti masih ramai yang tidak mempunyai fahaman yang menyeluruh mengenai pilihan pembayaran terbaru 'Buy Now Pay Later (BNPL)' ini.
Nak tahu lebih lagi?
InfoEkstra membawakan anda entri khas Apa Itu Buy Now Pay Later? Kebaikan dan Keburukkan Penggunaan sebagai panduan untuk anda.
Jom baca.
Tak kenal maka tak mesra. Sebelum kita menyelam lebih jauh, adalah baiknya untuk kita memahami terlebih dahulu maksud pilihan pembayaran BNPL ini.
Buy Now Pay Later adalah satu sistem pembayaran yang mirip kepada pinjaman peribadi. Ia membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran pembelian mereka secara ansuran bulanan mengikut jumlah dan tempoh yang ditetapkan.
Kebiasaannya sistem pembayaran mengenakan 0% faedah pembayaran. Tetapi ini juga bergantung kepada platform yang berkaitan.
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Butiran Bank etc
Selepas permohonan anda diluluskan oleh pihak pengendali BNPL, platform pengendali yang berkenaan akan membayar terlebih dahulu jumlah penuh kepada peniaga.
Kemudian pembeli perlu membayar ansuran secara bulanan kepada pihak pengendali melalui penolakan daripada kad debit atau kad kredit/kad debit sehingga selesai jumlah pembayaran.
Tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pengendali platform. Kebiasaannya selama tiga hingga enam bulan
Berbaloi ke guna Buy Now Pay Later ni?
Apa kebaikan dan keburukan sekiranya anda menggunakan sistem pembayaran ini?
Adakah ia akan menganggu skor kredit CTOS dan CCRIS anda?
Secara amnya, ianya terpulang kepada kemampuan dan keperluan pengguna kerana risiko kegagalan untuk bayar pada masa yang ditetapkan akan menyebabkan anda dikenakan caj pembayaran lewat dan secara tidak langsung akan mengganggu skor kredit.
Kegagalan pembayaran semula akan menyebabkan pengguna boleh diisytiharkan muflis.
Anda boleh mendaftar secara percuma dan hanya perlu memastikan akaun bank/kad kredit/kad debit sedia digunakan pada bila-bila masa.
Apa yang membuatkan BNPL ini lebih menarik adalah kebanyakan platform pengendali mengenakan kadar faedah kosong peratus. Tiada caj tambahan akan dikenakan atas pembelian anda.
Tanpa anda sedari, 'kos tersembunyi' seperti caj bayar lewat akan membebankan pengguna sekiranya membuat pembayaran lewat dari tarikh yang sepatutnya.
Caj bayar lewat yang dikenakan adalah tinggi dan akan menelan belanja yang lebih banyak daripada jumlah yang sepatutnya anda bayar.
Istilah 'belanja tak ingat dunia' kerana anda tidak perlu membayar semuanya secara penuh.Walaupun tak ada simpanan anda tak rasa ianya menjadi satu masalah untuk beli barang yang anda inginkan.
Bezakan kehendak dengan keperluan. Ketagihan berbelanja di luar kemampuan akan menyebabkan hutang anda bertambah.
Hutang bertambah, masalah pun bercambah. Kawal kekerapan pembelian untuk mengelakkan bebanan hutang.
Kegagalan membuat bayaran tepat pada masanya akan menjejaskan skor kredit anda. Dalam erti kata lain rekod CTOS/CCRIS buruk, peluang anda nak buat pinjaman peribadi dengan bank dsb akan terjejas juga.
Ada sesetengah pengendali Skim BNPL ini akan menghantar rekod pembayaran anda kepada pihak yang menyelia skor kredit anda.
Buat mereka yang gagal membuat pembayaran pula boleh diisyhtiharkan sebagai muflis.
SPayLater menggunakan konsep BNPL seperti di atas, cumanya setiap pengendali BNPL mempunyai kadar yang ditetapkan sendiri untuk pengguna mereka.
Bagi mereka yang berminat ingin menggunakan SPayLater Shopee, jom kita lihat syarat-syarat dan kadar yang ditetapkan bagi memudahkan anda menguruskan kewangan pembelian atas talian di platform ini.
SPayLater menawarkan dua kaedah pembayaran iaitu:
Contoh situasi bayaran ansuran:
Anda perlu membayar lebih sekiranya anda ingin membuat bayaran secara ansuran kerana caj yuran pemprosesan akan dikenakan sebanyak 1.25%.
Katakanlah anda membuat pembelian berjumlah RM2,000.00 dan ingin membuat pembayaran ansuran selama 6 bulan.
Pengiraan di atas menunjukkan anda perlu membayar RM150.00 untuk yuran pemprosesan.
Tidak menjadi satu kesalahan untuk anda menggunakan skim Buy Now Pay Later ini.
Anda tidak perlu takut sekiranya anda pasti boleh membuat pembayaran pinjaman tepat pada masa yang ditetapkan, boleh mengawal nafsu berbelanja dan memastikan skor kredit anda tidak terjejas.
Perancangan kewangan yang baik di dalam era ekonomi kurang stabil ini dapat membantu anda membuat tabungan untuk saat-saat kecemasan. Beli barang yang menjadi keperluan sahaja, elakkan mengikut kehendak yang boleh menjadi penyebab bertambahnya bebanan hutang anda.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pengguna semua.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment