5 Cara Beli Tiket Flight Murah Tahun Ini

Cara Mohon Lesen Motorsikal B2 Percuma Tahun 2024 Online

Cara Mohon Lesen Motorsikal B2 Percuma.

Sukacita dimaklumkan melalui kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), satu program khas akan dilaksanakan iaitu 'Program MyLesen B2 2024'.

Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini akan memanfaatkan 35,000 orang penerima dari golongan B40 sebagai satu inisiatif bantuan untuk golongan ini mendapatkan lesen motorsikal kelas b2 secara percuma.

Untuk makluman anda, program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cara Mohon Lesen Motorsikal B2 Percuma Tahun 2024 Online

Kuota penerima bantuan sehingga 35,000 orang merupakan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas B2.

Ini juga bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan golongan B40 dan membuka peluang yang lebih luas bagi mereka untuk mencari sumber pendapatan yang baik.

Tarikh Tutup Permohonan : Sehingga kuota permohonan dipenuhi

cara-mohon-lesen-motorsikal-b2-percuma

SYARAT PERMOHONAN LESEN MOTORSIKAL B2 PERCUMA

Bagi mereka yang berminat, berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:
  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mesti berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Permohonan ini terbuka kepada golongan B40 dan juga tanggungan mereka
  4. Pemohon mestilah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik
  5. Pemohon juga tidak memiliki sebarang lesen memandu
  6. Pemohon mesti bebas daripada senarai hitam Mahkamah, JPJ dan juga PDRM
  7. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  8. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu 'ditanggung oleh peserta sendiri'
  9. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  10. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang telah ditetapkan.
  11. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa 'syarat tambahan' yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  12. Peserta diwajibkan untuk menandatangani 'Surat Aku Janji' dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

BORANG PERMOHONAN LESEN MOTOR B2 PERCUMA ONLINE

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, anda boleh klik pada link yang berikut dan isi borang yang disediakan dengan lengkap.


anda juga boleh scan pada QR Code yang disediakan di poster yang disediakan di bawah untuk mengisi borang permohonan:

borang-permohonan-lesen-motorsikal-b2-percuma
SCAN QR CODE DI 'DAFTAR SEKARANG' MENGGUNAKAN 'GOOGLE LENS'

Anda juga mungkin berminat:

Soalan Lazim Bantuan Lesen Motor B2 Percuma

  • Apakah Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

  • Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.


  • Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)


  • Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program My Lesen B2 Tahun 2024?

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

  1. Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  2. Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  3. Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  4. Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  5. Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  6. Ujian JPJ

  • Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja. Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi terhampir dengan pilihan peserta.


  • Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atau dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?

Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain. Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat Program yang ditetapkan melalui satu (1) Surat Aku Janji bagi memastikan komitmen peserta terhadap Program yang dilaksanakan.


  • Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

Tidak. Namun peserta perlu membuat pengesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.


  • Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024?

OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan sahaja seperti yang berikut:

  1. Pendengaran;
  2. Pertuturan; atau
  3. Pembelajaran.
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya).


Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan seperti berikut:

  • Emailkan kepada : mylesenb2@jpj.gov.my
  • Hubungi di talian : 03 – 8892 8714/8693


Comments