on
Informasi
- Get link
- X
- Other Apps
4 Cara Bayar Kad Kredit.
Apa cara yang paling sesuai nak bayar kad kredit anda on-time untuk mengelakkan berlakunya pertambahan caj bayaran lewat yang bakal menjejaskan rekod CCRIS anda?
Kaedah bayaran apa pula yang terbaik untuk anda mengatur perancangan kewangan bulanan yang lancar?
Kami sediakan anda informasi 4 Cara Bayar Kad Kredit On-Time (Elakkan Bayaran Minimum)
Panduan ini khas buat anda yang ingin menjaga rekod pembayaran kad kredit bulanan dan memastikan rekod CCRIS anda bagus.
Jom baca artikel kami.
Sebelum memilih cara pembayaran kad kredit yang paling memudahkan, mari kita lihat satu persatu kaedah sistem pembayaran kad kredit yang terbaik untuk anda.
Kaedah ini boleh membantu meringankan beban pemegang kad kredit kerana kaedah ini membahagikan/mengagihkan pinjaman kad kredit mereka ke dalam bentuk bayaran ansuran bulanan untuk tempoh 3, 6 atau 12 bulan.
Tempoh bayaran ansuran ini ditetapkan berdasarkan kepada kemampuan pemegang kad kredit tersebut.
Dari segi faedah yang dikenakan, pemegang kad kredit hanya perlu membayar kadar faedah yang tetap pada setiap pembayaran bil bulanan mereka. Jumlah faedah yang ditetapkan itu bergantung kepada kadar pinjaman yang diisukan oleh pihak bank.
Kaedah yang kedua ini merupakan kaedah yang terbaik dimana anda membuat pembayaran penuh semua jumlah pinjaman kredit yang ada.
Sekiranya anda membuat pembayaran penuh atau 'lump sum' ini sebelum tarikh tamat, anda tidak akan dikenakan bank interest atau kadar asas yang terlalu tinggi ataupun tiada caj yang akan dikenakan.
Bank interest dan kadar asas ini berbeza mengikut kepada pihak bank yang berkaitan.
Apa itu BAYARAN MINIMUM KAD KREDIT?
Situasinya adalah pemegang kad kredit membuat bayaran jumlah yang paling sedikit daripada baki kad kredit anda tanpa dikenakan caj bayaran lewat dan peningkatan kadar faedah.
CONTOH KIRAAN:
Sebahagian pengeluar kad kredit mengira bayaran minimum dengan peratus baki. Kebiasaannya peratus baki yang dikenakan adalah 2% hingga 5% pada akhir tempoh bil anda.
0.02 x RM1500.00 = RM30 BAYARAN MINIMUM
'Eh, bagus jugak tu, senang lah nak pakai kredit, bayar sikit pun tak kena caj apa-apa'
TETAPI..
Sebelum anda berasa 'selamat' menggunakan kaedah bayaran minimum ini, admin nasihatkan untuk anda elakkan bayar minimum pinjaman kredit anda.
Kenapa?
Tempoh untuk anda selesaikan pinjaman kredit akan bertambah panjang sekiranya anda membuat pembayaran minimum setiap bulan.
Sila rujuk lampiran di bawah:
Sumber: Bank Negara Malaysia: Kad Kredit-i |
Risiko kedua bayaran minimum kad kredit ini adalah hutang pinjaman anda akan bertambah disebabkan kaedah faedah yang dikenakan lebih tinggi dan tempoh hutang yang panjang.
Sumber: Bank Negara Malaysia: Kad Kredit-i |
Rekod CCRIS anda akan menunjukkan corak bayaran pinjaman kredit yang selalu lewat ataupun gagal, ini boleh menjejaskan potensi anda untuk lulus apa-apa permohonan pinjaman bank.
Laporan yang kurang baik memberikan gambaran kepada pihak bank tentang situasi kewangan anda atau anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik.
BACA JUGA:
Pemegang kad kredit boleh pergi ke mana-mana ATM yang berdekatan untuk membuat bayaran ansuran pinjaman mereka.
Cara ini mudah kerana yuran pentadbiran yang dikenakan lebih murah dan servis perkhidmatan yang cepat.
Anda hanya perlu membawa kad ATM yang berkaitan dan ikuti langkah-langkah di bawah:
NOTA:
Jika anda menggunakan kad kredit yang sama dengan ATM yang digunakan (contohnya: Kad Kredit CIMB = ATM CIMB) anda tidak akan dikenakan dengan caj pentadbiran
Bagi pengguna yang tidak mahu beratur di ATM, nak buat bayaran sambil pakai kain pelekat je di rumah, boleh buat bayaran secara online di laman web bank yang berkaitan.
Bagi bank yang ada aplikasi seperti CIMBClick atau Maybank2U, anda hanya perlu log masuk dan ikuti langkah-langkah pembayaran kad kredit di bank yang berkaitan.
Pilihan yang ketiga anda boleh hadir ke cawangan bank pinjaman kredit anda dan membuat transaksi pembayaran di kaunter sahaja.
Sesetengah pengguna lebih selesa untuk membuat bayaran tunai pinjaman mereka daripada menggunakan transaksi online atau ATM.
Kemudahan auto-debit ini dapat menyelamatkan anda daripada terlupa untuk membuat pembayaran tepat pada masanya kerana pembayaran bil kad kredit anda akan didebitkan terus daripada akaun bank.
Pembayaran secara automatik pada setiap bulan boleh ditetapkan dengan pihak bank yang mengeluarkan pinjaman kad kredit anda.
Cara ini lebih praktikal dan sistematik dalam memastikan anda bayar tepat pada masanya dan mengelakkan rekod CCRIS anda terjejas.
Tidak menjadi satu masalah sekiranya anda ingin menggunakan kad kredit sebagai medium perbelanjaan harian. Tetapi adalah dinasihatkan untuk pengguna agar sentiasa berhemah dalam berbelanja dan memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi keperluan dan mengganggu perancangan kewangan anda.
Rujuk pendapat pakar kewangan sekiranya anda memerlukan panduan dalam penggunaan kad kredit.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment